Sinopsis buku “Agama lawan Agama”
April 7, 2017

2.Para9.RightTesis utama Ali Shariati dalam Agama Lawan Agama adalah bersandarkan pada fahamnya bahawa sejarah tidak pernah mengenali mana-mana era mahupun masyarakat yang sebenarnya tiada beragama. Tiada terdapat mana-mana manusia yang tiada beragama dalam mana-mana bangsa atau di mana-mana era; di dalam mana-mana fasa perubahan sosial, maupun dalam mana-mana daerah di mukabumi ini. Hatta manusia atheis itu sekalipun sebenarnya beragama pada pemikirannya. Lantaran itu pertembungan yang berlaku di sepanjang sejarah pemikiran umat manusia adalah pertembungan antara manusia yang beragama atas dasar Tuhan yang Esa dengan yang mempunyai pelbagai Tuhan atau yang tiada Tuhan.

Dan konflik epistemologi sepanjang sejarah manusiawi adalah disimbolkan sebagai pertembungan antara agama yang berdasarkan legitimasi dan kekuasaan yang asasnya adalah kesyirikan dengan agama yang menyeru kepada revolusi kemanusiaan yang berasaskan tauhid. Agama legitimasi ini atau agama yang banyak Tuhan – samada Tuhan itu berupa suatu sembahan mahupun suatu kerajaan atau kekuasaan – yang berusaha untuk mengekalkan ketidaksetaraan yang telah membungkam umat manusia disepanjang sejarah. Tetapi agama Tauhid adalah agama yang membiaskan usaha Nabi dalam menhancurkan segala bentuk berhala anutan manusia, dan segala sistem hirarki sosial dan kekuasaan, dalam menegakkan sistem Tuhan yang berlandaskan keadilan dan kesetaraan.

Secara ringkas, epistemologi Shariati meletakkan nilai bagi agama Tauhid itu adalah dalam seruannya untuk menentang, memberotak, menidakkan, dan berani berkata ‘tidak’, dihadapan sebarang bentuk kekuatan dan kekuasaan.

BookCover_Ali-Shariati_Grey

Kulit lembut: 116 pages
Penerbit: Islamic Renaissance Front (April, 2017)
Bahasa: Melayu
ISBN: 978-967-10992-8-5
Dimensi produk: 4.75 x 8.5 x 0.2
Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022