Seminar Pemikiran Reformis – Siri I : Buya Hamka
June 4, 2014

buya hamka2

Date: Sabtu, 21 Jun 2014
Time: 11AM – 1PM
Venue: Conference Room, Global Movement of Moderates Foundation, Level 15 Menara Manulife, Bukit Damansara

Registration: https://www.eventbrite.com/e/seminar-pemikiran-reformis-siri-i-buya-hamka-tickets-11855138037

Syaikh Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah atau lebih dikenal mesra sebagai Buya Hamka (Februari 17, 1908 – Julai 24, 1981) merupakan pemikir dan pentafsir fiqh Islam yang cukup masyhur di abad ini. Pada sosoknya yang trampil itu terungkap cita-cita besar dan ketangkasan idealisme seorang faqih dan filasuf agung.

Sesungguhnya Buya Hamka adalah penerus usaha kebangkitan dan pemberdayaan massa yang diungkapkan sebagai aspirasi perubahan yang merangkul ide modernis yang inklusif “berdasar al-Qur’an dan al-Hadith”.

Perjuangan ini telah dimulakan oleh al-Ustaz al-Imam Muhammad Abduh yang digambarkan sebagai figur dakwah yang terkemuka di dunia Islam yang telah mencetuskan gagasan pembaharuan dan menzahirkan pengaruh yang monumental dalam pemikiran Islam moden. Perjuangan Abduh itu berteraskan kepada ide Pan Islamisme yang digagaskan oleh Sayyid Jamaluddin al-Afghani yang menyeru kepada kebebasan fikiran dan pemugaran ijtihad.

Mereka yang biasa melazimi karya  Buya Hamka pasti merumuskan bahawa asas pemikiran Abduh tentang perjuangan dan kefahaman politik Islam dan cita-cita perjuangannya adalah demi membawa kepada harakah perubahan yang bersendikan agenda islah dan tajdid.

Kesan pemikiran Abduh telah memberikan pengaruh yang meluas dalam gerakan Islam sedunia. Pelajar-pelajar Melayu dan Indonesia yang menuntut di Mesir di zaman kebangkitan ketika itu terpukau dengan watak dakwah dan cetusan ide Abduh yang menzahirkan hasrat pembaharuannya dengan lantang dan memplokamirkan gagasan dan cita-cita perjuangan yang jitu terhadap gerakan Islam.

Abduh telah merakamkan sumbangan yang bermakna dalam mengangkat dan menggerakkan kekuatan dan semangat perjuangan Islam di seluruh dunia. Hasil karyanya yang ditulis sejak akhir kurun ke 19 telah menzahirkan corak dakwah yang revolusioner dan mewarnai pemikiran dan pandangan Islam kontemporer.

Lantaran itulah Buya Hamka ada menyebut: “Syeikh Muhammmad Abduh adalah orang yang mula-mula membuka fikiran baru. Tegasnya fahaman muda di Mesir. Di dalam bahasa Inggeris ditulis: “The first leader of modern thought in Egypt” – perintis pemikiran moden di Mesir.

Kerna terpengaruh dengan ide reformis yang ditunjangi oleh Muhammad Abduh dan teman-temannyalah, Hamka cuba mengangkat dan menerapkan gagasan pembaharuan di tanah airnya, dengan upaya yang ada padanya; lewat jalan dakwah dan penulisan. Dan seminar ini bertujuan untuk menyelami dan menghayati ide-ide reformis Buya Hamka.

Program:

1100-1105: Ucapan oleh Pengerusi majlis, Mohamed Imran Mohamed Taib
1105-1115: Ucapan alu-aluan oleh Dato’ Saifuddin Abdullah
1115-1200: Pembentangan tentang Buya Hamka oleh Prof Ahmad Syafi’i Maarif
1200-1210: Intervenor I: Dr Azhar Ibrahim
1210-1220: Intervenor II: Dr Ahmad Farouk Musa
1220-1300: Perbincangan dan soal jawab
1300: Makan tengahari

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022