Perdebatan Tentang Negara Sekular
May 28, 2014

kuliah Jalanan_POSTER

Date: Sabtu, 7 June 2014
Time: 10AM – 1PM
Venue: Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan

Registration: https://www.eventbrite.com/e/perdebatan-tentang-negara-sekular-tickets-11628305575

Sesungguhnya keseluruhan pandangan yang fundamental daripada projek Islamis berakar pada ide tentang kedaulatan Tuhan. Sebarang bentuk kerajaan yang lain asasnya hanya merupa upaya manusia untuk merampas kedaulatan Tuhan oleh manusia. Sekiranya dua garis harus dilukiskan, bentuk horizontal dan vertikal, maka titik pergeseran adalah tatkala dua garis itu bertemu. Kalangan yang percaya dengan definisi yang tegar tentang negara Islam cuba untuk menyela relasi vertikal mereka dengan Tuhan ke dalam ruang horizontal awam sebagai suatu cara bagi mengatur urusan manusia.

Keseluruhan ide ini adalah berdasar kepada faham bahawa agama mendakwa memiliki kebenaran yang universal. Ketegaran ideologi yang sering terkait dengan kepercayaan ini telah menjejaskan prinsip toleransi, pluralisme, dan mengkompromi seluruh aspek yang penting daripada politik demokrasi liberal. Dan kerana posisi penting yang ditempati Shariah dalam penguasaan diskusi kalam-perundangan Islam, hudud atau hukuman Tuhan, telah diangkat ke status “holy grail” oleh kebanyakan gerakan Islam.

Yang demikian ini merupakan alasan utama mengapa terdapatnya keperluan terhadap pemisahan agama daripada politik. Agama bersifat eksklusif kerana ia menetapkan batas antara orang beriman dan tidak beriman, padahal kerakyatan tidak harus bersandar pada kepatuhan kepada Tuhan sebaliknya berdasarkan keahlian dalam masyarakat politik. Dan agama juga melemahkan orde sekular dalam masyarakat yang amat diperlukan untuk mengekalkan keamanan demokrasi. Ia pada dasarnya merobohkan perbedaan antara paksi vertikal dan horizontal, dan menarik Tuhan daripada ketinggian samawi dan masuk ke tengah perdebatan awam.

Harus ditekankan di sini bahawa tuntutan untuk mendirikan sebuah negara sekular sama sekali tidak sama dengan tuntutan untuk mensekularkan masyarakat. Negara harus menjadi sekular dalam pengertian ia bersifat neutral terhadap semua doktrin agama yang berbeza. Ia tidak bermaksud pengasingan agama daripada kehidupan sosial masyarakat. Salah tanggapan yang terbit daripadanya, adalah salah satu sebab ramai umat Islam lebih cenderung berseteru pada konsep itu.

Sekiranya Islam masih harus dilihat memainkan peranan dalam tata urus, maka tugas pokok adalah baginya untuk menjadi penjamin terhadap maruah manusia. Ia harus memastikan keselamatan fizikal terhadap setiap rakyat, hak mereka untuk melindungi keluarga mereka, keselamatan harta mereka, kesaksamaan dalam kerjaya mereka dan penyertaan penuh mereka dalam masyarakat madani.

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022