Islam perlukan John Locke-nya
April 3, 2014

Oleh Mustafa Akyol
Diterjemahkan oleh Dr Ahmad Nabil Amir

Sejak permulaan abad ini, ia telah menjadi masyhur di Barat, dan terkadang malah di Timur, untuk berhujah bahawa Islam perlukan “Martin Luther”-nya. Maka dengan itu, autoritarianisme, nyah-tolerer dan keganasan yang dilakukan dengan nama Islam hanya boleh diatasi dengan “reformasi” yang sama yang bermula dalam empayar Kristian kira-kira lima abad yang lalu.

Martin-Luther-1526-1Bagaimanapun, pengamat yang lebih teliti pantas mengecam dua masalah kecil dengan ide ini. Pertama, berbeza dengan Katolikisme, yang pada mana Luther mambantah dan menentang; tidak wujud sebarang autoriti induk dalam agama Islam. Justeru, natijah yang utama dari Reformasi Protestan, yakni desentralisasi agama, telah pun menjadi kenyataan dalam Islam. Kedua, apa jua merit dan sumbangannya, Reformasi Protestan tidak mencipta era kebebasan, tolerer dan nyah-keganasan di Eropah. Sebaliknya, ia mencetuskan sekurang-kurangnya dua abad peperangan dan pembersihan antara-agama yang mengakibatkan pertumpahan darah yang besar.

Itulah mengapa pemerhati yang lain berhujah bahawa ia hanyalah suatu pembaziran waktu untuk menangani soal “reformasi” dalam Islam. Satu-satunya cara kepada demokrasi liberal, kata mereka, adalah untuk menolak Islam keluar dari lingkungan awam dengan tindak autokratik, menggunapakai sekularisme dengan kuasa pihak atasan kepada rakyat bawahan. Diilhamkan oleh sekularis radikal daripada Revolusi Perancis, dan diperlihatkan oleh Kemalisme di Turki, ide ini mempunyai dua kepincangan yang utama juga: Pertama, aksi autoritarianismenya adalah pukulan kepada kebebasan yang didakwa dibelanya. Kedua, harapan untuk meminggirkan agama ditakdirkan gagal, sepertimana ditunjukkan, sekali lagi, di Turki.

Bagaimanapun, terdapat pula jalan yang kurang dijejaki, malah kurang diperhatikan, juga: Pencerahan dari jenis Anglo-Saxon, yang tidak menyerang agama sepertimana yang telah dilakukan oleh rakan Perancisnya; tetapi menginterpretasinya semula dalam kerangka politik baru yang menghargai kebebasan, toleransi dan kepelbagaian.

Bukannya jalan Luther maupun Voltaire, sekiranya anda mahu, tetapi jalan John Locke.

Nader Hashemi BookAhli falsafah British ini telah lama hadir dalam hati dan fikiran saya berhubung dengan pendekatannya pada agama, namun sebuah buku yang baik yang saya baru berkesempatan membaca membuatkan perkara tersebut lebih jelas: Islam, Secularism and Liberal Democrary [Islam, Sekularisme dan Demokrasi Liberal] oleh sarjana Nader Hashemi (Oxford University Press, 2009).

Hashemi, dalam karyanya yang sangat sempurna, menangani banyak isu berkait dengan agama dan politik, tetapi perumusannya tentang Locke dan bagaimana pendekatan Lockean dapat membantu pemikiran politik dalam Islam adalah sangat mengesankan. Beliau pertamanya memperingatkan bahawa “Locke di England dalam abad ke 17 …[ketika itu] di bawah kuasa autokratik dan doktrin agama yang nyah-liberal…[sebagaimana] kebanyakan dunia Islam hari ini.” Makanya, penyelesaian Locke tidak “berakar daripada penolakan terhadap Kristian, sebaliknya suatu interpretasi semula terhadapnya.”

Locke menawarkan penginterpretasian semula ini dengan menegakkan hujah bagi kesejajaran akal dan wahyu (bukan konflik antaranya), dan pluralisme antara interpretasi agama yang berbeza. Beliau juga berhujah bahawa kitab Bible tidak mengusulkan sistem kerajaan (seperti “hak ketuhanan bagi raja”).

Beliau menekankan bahawa kepercayaan agama bagi seseorang hanya bermakna jika ia berdasar kepada “dorongan dalaman dari fikiran,” yang tidak boleh dipaksa oleh “kekuatan luar.”

Semua ini adalah hujah agama. “Menghukum dengan standard hari ini, ramai akan menganggap Locke dan rakan Kristiannya sebagai fundamentalis,” Hashemi malah mengklaim. Saya rasa dia benar. Saya juga terfikir bahawa liberalisme dalam Islam hanya akan bangkit kerana “fundamentalis” seperti Locke.


Mustafa Akyol adalah kolumnis akhbar Turki Hurriyet Daily News dan Star. Artikel beliau turut tersiar dalam Foreign Affairs, Newsweek, New York Times, Washington Post, Wall Street Journal dan the Guardian. Beliau adalah penulis buku Islam without Extremes: A Muslim Case for Liberty, [Islam tanpa Ekstrem: Kes Islam tentang Kebebasan] suatu hujahan tentang ‘Liberalisme Islam.’ Artikel ini pada asalnya disiarkan dalam Hurriyet Daily News.

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022