Perbincangan Meja-Bundar: “Quo Vadis Perkembangan Ekonomi di Malaysia?”
February 20, 2018

Tarikh: Ahad, 25 Februari 2018
Masa: 2.30PM – 6.00PM
Tempat: Spices, Concorde Hotel, KL
Daftar di: https://www.eventbrite.com/e/perbincangan-meja-bundar-quo-vadis-perkembangan-ekonomi-di-malaysia-tickets-43297410721

Pembentang:
Prof. Jomo Kwame Sundaram (Initiative for Policy Dialogue, Columbia University)

Pembicara:
Dr Rosli Yaakop (PAS)
Prof Mohd Nazari Ismail (IKRAM)
Dr. Dzulkefly Ahmad, Parti Amanah Nasional (AMANAH)

Moderator:
Dato’ Dr. Ahmad Farouk Musa, (IRF)  

“Tidak harus wujud antara antara rakyat ini suatu kemiskininan yang ekstrem, dan tidak pula kekayaan yang melampau, karena keduanya adalah natijah daripada kejahatan yang maha besar” [Plato, The Republic]

Kita telah melihat bahawa sebarang bentuk perubahan dalam iklim politik seperti di Timur Tengah semasa Musim Semi Arab itu tidak akan mendatangkan sebarang makna sekiranya ia tidak dikesampingkan bersama perkembangan ekonomi. Lantaran itu mereka yang memperjuangkan perubahan dalam lanskap politik negara harus mempertimbangkan perkara ini.

Perubahan kepada politik yang bernuansakan Islam itu tidak akan membawa sebarang erti sekiranya tidak berlaku sebarang perubahan dalam agenda ekonomi. Kegagalan al-Ikwan al-Muslimun juga sering dikaitkan dengan dasar ekonominya yang mengutamakan hanya satu peratus daripada rakyat yang berada. Hal ini juga yang sering diperkatakan oleh pakar ekonomi di negara ini yang melihat ketumpukan kekayaan itu berada hanya pada segelintir mereka walaupun terdapat anjakan Gini coefficient yang menunjukkan jurang ini semakin dirapatkan.

Kita melihat bahawa golongan liberal dan pendokong pasaran bebas sering berhujah bahawa kewujudan satu peratus yang kaya-raya ini akan membolehkan peningkatan bagi golongan yang miskin hasil daripada trickle-down effect Tetapi sejarah telah membuktikan bahawa sifat tamak dalam diri manusia itu memastikan akan terencatnya cita-cita yang murni itu. Lantaran kerana itulah, kesemua protagonis dalam agenda politik baru ini harus memperdebatkan agenda ekonomi yang ingin mereka ketengahkan. Dan perbincangan meja-bundar ini menjadi salah satu medan bagi melakarkan agenda ekonomi alternatif yang akan datang.

Program:
PM
2.30-3.00       :   Pendaftaran
3.00-3.10       :   Ucapan Pembukaan oleh Ehsan Shahwahid
3.10-3.20       :   Ucapan oleh Moderator, Dr. Ahmad Farouk Musa
3.20-4.00       :   Pembentangan utama oleh Prof. Jomo Kwame Sundaram
4.00-4.20       :   Pembicara I: Dr Rosli Yaakop
4.20-4.40       :   Pembicara II: Prof Mohd Nazari Ismail
4.40-5.00       :   Pembicara III: Dr. Dzulkefly Ahmad
5.00-6.00       :   Perbincangan
6.00pm           :   Minum Petang

Anjuran:
Islamic Renaissance Front (IRF)

Biografi
Prof Jomo Kwama Sundaram adalah Felo Pelawat di Initiative for Policy Dialogue, Columbia University, dan Professor Adjunct di International Islamic University Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai UN Assistant Secretary General for Economic Development di UN Department of Economic and Social Affairs (DESA) daripada tahun 2005 hingga 2012 , Penyelaras Penyelidikan bagi G24 Intergovernmental Group on International Monetary Affairs and Development (2006 – 2012), Penolong Pengarah bagi Economic and Social Development, Food and Agriculture Organization (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (2012 – 2015) dan Pemegang Kursi Tun Hussein Onn dalam Pengajian Antarabangsa di Institute of Strategic and International Studies, Malaysia (2016-2017). Beliau telah menerima anugerah 2007 Wassily Leontief Prize for Advancing the Frontiers of Economic Thought. Jomo telah mengarang dan menyunting lebih seratus buah buku dan telah menterjemah 12 jilid di samping menulis beberapa kertas kerja akademik dan artikel media, termasuklah dua belas jilid mengenai Islam. Beliau telah menjadi Professor di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya hinggalah bulan November 2004, Direktur Pengasas (1978-2004) bagi Institute of Social Analysis (INSAN) dan Pengasas (2001-2004) IDEAs, International Development Economics Associates (www.ideaswebsite.org).

Dr Rosli Yaakop merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Beliau juga merupakan bekas Pengarah Urusan Akhbar Harakah terbitan PAS. Beliau pernah berkhidmat di Bank Negara Malaysia (BNM) selama 18 tahun dan pernah menjadi Timbalan Pengarah di Jabatan Ekonomi BNM. Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Ekonomi di Universiti Wisconsin, USA dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Ekonomi di universiti yang sama. Beliau pernah menjadi Timbalan Presiden Kanan, Global Hajj and Umrah Corporation (Labuan) Limited, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Pharos Berhad, Pengarah Islamic Banking Scheme and Special Project, Abrar Discount Berhad, Ketua Pegawai Eksekutif Abrar Finance Berhad, Pensyarah sambilan bagi Subjek Institusi dan Pasaran Kewangan, Universiti Malaya dan Ahli lembaga pengarah di beberapa syarikat. Bidang kepakaran beliau termasuklah pengawalseliaan institusi kewangan, perumusan dan pelaksanaan dasar monetari, fiskal dan ekonomi, pengurusan kecairan, perbankan dan kewangan Islam serta membangunkan strategi perniagaan. Beliau banyak menulis mengenai isu-isu ekonomi dan membentangkan kertas kerja dalam pelbagai seminar ekonomi.

Prof Mohd Nazari Ismail adalah profesor di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya, dan bekas dekan fakulti sehingga 30 Jun 2015. Beliau juga merupakan ketua unit perancangan strategik universiti dari 1996 hingga 1998 dan dari 2006 hingga 2009. Beliau telah menerbitkan banyak artikel dalam jurnal akademik dan juga telah menulis empat buku. Buku lain dijadualkan diterbitkan tahun ini berjudul ‘Hutang dan Pemusnahan’. Beliau juga telah berunding serta menyediakan program latihan kepada beberapa organisasi sektor awam dan swasta Proton, Matsushita, Polis Diraja Malaysia, dan Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun Malaysia. Beliau adalah sarjana Fulbright Foundation Malaysia 1999 di University of Michigan, Ann Arbor, Amerika Syarikat dan juga Pakar Pelawat Fulbright di Pfeiffer University, North Carolina, Amerika Syarikat pada tahun 2005. Pada bulan Jun 2005, beliau adalah felo di Oxford Center for Islamic Studies , Oxford, United Kingdom. Beliau juga merupakan pengerusi BDS Malaysia, yang menyeru boikot, pelupusan dan sekatan Israel dan organisasi yang terlibat dengan Israel yang telah melakukan ketidakadilan dan penderaan hak asasi manusia terhadap rakyat Palestin. Prof. Mohd Nazari Ismail memperolehi B.Sc. Ekonomi (Hon.) dari University of Wales, U. Kingdom, diikuti oleh MBA dari Universiti Negeri New York, Amerika Syarikat dan PhD dari Manchester Business School, University of Manchester, United Kingdom.

Dr Dzulkefly Ahmad adalah Pengarah Strategi Parti Amanah Negara dan juga merupakan mantan Ahli Parlimen Kuala Selangor. Dr Dzulkefly mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Imperial College (St. Mary’s Hospital Medical School), Universiti London (1993) dalam bidang Sains Perubatan (Toksikologi) dan Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Surrey dan Ijazah pertama dari Universiti Birmingham, England (1980) dalam bidang yang sama. Beliau mengikuti kursus dalam Ekonomi dan Kewangan Islam dalam tahun 1998-99. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang (1984-1989) dan HUSM, Kelantan (1993-1997). Beliau pernah menjadi pensyarah tamadun Islam di USM (1987-1997). Dr Dzulkefly pernah menjadi pemimpin Pergerakan Mahasiswa di United Kingdom (70-80an), Jemaah Islamiah Malaysia (JIM) 1997-1998, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (1998-2009), AJK Lujnah Politik PAS Pusat, dan AJK Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH, 2006). Beliau juga sempat menulis dan mengulas isu-isu semasa di media cetak dan elektronik dan membentang kertas kerja di peringkat nasional dan antarabangsa berkenaan pembangunan ekonomi, perhubungan kaum dan pertembungan tamadun Islam-Barat, dan pastinya tentang Political Islam. Beliau juga adalah pengarang bagi buku Striving For Change (The Blindspot Series) dan Najibnomics: Rahmat Atau Malapetaka?.

Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa ialah Pengerusi dan Pengarah di Islamic Renaissance Front, sebuah badan pemikir yang menggerakkan agenda islah dan tajdid dalam pemikiran umat Islam serta memperkasakan daya intelek. Beliau juga merupakan seorang pensyarah di Monash University Malaysia dan seorang pakar bedah Cardiothoracic. Beliau adalah Pengarah bagi Centre for Combating Corruption and Cronyism (C4), ahli pengasas Muslim Professionals Forum (MPF), dan mantan Timbalan Pengerusi BERSIH 2.0, iaitu sebuah gerakan sivil yang memperjuangkan pilihanraya yang bebas dan adil, demokrasi, dan sebuah kerajaan yang telus. Sebagai Pengerusi dan Pengarah bagi badan pemikir Islamic Renaissance Front semenjak tahun 2007, beliau telah menganjurkan pelbagai seminar, forum, simposium dan konferansi yang melibatkan tokoh-tokoh tempatan dan antarabangsa bagi isu-isu yang berkaitan dengan demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan beragama, kebebasan berekspresi, ekstremisme keagamaan, dan pembangunan wacana-wacana mengenai pasca-Islamisme. Beliau turut terlibat dalam dialog-dialog antara agama khususnya berhubungan dengan hubungan Muslim-Kristian dan juga dialog-dialog intra-agama khususnya berkaitan dengan wacana Sunni-Syiah. Beliau sekarang adalah Pesuruhjaya di Commonwealth Initiative for the Freedom of Religion or Belief (CIFoRB) yang berpusat di Westminster, London, dan juga salah seorang Felo Penyelidik di Sekolah Tinggi Filsafat Islam – STFI Sadra, Jakarta, Indonesia.

 

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022