Stop Dirty Politics, Focus on Electoral Reform

June 6, 2012


BERSIH 2.0
Press Statement
6 June 2012
Stop Dirty Politics, Focus on Electoral Reform

BERSIH 2.0 has always struggled and will continue to struggle for clean, free and fair elections. We are a non-partisan movement whose only aim is to see increased democratisation in Malaysia by advocating for all stakeholders to uphold the integrity of the electoral system and in doing so, protect voters’ rights.

BERSIH 2.0 views the conspiracy theory hatched by former Prime Minister Mahathir Mohamad and supported by Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin that BERSIH 2.0 intends to topple the government through chaos after the 13th General Elections as malicious and misleading. We question their intentions in hurling such wild allegations  against BERSIH 2.0 and attempting to instigate fear amongst the public.

As an elected representative and Deputy Prime Minister, Muhyiddin Yassin should instead fulfil his responsibilities and focus his attention and energy on more important issues of electoral reform and taking steps towards ensuring the 13thGeneral Elections are clean, free and fair. The huge turnout at Bersih 3.0 was a call for a fair electoral process. We remind the DPM that his role as an elected representative and minister is first and foremost to serve the needs of the people of Malaysia, and not to advance his personal nor his party’s political agenda.

Such mudslinging and slandering is considered dirty politics, which is why BERSIH 2.0’s eighth demand is: Stop Dirty Politics. BERSIH 2.0 calls on all elected representatives and government officials to stop the practice of dirty politics and to start focusing on issues and policies that truly serve the needs of the rakyat.

Keluar Mengundi, Lawan Penipuan!

Salam BERSIH!

Steering Committee

Coalition for Clean and Fair Elections 2.0 (BERSIH 2.0)

 

The Steering Committee of BERSIH 2.0 comprises:

Dato’ Ambiga Sreenevasan (Co-Chairperson), Datuk A. Samad Said (Co-Chairperson), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Ambrose, Andrew Khoo, Anne Lasimbang, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdillah, Dr Farouk Musa, Hishamuddin Rais, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Matthew Vincent, Niloh Ason, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.

——————————————————————————————-

BERSIH 2.0 akan terus memperjuangkan kewujudan satu sistem pilihan raya yang bersih, adil dan bebas. Kami adalah gerakan massa yang non partisan. Tujuan kami ialah untuk meluaskan demokrasi di Malaysia dengan memperkasa semua pihak yang berkepentingan untuk berpegang kepada prinsip ketelusan sistem pilihan raya. Ini bertujuan untuk mempertahankan hak pengundi.

BERSIH 2.0 melihat teori konspirasi yang ditelorkan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Muhamad dan di sokong oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tentang BERSIH 2.0 sedang merancang untuk menjatuhkan kerajaan melalui kacau bilau sesudah PRU13 adalah berniat jahat dan satu tohmahan. Kami melihat niat fitnah  dan tuduhan gila ini hanya  bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai dari BERSIH 2.0.

Sebagai wakil rakyat yang telah dipilih dan juga Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin seharusnya menjalankan tanggungjawab dan bekerja keras memerah tenaga untuk memastikan berlakunya reformasi dalam sistem pilihan raya. Ini untuk memastikan PRU13 nanti akan berjalan dengan adil, bebas dan bersih. Ratusan ribu warga yang keluar  di Duduk Bantah Bersih 3.0 adalah tanda tuntutan orang ramai  kepada  sistem pilihan raya yang  adil. Kami ingin mengingatkan Timbalan PM ini tentang tugas utama sebagai wakil  rakyat yang dipilih dan sebagai menteri ialah berkhidmat untuk rakyat. Bukan berkerja untuk  memajukan ajenda pribadi atau ajenda parti sendiri.

Tohmahan dan fitnah ini adalah contoh politik kotor. Justeru ianya menjadi salah satu dari  8 Tuntutan BERSIH 2.0: Hapuskan Politik Kotor. BERSIH 2.0 menyeru semua wakil-wakil rakyat dan juga pegawai-pegawai kerajaan untuk berhenti dari melakukan politik kotor. Masanya telah sampai untuk menumpukan kepada isu dan dasar-dasar yang betul-betul diperlukan oleh rakyat.

Keluar Mengundi, Lawan Penipuan!

Salam BERSIH!

Jawatankuasa Pemandu
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)

 

Jawatankuasa Pemandu  BERSIH 2.0  adalah: Dato’ Ambiga Sreenevasan(Pengerusi Bersama), Datuk A. Samad Said Pengerusi Bersama), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Ambrose, Andrew Khoo, Anne Lasimbang, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdillah, Dr Farouk Musa, Hishamuddin Rais, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Matthew Vincent, Niloh Ason, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.