Kata Pengantar kepada Edisi Terjemahan Melayu “Islam Tanpa Keekstreman: Berhujah Untuk Kebebasan”
January 21, 2016

Mustafa Akyol

Screen Shot 2016-01-21 at 3.14.21 PMSaya telah menulis buku ini atas beberapa sebab: Antaranya ialah untuk melawan arus Islamophobia di Barat, serta untuk mengambarkan sebuah sejarah tamadun Muslim yang tepat, atau untuk mengkritik regim autoritarian di negara-negara Timur Tengah. Namun sebab yang paling penting buat saya untuk menulis buku ini ialah kerana saya menjadikan ia satu misi peribadi saya: iaitu untuk menghidupkan semua nilai kebebasan dalam pemikiran teman-teman Muslim saya.

Namun mengapa sebenarnya nilai kebebasan ini begitu penting? Mengapa kita memerlukannya? Adakah nilai kebebasan ini adalah sebahagian daripada nilai Islam?

Anda akan ketemui jawapannya di dalam buku ini. Namun secara ringkasnya kesimpulan jawapan saya adalah seperti berikut: Ya, kita sangat memerlukan lebih banyak ruang kebebasan di dalam masyarakat kita, dan langkah terbaik untuk untuk memahami mengapa kita memerlukanya ialah dengan melihat sendiri kesan buruk yang wujud akibat kekurangan kebebasan.

Lihat misalya kebebasan yang kita korbankan dengan mengenakan Islam ke atas satu sama lain secara paksa sebagai contoh. Sebahagian negara-negara dari dunia Islam dengan bangganya mengenakan tindakan ini, melalui pelantikan “ Polis Agama” yang berfungsi untuk menguatkuasakan amalan-amalan Islam seperti pemakaian hijab dan pengharaman alkohol. Kesinambungan daripada itu, adakah masyarakat tersebut akan menjadi lebih beragama? Tidak, dan testimoni ini dikutip berdasarkan begitu banyak pemerhatian yang dibuat. Hal ini kerana pemaksaan agama ke atas sesebuah masyrakat tidak akan membuat masyarakat tersebut lebih dekat agama dengan jujur. Malah hal ini membuatkan mereka menjadi lebih hipokrit. Orang kebanyakan akhirnya mengikut ajaran Islam bukan disebabkan mereka takut akan Allah; tetapi disebabkan mereka takut akan kerajaan pemerintah. Malah sebahagian orang mula menjadi benci akan Islam, walaupun dari luaran mereka seolah-olah akur dengan ajarannya.

Maka kita perlukan kebebasan- iaitu hak untuk memilih sendiri bagaimana untuk kita jalani kehidupan- dan bukan sebabnya untuk menggalakkan kita menjauhi agama. Sebaliknya kita perlukan kebebasan agar kita boleh beragama dengan jujur dan ikhlas, dalam kadar yang kita fahami, serta dengan pendekatan yang lebih dekat dengan jiwa kita.

Kurangnya kebebasan bukan sahaja menggalakkan kmunafiqan. Hal ini juga menjadi sebab yang menghalang pembangunan intelektual. Banyak negara-negara Islam mempunyai kecenderungan untuk menyekat penerbitan, buku-buku malah ide-ide yang “menentang” Islam. Tujuan mereka lakukan tindakan sedemekian adalah untuk melindungi pemikiran umat Islam agar tidak “menyimpang” dari jalan yang benar. Walhal apa yang sebenarnya mereka lakukan tidak lain tidak bukan hanyalah memencilkan pemikiran umat Islam, menjadikannya lebih tumpul untuk menerangkan kepercayaan dan nilai-nilai Islam dalam sebuah dunia yang terbuka dan plural. Penyekatan ruang kebebasan bersuara kononnya berfungsi menyelamatkan kita daripada tekanan “ide-ide yang berbahaya”, namun secara hakikatnya apa yang berlaku ialah ia sebenarnya menghalang kita daripada mencapai kematangan intelektual ketika mendepani ide itu sendiri.

2.Para7Malah adalah bukan satu kebetulan sebenarnya apabila era kegemilangan tamadun Islam, yang bermula daripada abad ke-7 sehingga abad ke-13, adalah juga sebuah era di mana Muslim begitu terbuka dengan kepelbagaian ide yang berbeza daripada pelbagai tamadun, misalnya tamadun Greek Kuno. Para pemikir dan saintis Muslim yang hebat tidak lahir dengan sikap menghukum Aristotle sebagai sosok “Kafir” yang tidak berguna, sebaliknya mereka membaca tulisan-tulisan beliau melalui pintu perspektif al-Qur’an. Juga bukanlah satu kebetulan apabila kemunduran kita sebagai sebuah tamadun bermula apabila kita mula menghukum pendekatan kosmopolitanisme ini, serta mula memuliakan semangat kenegerian dan pengasingan seperti yang ditunjukkan dalam buku ini.

Dalam legar politik, kurangnya kebebasan mendatangkan sebuah kesan yang cukup berbahaya, dan hal ini sangat tersebar luas dalam dunia Muslim iaitu: Pemerintahan Autoritarian. Kita kini memiliki kerajaan Autokratik, Parti-Tunggal Republik yang juga autokratik, malah juga sebuah “demokrasi” yang autokratik. Kesannya adalah sebuah perebutan kuasa untuk mendominasi kesemua negara-negara diktatorial yang buruk. Mengapa berlakunya bencana perang sivil di Iraq dan Syria? Sebab utamanya ialah kelompok sunni, Syiah (atau Alawiyya’), Kurdish, serta lain-lain tidak dapat bersepakat untuk menerima sebuah sistem politik liberal yang menjamin kebebasan dan kesamarataan kesemua kelompok dan rakyat yang ada. “ Fitnah” yang kita sering rungutkan sebenarnya adalah kesan paling utama akibat kegagalan kita untuk bertoleransi dalam hal-hal perbezaaan serta obsesi kita untuk sentiasa meguasai antara satu sama lain, berbanding memilih jalan untuk berkongsi kuasa.

Saya juga sedia maklum bahawa isu-isu seperti ini juga adalah sesuatu yang kontroversi di Malaysia, iaitu sebuah negara yang begitu cantik dan telah lawati sebanyak dua kali. Bukanlah menjadi tempat saya untuk memberi apa-apa nasihat kepada rakyat Malaysia soal bagaimana untuk menguruskan hal ehwal mereka sendiri. Namun saya sudah cukup gembira sekiranya buku ini boleh menyumbang kepada perbahasan yang berterusan soal Islam, Negara dan kebebasan yang berlaku di negara yang dinamik ini. Oleh sebab itu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Islamic Renaissance Front, serta pengarahnya yang idealis; Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa, dan juga rakan sekerjanya, Dr. Nur Asyraff Mohd Noor, yang berusaha dengan begitu gigih untuk mencetak buku tulisan saya ini dalam bahasa Melayu.

Seperti yang selalu kita sebutkan dalam tradisi Islam; Dari kita hanyalah titipan usaha, dan kejayaan hanyalah melalui keberkataan Allah.


Screen Shot 2016-01-21 at 3.12.24 PM

 

 

Mustafa Akyol, pengarang “Islam Without Extremes: A Muslim Case for Liberty

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022