Uraian Tertutupnya Pemikiran Umat Islam
September 10, 2017

Buku Tertutupnya Pemikiran Kaum Muslimin ini mendakwa telah berjaya mendedahkan akar umbi krisis semasa umat Islam. Krisis ini merupakan satu persengketaan dalaman yang sangat sengit dalam dunia Islam. Pertelagahan tersebut memakan masa hampir seribu tahun.

Dalam persengketaan antara peranan akal dan apa yang boleh dibuktikan oleh akal ini, akhirnya berkesudahan dengan kemenangan di pihak irrationality atau ‘ketidak-rasionalan’. Dari sinilah munculnya teologi pincang dan senget sebelah yang seterusnya melahirkan patologi spiritual serta adat resam dan budaya yang tidak berfungsi secara teratur dan tersusun.

Buku Tertutupnya Pemikiran Kaum Muslimin ini mungkin tidak disenangi oleh agensi agama Islam di beberapa negeri di negara ini. Tambahan pula apabila dinyatakan kemenangan aliran al-Asha’irah ke atas Muktazilah menandakan bermulanya sifat jumud serta lesu dan terbinanya satu asas yang menyuburkan sikap dan amalan taqlid. Taqlid dalam pengertian beramal dengan tuntutan agama tanpa memahami atau tanpa cuba meningkatkan ilmu untuk memahami apakah dalil dan hujah sesuatu perintah ataupun larangan al-Qur’an, as-Sunnah, ijma’ dan ijtihad atau qiyas.

Prinsip Islam terhadap ilmu, membaca serta memahami sesuatu dengan nama Allah seperti yang terkandung dalam Surah al-Alaq menuntut agar manusia berfikir secara kreatif dan beramal di atas dalil yang yakin dan jelas. Pada ketika umat Islam dilanda amalan taqlid inilah para ulama’ telah mengisytiharkan bahawa pintu ijtihad telah ditutup.

 


YB Saari Sungib adalah ADUN Hulu Kelang dan Mantan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022