Sinopsis buku “Islam Di Persimpangan Jalan”
September 23, 2016

Screen Shot 2016-09-23 at 2.05.26 PMIslam at the Crossroads adalah buku yang ditulis oleh Muhammad Asad. Buku ini pada asalnya diterbitkan di Delhi dan Lahore pada tahun 1934, dan kemudian dicetak semula oleh Dar Al-Andalus dan Islamic Book Trust pada tahun 1982 dengan nota tambahan daripada penulis. Buku ini pada asasnya merupakan seruan kepada umat Islam untuk menghindar taklid buta terhadap bentuk dan nilai sosial Barat, dan cuba untuk memelihara sebaliknya warisan Islam mereka, yang suatu masa dulu bertanggungjawab terhadap pelbagai-sudut fenomena sejarah, yang gemilang, yang terangkum dalam istilah “peradaban Islam”.

Dalam arus kemodenan yang serba mekanistik dan terburu-buru sekaligus dengan kosongnya ruhani, umat Islam bukan hanya telah terjajah secara fizikal, mereka malah sekadar manjadi pengguna bagi import budaya dan ideologi Eropah yang dilihat Asad sebagai tidak manusiawi, suatu titik yang telah menggerakkan hatinya untuk memeluk cahaya Islam.

Apa yang kelihatan sebagai mereput dalam Islam di zaman moden ini adalah pada hakikatnya tidak lain daripada kematian dan kekosongan dalam hati Muslim, yang amat naif dan amat tidak peka untuk mendengar suara abadi mereka. Dalam risalah ringkas ini Asad telah menyeru agar memperbaharui sikap kita terhadap agama, kemalasan kita, keangkuhan-diri kita, kepicikan kita—pendeknya, kekurangan kita. Yang kurang, baginya, adalah pada Muslim dan bukan kononnya sebahagian daripada kekurangan Islam. Bagi mencapai kebangkitan, umat Islam tidak perlu mencari prinsip-prinsip tindakan yang baru dari luar, tetapi hanya perlu menerapkan yang lama dan yang telah ditinggalkan.

Tetapi, sebagaimana yang telah berlaku, banyak daripada apa yang penulis telah tujukan kemudiannya disalah fahami oleh pembaca dan pemimpin yang gagal untuk memahami implikasi penuh panggilannya kepada kreativiti budaya dan untuk kembali kepada ideologi sebenar al-Qur’an dan as-Sunnah—bukannya sebaliknya kembali kepada bentuk sosial atau pemikiran masa lampau yang telah menghasilkan kemunduran umat pada kurun lalu.

Asad mendedikasikan buku ini kepada “generasi muda Islam hari ini dengan harapan ia dapat memberi manfaat” dan, diharapkan, dapat menjelaskan sesuatu daripada kekeliruan tragis yang berlaku di dunia Islam.

Screen Shot 2016-09-23 at 2.05.45 PM

Kulit Lembut: 134 mukasurat
Penerbit: Islamic Renaissance Front (Ogos, 2016)
Bahasa : Melayu
ISBN: 978-967-10992-6-1
Dimensi Produk : 5.75 x 8.5 x 0.8

Lihat: http://irfront.net/books/

Buku ini boleh didapati di Gerakbudaya

Atau hubungi kami di: [email protected]

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022