Books

Softcover
334 pages
Publisher
Islamic Renaissance Front (September, 2017)
Language
Malay
ISBN
978-967-10992-9-2
Product Dimensions
5.75 x 8.5 x 0.67

Tertutupnya Pemikiran Kaum Muslimin

 

Kadangkala, manusia yang melihat satu masyarakat dari luar dapat menawarkan kritikan yang lebih baik yang mungkin sangat membantunya. Hal ini mungkin benar malah ketika kritikan itu mungkin pada masa-masa tertentu datang dengan keras, jika bukan tidak ramah. “The Closing of the Muslim Mind,” tulisan Robert R. Reilly adalah salah satu buku tersebut. Fokus penulisnya adalah topik yang telah dibincangkan sebelum ini, tetapi masih tidak sepenuhnya disedari oleh kebanyakan umat Islam dalam dunia hari ini: Kemunduran pemikiran rasional dalam peradaban Islam, setelah abad-abad permulaan, dengan budaya taqlid yang melulu kepada kuasa autoriti. Penggantian “aql” atau nalar, dalam lain perkataan, dengan “naql” atau tradisi. Di dalam buku ini, pengarang berhujah bahawa masalah yang sebenar dalam masyarakat Islam; yang bermula daripada kejahilan, ketidaknyataan, ekstremisme, totalitarianisme, tidak tolerer; bukannya lahir daripada kekurangan dari sudut ekonomi, politik atau kekuasaan mereka; akan tetapi oleh kerana tahap intelektual dan idea mereka. Maka untuk mengatasi masalah ini, kita harus menangani permasalahan pada punca akar-umbinya, bukan hanya sekadar permukaannya saja. Masalah pemikiran kaum Muslimin, yang menghasilkan doktrin Islamisme dan membiakkan semacam kefanatikan agama dan terorisme; adalah pemahaman yang mendasari dalam realiti yang bermusuh terhadap falsafah dan kerasionalan, yang merupakan suatu produk hasil daripada proses yang panjang akibat daripada pembunuhan-sendiri intelek yang telah berlaku bertahun yang lampau. Maka di sini, Reilly menyiasat sebahagian daripada isu-isu yang fundamental tentang mengapa umat Islam, terutamanya mazhab Sunni, cenderung untuk menyingkirkan rasionaliti dan tampaknya hidup dalam ketidaknyataan. Tertutupnya pemikiran kaum Muslimin, sebagaimana yang diajukan daripada tajuk buku ini, lebih banyak terkait dengan pembangunan satu mazhab kalam yang khusus yang telah membekukan hampir kesemua mazhab sebelumnya ke dalam satu mazhab yang koheren lagi dominan – mazhab kalam Asha‘irah.

Buku ini boleh didapati di ilhambooks, mesej ke Facebook IRF atau email ke [email protected]

Softcover
116 pages
Publisher
Islamic Renaissance Front (April, 2017)
Language
Malay
ISBN
978-967-10992-8-5
Product Dimensions
4.75 x 8.5 x 0.2

Agama Lawan Agama

 

Tesis utama Ali Shariati dalam Agama Lawan Agama adalah bersandarkan pada fahamnya bahawa sejarah tidak pernah mengenali mana-mana era mahupun masyarakat yang sebenarnya tiada beragama. Tiada terdapat mana-mana manusia yang tiada beragama dalam mana-mana bangsa atau di mana-mana era; di dalam mana-mana fasa perubahan sosial, maupun dalam mana-mana daerah di makabumi ini. Hatta manusia atheis itu sekalipun sebenarnya beragama pada pemikirannya. Lantaran itu pertembungan yang berlaku di sepanjang sejarah pemikiran umat manusia adalah pertembungan antara manusia yang beragama atas dasar Tuhan yang Esa dengan yang mempunyai pelbagai Tuhan atau yang tiada Tuhan.

Dan konflik epistemologi sepanjang sejarah manusiawi adalah disimbolkan sebagai pertembungan antara agama yang berdasarkan legitimasi dan kekuasaan yang asasnya adalah kesyirikan dengan agama yang menyeru kepada revolusi kemanusiaan yang berasaskan tauhid. Agama legitimasi ini atau agama yang banyak Tuhan – samada Tuhan itu berupa suatu sembahan mahupun suatu kerajaan atau kekuasaan – yang berusaha untuk mengekalkan ketidaksetaraan yang telah membungkam umat manusia disepanjang sejarah. Tetapi agama Tauhid adalah agama yang membiaskan usaha Nabi dalam menhancurkan segala bentuk berhala anutan manusia, dan segala sistem hirarki sosial dan kekuasaan, dalam menegakkan sistem Tuhan yang berlandaskan keadilan dan kesetaraan.

Secara ringkas, epistemologi Shariati meletakkan nilai bagi agama Tauhid itu adalah dalam seruannya untuk menentang, memberotak, menidakkan, dan berani berkata ‘tidak’, dihadapan sebarang bentuk kekuatan dan kekuasaan.

 

 

Buku ini boleh didapati di ilhambooks, mesej ke Facebook IRF atau email ke [email protected]

Softcover
458 pages
Publisher
Islamic Renaissance Front (March, 2017)
Language
Malay
ISBN
978-967-10992-7-8
Product Dimensions
6.1 x 8.8 x 2.4

Wacana Pemikiran Reformis – Jilid III

 

Esei-esei dalam Wacana Pemikiran Reformis – Jilid III ini mengajukan mesej pencerahan dan pemerkasaan akal di samping meninjau pemikiran angkatan mujaddid dan reformis silam yang telah mengerahkan segenap ikhtiar mereka untuk mengembalikan kegemilangan umat ini. Apa yang dipersembahkan dalam penulisan buku ini adalah inisiatif pemikiran kritis dan progresif, manakala muatan esei-esei dalam buku ini adalah bukti kepada kesungguhan para penulisnya untuk menggali persoalan sinergi teori dan operasi di mana konsep asasnya ialah Tajdid Pemikiran atau membentuk sebuah Renaissance. Tajdid adalah dua serampang yang membentuk keperluan dalaman umat memahami agamanya dalam zamannya dan ia juga adalah keperluan luaran bagi menzahirkan kesungguhan Islam mengungguli cabaran semasa yang dihadapinya.

 

Buku ini boleh didapati di ilhambooks, mesej ke Facebook IRF atau email ke [email protected]

Softcover
134 pages
Publisher
Islamic Renaissance Front (August, 2016)
Language
Malay
ISBN
978-967-10992-6-1
Product Dimensions
5.75 x 8.5 x 0.2

Islam Di Persimpangan Jalan

 

Islam at the Crossroads adalah buku yang ditulis oleh Muhammad Asad. Buku ini pada asalnya diterbitkan di Delhi dan Lahore pada 1934, dan kemudian dicetak semula oleh Dar Al-Andalus dan Islamic Book Trust pada 1982 dengan nota tambahan daripada penulis. Buku ini pada asasnya merupakan seruan kepada umat Islam untuk menghindar taklid buta terhadap bentuk dan nilai sosial Barat, dan cuba untuk memelihara sebaliknya warisan Islam mereka, yang suatu masa dulu bertanggungjawab terhadap pelbagai-sudut fenomena sejarah, yang gemilang, yang terangkum dalam istilah “peradaban Islam”.

Asad mendedikasikan buku ini kepada “generasi muda Islam hari ini dengan harapan ia dapat memberi manfaat”.

 

Buku ini boleh didapati di Gerakbudaya dan ilhambooks. Juga boleh didapati secara terus dengan menghubungi Facebook IRF atau email ke [email protected]

Softcover
434 pages
Publisher
Islamic Renaissance Front (July, 2016)
Language
Malay
ISBN
978-967-10992-5-4
Product Dimensions
6.0 x 8.0 x 0.8

Islam, Sekularisme dan Demokrasi Liberal: Membentuk Teori Demokrasi Untuk Masyasrakat Muslim

Buku ini menganalisis hubungan antara agama, sekularisme dan demokrasi liberal dari sudut sejarah, teori, dan dalam konteks dunia Muslim kontemporari. Isu utamanya adalah demokrasi liberal memerlukan suatu bentuk dari sekularisme, tetapi serentak dengan itu juga sumber utama budaya dan intelektual yang dapat digunakan oleh Muslim demokrat adalah dari agama. Paradoks ini, makanya, telah menghantui ahli teori demokrasi.

Dalam Islam, Sekularisme, dan Demokrasi Liberal, Nader Hashemi mencabar kepercayaan yang telah dipegang secara meluas di kalangan ahli-ahli sains sosial bahawa politik keagamaan dan pembangunan liberal-demokratik adalah secara strukturnya tidak serasi. Tesis kedoktoran yang telah disemak semula ini secara fundamental telah berhujah untuk memikirkan semula teori demokrasi supaya ia menggabungkan pembolehubah-pembolehubah agama dalam pembangunan demokrasi liberal. Dalam proses itu, ia membuktikan bahawa teori asli sekularisme Islam tidak sekadar boleh dilaksanakan, bahkan ia adalah satu keperluan yang perlu untuk kemajuan demokrasi liberal dalam masyarakat Islam. Walaupun buku ini ditulis dalam gaya yang sesuai dengan pelajar, ahli akademik dan intelektual Barat, isu yang dibincangkan dalamnya amat penting bagi masyarakat Muslim dan sangat relevan untuk dibincangkan dalam kalangan komuniti mereka sendiri.

Terdapat tiga hujah utama yang dikemukakan: Pertamanya adalah, dalam masyarakat di mana agama adalah penanda utama identiti mereka, jalan menuju  demokrasi liberal mestilah merentasi pintu-pintu dari politik keagamaan. Kedua, sedang demokrasi liberal memerlukan sekularisme, tradisi agama tidak sedia dilahirkan dengan suatu pandangan sekular yang wujud dalam politik. Idea-idea ini perlu dibina secara sosial. Akhir sekali, hubungan yang intim wujud di antara reformasi agama dan pembangunan politik. Walaupun reformasi agama sering mendahului kemajuan politik, proses-proses tersebut adalah saling berkait. Pendemokrasian tidak memerlukan penswastaan agama tetapi ia memerlukan pentafsiran semula idea-idea agama yang kondusif kepada demokrasi liberal. Dengan melibatkan diri dalam pentafsiran semula ini, kumpulan-kumpulan agama boleh memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pengukuhan demokrasi.

Secara keseluruhan, buku ini berhujah untuk memikirkan semula teori demokrasi supaya ia menggabungkan pembolehubah-pembolehubah agama dalam pembangunan dan pembinaan sosial suatu demokrasi liberal.

 

Buku ini boleh didapati di Gerakbudaya dan ilhambooks. Juga boleh didapati secara terus dengan menghubungi Facebook IRF atau email ke [email protected]

Softcover
402 pages and 16 pages of photographs
Publisher
Islamic Renaissance Front (April, 2016)
Language
English
ISBN
978-967-10992-4-7
Product Dimensions
5.75 X 8.5 X 1.0

The Real Cry of Syed Shaykh al-Hady

SYED Shaykh al-Hady, militant reformer of Islām and Muslims, has yet to be fully recognised nationally in Malaya for his contribution to the liberation of Muslim consciousness.

SYED Shaykh has yet to be recognised internationally for the part he played in this Malay extremity of the reformist movement started by the modernising theoreticians of the Islamic world, Jamāl al-Dīn al-Afghānī, Egypt’s Muhammad ‘Abduh, Rashīd Rida and others.

 

This book is available at Gerakbudaya and ilhambooks.

Softcover
442 pages
Publisher
Islamic Renaissance Front (January, 2016)
Language
Malay
ISBN
978-967-10992-3-0
Product Dimensions
5.75 x 8.5 x 0.85

Islam Tanpa Keekstreman: Berhujah Untuk Kebebasan

Sejak dahulu lagi Islam dikenali sebagai sebuah agama yang mengangkat nilai-nilai keamanan, inklusif dan sederhana, serta sentiasa menjamin hak- hak kebebasan setiap manusia. Namun persepsi ini berubah apabila sejak beberapa tahun yang lalu apabila beberapa siri serangan pengganas telah dilancarkan atas nama Islam, di mana hal ini mencetuskan kegelisahan global.

Krisis ini menjadi lebih buruk lagi apabila media-media antarabangsa sering menyiarkan gambaran yang salah tentang Islam, seterusnya menjadikan masyarakat Muslim seluruh dunia menjadi sasaran kemarahan masyarakat dunia atas setiap serangan pengganas yang berlaku.

 

Buku ini boleh didapati di Gerakbudaya dan ilhambooks.

Softcover
404 pages
Publisher
Islamic Renaissance Front (October, 2014)
Language
Malay
ISBN
978-967-10992-2-3
Product Dimensions
6.1 x 8.8 x 2.5

Wacana Pemikiran Reformis – Jilid II

Semua mazhab reformis bersetuju bahawa kerana rempuhan kesejagatan dan perubahan lapangan pengetahuan yang pantas, kita kini dicengkam dengan pertanyaan yang berkait dengan kelangsungan preskripsi Islam dalam era baru ini.

Terdapat semakin ramai dikalangan Muslim yang mula mendakwa bahawa keupayaan tertinggi adalah akal manusia, yang kita harus gunakan bagi membolehkan kita menjadi khalifah Tuhan yang sebenar di bumi. Hal ini adalah teras daripada Pencerahan dan Renaisans di mana hanya melalui akal kita dapat memahami matlamat tertinggi atau maqāsid agama kita.

Islah (Reformasi) dan tajdid (Pembaharuan) menuntut tidak hanya sumbangan ulama’ yang setara dalam kedua-dua teks dan konteks tetapi juga keterlibatan yang kritis dan imaginasi yang kreatif daripada kelompok massa Muslim khususnya kaum intelektuil. Ia adalah suatu seruan untuk menimbangkan semula sumber melalui rekonsiliasi mereka yang wajar dengan dunia, evolusinya dan pengetahuan manusia supaya dhamir Muslim kontemporer akan ulet dengan zaman moden dan cabarannya.

Buku ini, yang memuatkan antologi esei ditulis oleh kalangan yang menganut semangat reformasi Islam dan pemikiran kritikal. Ia menuntut kita untuk menggunakan daya nalar kita secara maksima untuk mendepani cabaran yang makin mencabar dalam dunia moden.

SOLD OUT

Hardcover
252 pages
Publisher
Islamic Renaissance Front (June, 2012)
Language
Malay
ISBN
978-967-10992-1-6
Product Dimensions
6.1 x 8.8 x 1.8

Wacana Pemikiran Reformis – Jilid I

Antologi Wacana Pemikiran Reformis merupakan sebuah koleksi yang memuatkan artikel-artikel yang pernah diterbitkan oleh Islamic Renaissance Front (IRF) semenjak dilancarkan secara rasmi oleh Prof Tariq Ramadan pada 9 Disember 2009 di Auditorium, Securities Commission, Mont Kiara, Kuala Lumpur.

SOLD OUT

Hardcover
384 pages
Publisher
Islamic Renaissance Front (March, 2012)
Language
Malay
ISBN
978-967-10992-0-9
Product Dimensions
6.5 x 8.6 x 1.8

Risalah al-Qur’an – Juz 30

Terjemahan ini berasal daripada karya Inggeris al-‘Allamah Muhammad Asad berjudul “The Message of the Qur’an”. Ia lahir daripada ilham dan daya usaha Dr. Ahmad Farouk Musa, Pengerusi dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) untuk memperkenal dan mengemukakan sebuah terjemahan baru “The Message of the Qur’an” dalam bahasa Melayu. Kitab “The Message of the Qur’an” ini merupakan antara karya tafsir yang paling berpengaruh di abad ke-20. Ia dihasilkan dengan kekuatan intelektual dan hermeneutik yang tersendiri.

To get your copy, you may contact us at;

Islamic Renaissance Front
Level 8, Pavilion KL,
168 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Malaysia.

E-mail: [email protected]
Phone: +603-9205-7733
Fax: +603-9205-7788