Seminar Pemikiran Reformis – Siri IX Muhammad Iqbal

September 1, 2017


Tarikh: Sabtu, 28 Oktober 2017
Masa: 10AM – 530PM
Tempat: Concorde V, Concorde Hotel Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
Pendaftaranhttps://www.eventbrite.com/e/seminar-pemikiran-reformis-siri-ix-muhammad-iqbal-tickets-37518432642

Ucaptama dan Peluncuran Buku “Rekonstruksi Pemikiran Keagamaan Dalam Islam” oleh
YB Saari Sungib
Translation of “The Reconstruction of Religious Thought in Islam” by Muhammad Iqbal 

Panelis:

Dr Haidar Bagir
Direktur Utama, Kelompok Mizan, Indonesia

Dr Ammar Fauzi
Sekolah Tinggi Filsafat Islam – STFI Sadra, Jakarta, Indonesia

Dr Azhar Ibrahim
National University of Singapore

Moderator:

Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa
Islamic Renaissance Front

Anjuran:
Islamic Renaissance Front

 

Muhammad Iqbal lahir pada tahun 1877, di wilayah Punjab – kini Pakistan. Berketurunan daripada keluarga Brahmin-Kashmiri, yang sangat dihormati membolehkan Iqbal menerima mutu pendidikan yang cemerlang.

Latar belakang kesarjanaan Iqbal yang diperoleh daripada warisan pemikir Islam, seperti Sir Sayyid Ahmad Khan, Shah Waliyullah ad-Dahlawi dan Mulla Sadra. Pada masa yang sama, kemahiran Iqbal menekuni tradisi falsafah Barat yang berlanjutan daripada idea Hegel, Bergson, Freige dan Fredriech Niestzche membenarkan Iqbal untuk merenkonstruk idea pemikiran yang jernih dan segar terhadap sintesis pemikiran dan reinterpretasi terhadap faham Islam.

Iqbal tidak menolak aspek positif daripada Barat dan beliau juga tidak mengggalakkan sikap taqlid mebuta tuli terhadap Barat. Malahan apa yang beliau hajati ialah kerangka intelektual bagi Islam yang moden dan mencari jalan bagi membangunkan tamadun Islam berdasarkan khazanah agama dan budaya Islam sendiri. Tersudut daripada usaha membangunkan keanjalan terhadap pemikiran, dunia Islam menerima kedatangan seorang cendikiawan tersohor dari wilayah Sialkot, Punjab, iaitu seorang penyajak dan penyair terkemuka, Muhammad Iqbal atau digelar Allamah Sir Muhammad Iqbal, yang telah mendobrak pemikiran baru, yang membawa agenda islah dan reformis – konsep modernisme Islam sebagai respons kepada modeniti Eropah.

Iqbal beranggapan bahawa kesedaran golongan ulama’ yang mempertahankan konsep Ijtihad seperti Ibn Taymiyyah (1263 -1328) dan Shah Waliyullah ad-Dahlawi (1703-1762) membangkitkan keperluan untuk umat Islam sama-sama memimpin pembaharuan dan modenisasi di dalam lebenswelt (dunia kehidupan) mereka terhadap agama. Iqbal dipengaruhi pemikiran ulama’ seperti Muhammad ibn Ali asy-Syaukani (1760-1839), ulama’ reformis yang menyeru ke arah islah dan pembaikan kondisi masyarakat yang dibendung gejala taqlid.

Sememangnya Iqbal merupakan ahli falsafah, penyair, mujaddid dan reformis Islam yang telah banyak berjasa di dalam membangunkan naratif yang progresif di dalam korpus pemikiran Islam. Sesungguhnya, jasa Allamah Muhammad Iqbal yang mendepani cabaran intelektual moden, di satu sisi bertindak dengan penggerak modenisme Islam yang kritikal terhadap modeniti Barat. Tambahan pula, kehebatan beliau di dalam mengarang karya-karya kesusasteraan menyebabkan Muhammad Iqbal sangat dihormati di Timur dan juga Barat. Lantaran itu jugalah pengkaji Islam, John Esposito pernah menulis suatu esei sebagai penghargaan kepada Muhammad Iqbal bertajuk “Iqbal The Reformer” atau “Iqbal Sang Reformis”.

Lantaran itu, seminar ini bertujuan untuk memugar semula pemikiran Sang Reformis ini agar kita menjadi umat yang senantiasa befikiran terbuka, peka, dan kritis dalam menangani kdehidupan sebagai Muslim di zaman moden yang semakin mencabar ini.

Program:

0930-1000:   Pendaftaran dan minum pagi
1000-1005:   Ucapan oleh Pengerusi majlis, Ehsan Shahwahid
1005-1015:   Bacaan al-Qur’an oleh Thufail Sayuti. Surah Al Rūm: 20-27
1015-1050:   Ucaptama dan peluncuran buku “Rekonstruksi Pemikiran Keagamaan Dalam Islam – Muhammad Iqbal” oleh YB Saari Sungib
1050-1100:   Ucapan pengenalan oleh moderator, Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa
1100-1200:   Pembentang I: Dr Haidar Bagir
Membaca Pemikiran Iqbal Dalam Era Islamisme
1200-1300:   Perbincangan dan soal jawab
1300-1430:   Makan tengahari dan solat
1430-1530:   Pembentang II: Dr Ammar Fauzi
Visi Peradaban dalam Pemikiran Muhammad Iqbal
1530-1630:   Pembentang III: Dr Azhar Ibrahim
Lafaz Muhammad Iqbal: Yang Dipuji dan Yang Diketepi
1530-1730:   Perbincangan dan soal jawab
1730:              Minum petang dan bersurai

Biografi Pembicara

YB Saari Sungib merupakan Ahli Dewan Negeri Selangor Penggal ke-13 sesi 2013-2018 bagi kawasan DUN N18 Hulu Kelang daripada Parti Amanah Negara (AMANAH). Di dalam parti AMANAH, beliau merupakan Ketua AMANAH Parlimen Gombak, Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Selangor dan Ketua Biro Dakwah, Jawatankuasa Pusat AMANAH Nasional sejak 2015. Sebelum terjun ke dalam bidang politik, beliau adalah tokoh dakwah yang terkenal di Malaysia. Beliau telah mengetuai Jemaah Islah Malaysia (JIM), sebuah gerakan dakwah, sosial, dan kebajika, sebagai presidennya dari 1990 hingga 1999. Beliau pernah diberikan anugerah khas oleh Amnesty International pada tahun 2001 di atas sumbangan beliau dalam mempertahankan hak asasi manusia. Sejak tahun 1986 hingga kini, beliau telah menulis lebih 30 buah buku yang berkisar persoalan dakwah, reformasi masyarakat dan hak asasi manusia. Beliau juga menulis di akhbar-akhbar alternatif dan di internet mengenai isu-isu semasa dan pandangan-pandangan bagi memperbaiki kepincangan masyarakat.

Dr Haidar Bagir adalah Direktur Utama Kelompok Mizan. Bersama dua temannya, dia mendirikan Penerbit Mizan pada tahun1983. Haidar memperoleh gelar Master dari The Centre for Middle-Eastern Studies, Harvard University (1992), dengan beasiswa Fulbright. Kemudian dia melanjutkan lagi pendidikannya dan meraih gelar Doktor Filsafat Islam dari Jurusan Filsafat Universitas Indonesia (2005) dengan disertasinya tentang Perbandingan Pemikiran Mulla Sadra dan Heidegger. Dalam hubungan dengan studi doktoralnya tersebut, dia mendapatkan lagi beasiswa Fulbright untuk melakukan risetnya di Department of Philosophy and History of Science di Indiana University Bloomington, AS, selama setahun. Untuk ketiga kalinya, dia mendapatkan biasiswa Fulbright sebagai Visiting Specialist di University of Sciences, Philadelphia (2006), dan ditunjuk sebagai Misher Professor for Humanities oleh universitas tersebut. Selain memimpin Kelompok Mizan, dia juga menjadi Ketua Yayasan Manusia Indonesia (Yasmin) yang bergerak di bidang pemberdayaan pendidikan kaum dhuafa’, serta Ketua Yayasan Lazuardi Hayati yang bergerak di bidang pendidikan yang kini telah memiliki beberapa cabang sekolah unggulan. Beberapa penghargaan keilmuan internasional juga pernah diraihnya, termasuk Science and Religion Course Award dari The Centre for Theology and Natural Sciences (CTNS), Barkeley, California, USA (2002/2003). Lima tahun berturut-turut (2010-2015) Haidar Bagir masuk ke dalam daftar 500 Tokoh Muslim Paling Berpengaruh di Dunia yang disusun oleh The Royal Islamic Strategic Studies Center yang berpusat di Amman, Jordania. Haidar Bagir mendeklarasikan Gerakan Islam Cinta, yaitu sebuah upaya untuk menekankan aspek cinta dan spiritualitas Islam kepada masyarakat Muslim. Di antara buku-buku yang ditulisnya adalah Tentang Manajemen dan Manusia (1996), Buku Saku Filsafat (2005), Buku Saku Tasawuf (2005), dan Buat Apa Shalat?! (2008), Surga Di Dunia Surga Di Akhirat (2011), Islam Risalah Cinta dan Kebahagiaan (2012), Semesta Cinta Pengantar Kepada Pemikiran Ibn Arabi (2015), Belajar Hdup Dari Rumi (2015), dan Mereguk Cinta Rumi (2016). 

Dr Ammar Fauzi adalah dosen pengajar di Sekolah Tinggi Filsafat Islam (STFI) Sadra, Jakarta. Di perguruan tinggi yang sama, beliau menjabat sebagai ketua program studi Master Filsafat Islam. Setelah menyelesaikan MA dengan tesis Mystical Experience di Al-Mustafa International University (MIU), Republik Islam Iran, beliau melanjutkan pendidikan ke jenjang PhD dan menyelesaikannya pada tahun 2014 dengan disertasi Agnoseologi dalam Tasawuf Ibn Arabi. Berkesempatan mengajar di program studi MA, Fakultas Filsafat Universitas Gadjah Mada (UGM), beliau menggagas pusat studi Filsafat Islam di fakultas yang sama. Minat beliau kini terfokus pada Filsafat Politik Islam sebagai salah satu konsentrasi program studi MA di STFI Sadra, dan tasawuf Islam melalui International Conference of Sufism. Kini beliau aktif sebagai kepala riset STFI Sadra, anggota pengawas Indonesia Center for Middle East Studies (ICMES), kepala kantor Bahasa Indonesia Islamic Research Institute for Culture and Thought (IICT), Tehran, International advisory board  di Centar Kom, Beolgrad, dan anggota dewan ahli International Conference on Thoughts on Human Sciences in Islam (IC-ThuSI), Jakarta. 

Dr Azhar Ibrahim adalah Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Beliau telah menerima PhD, MA, daripada Jabatan yang sama pada tahun 2002 dan 2008. Disertasi beliau bertumpu pada hal humanisme dan intelektualisme dalam kesusasteraan ilmuwan Melayu manakala tesis MA beliau adalah berkenaan kajian orientasi keagamaan seperti yang tercermin dalam masyarakat feudal Melayu dan penerusannya hingga ke hari ini. Beliau mengambil jurusan Pengajian Melayu dan Pengajian Asia Tenggara pada peringkat ijazah. Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah selama hampir sedekad di Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE), Universiti Teknologi Nanyang, mengajar persuratan Melayu klasik dan moden, sosiologi Bangsa Melayu, dan juga tradisi intelektual dan peradaban Islam. Beliau juga telah berjaya menyiapkan pengkajian di peringkat pasca kedoktoran di Faculty of Theology, University of Copenhagen, Denmark (2009/2010), dan kemudian di Temple University, USA (2010/2011). Kajian beliau berfokus pada Teologi Sosial dalam Muslim Asia Tenggara: Trend dan Cabaran, dan Teologi Dialog dalam. Masyarakat Melayu-Indonesia: Prospek dan Halangan. Beliau telah menulis banyak makalah dan buku-buku dalam bahasa Inggeris dan Melayu dan sangat aktif memberikan syarahan di Malaysia dan juga antarabangsa.