Seminar Pemikiran Reformis – Siri XIII: Teungku Muhammad Hasbi Ash-Shiddieqy
October 1, 2018

 

Tarikh: Sabtu, 6 Oktober 2018
Masa: 10AM – 530PM
Tempat: Ibn Taymiyyah Conference Room, Level 3, Kulliyyah of Economics and Management Sciences, Universiti Islam Antarabangsa, Jalan Gombak, Kuala Lumpur

Daftar di: https://www.eventbrite.com/e/seminar-pemikiran-reformis-siri-xiii-teungku-muhammad-hasbi-ash-shiddieqy-tickets-50833507389

Perasmian oleh Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar,
Presiden, Academic Staff Association, International Islamic University Malaysia 

Panelis:
Dr Muhammad Syahrial
IAIN Lhokseumawe, Aceh, Indonesia

Dr Pradana Boy
Universitas Muhammadiyah, Malang, Indonesia

Dr Azhar Ibrahim
National University of Singapore

Moderator:
Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa
Islamic Renaissance Front 

Anjuran:
Islamic Renaissance Front & Academic Staff Association, International Islamic University Malaysia

Teungku Muhammad Hasbi ash-Shiddiqiey (1904-1975) dilahirkan pada 10 Mac 1904 di Lhok Seumawe, Acheh Utara dan membesar di tengah-tengah keluarga yang mewarisi akar budaya dan semangat keagamaan yang kuat.

Pada tahun 1926, TM Hasbi mendaftar di Madrasah al-Irsyad, Surabaya yang didirikan oleh Syeikh Ahmad Soorkati (1874-1943), dan mengikuti takhassus dalam disiplin pendidikan selama dua tahun. Pemikiran moden yang digerakkan di al-Irsyad, mempengaruhi corak pemikiran dan pandangan dunianya yang rasional yang menyalahi aliran konservatif dan taqlid yang berkembang dalam masyarakat. TM Hasbi juga pernah belajar di Timur Tengah, dan pergaulannya yang luas telah memungkinkannya untuk mencetuskan gagasan pencerahan yang kontroversial dan menggerakkan perjuangan menentang arus pemikiran tradisional dan fanatik dan “mendobrak benteng taqlid”

Dalam sejarah pemikiran Islam di Indonesia, Hasbi terkenal dengan usahanya memperkenalkan fiqh ke-Indonesiaan, yang mengangkat pemahaman “fiqh baru dan hukum Islam ala Indonesia” hasil refleksi historisnya atas pemikiran hukum dan kearifan tentang prinsip syari’at dan kesadaran hukum masyarakat. Gagasan ini dilahirkan berasaskan keyakinannya bahawa “prinsip-prinsip hukum Islam sebenarnya memberikan ruang gerak yang lebar bagi pengembangan dan ijtihad-ijtihad baru”.

Ia dicetuskan daripada orientasi doktrin, tradisi, dan politik hukum nasional dan “dinamika pembaharuan hukum Islam di Indonesia”. Berangkat dari kenyataan sosial dan politik – waqi‘ al-hal– dan kepekaan terhadap kebaikan dan maslahah, Hasbi menggagaskan fiqh Indonesia, iaitu “fikih yang ditetapkan sesuai dengan tabiat dan watak Indonesia” sebagai alternatif fiqh baru ke atas situasi dan kondisi masyarakat yang dihadapinya, dan yang “lebih mencerminkan pelurusan pemahaman umat dan proses adaptasinya ke dalam perubahan sosial.

Tafsir al-Nur adalah antara karyanya yang fenomenal, yang dikemukakan dalam 30 juzu’, dan diangkat sebagai rujukan klasik kerana “tidak banyak ulama Indonesia yang mampu menghasilkan karya tafsir semacam itu”. Kerangka besar Tafsir ini melakarkan falsafah tajdid dan perjuangan menuntut islah, yang terkesan daripada mazhab pemikiran moden yang tersebar di Indonesia hasil dakwah kaum muda al-Azhar yamg dipimpin Imam Muhammad Abduh. TM Hasbi terkesan dengan idea pembaharuan dan nahdah yang berkembang di Mesir, dan ini diperkukuh dengan penglibatannya dalam gerakan kebangkitan di Indonesia.

Gagasan pembaharuan Syaikh Muhammad Abduh memberikan impak yang siginifikan dalam penafsirannya. Hal ini diungkapkan dengan konklusif dalam hujahnya tentang akal dan fikrah pembaharuan dan idealisme tafsir yang impresif yang dicanang oleh Abduh. Demikianlah perjalanan jihad Prof TM Hasbi Ash-Shiqqieqy yang akan diwacanakan dalam Seminar ini.

Program:
0930-1000:      Pendaftaran dan minum pagi
1000-1005:      Ucapan oleh Pengerusi majlis
1005-1015:      Bacaan al-Qur’an oleh Muhammad Thufail Sayuti. Surah At-Taubah: 121-129
1015-1030:      Perasmian oleh Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, President, Academic Staff Association, International Islamic University Malaysia
1030-1040:     Ucapan pengenalan oleh moderator, Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa
1040-1130:      Pembentang I: Dr Muhammad Syahrial
Berinteraksi dengan al-Qur’an: Mendiskusikan Pemikiran TM Hasbi Ash-Shiddieqy tentang al-Qur’an dan Tafsir
1130-1220:      Pembentang II: Dr Pradana Boy
Hasbi Ash-Shiddieqy dan Pembaharuan Pemikiran Hukum Islam
1220-1300:      Perbincangan
1300-1430:      Makan tengahari dan solat
1430-1530:      Pembentang II: Dr Azhar Ibrahim
Ketokohan TM Hasbi Ash-Shiddieqy: Berdepan Maslahah, Berubah dengan Fikah
1530-1700:      Perbincangan dan soal jawab
1700:               Minum petang dan bersurai

Biografi
Dr Tunku Mohar Tunku Mohd. Mokhtarmerupakan seorang Assistant Professor dan mantan Ketua, Jabatan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau memperoleh Sarjana Sastera dalam Hubungan Antarabangsadaripada Boston University (1997) dan PhD dalam Sains Politik daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2006). Beliau juga merupakan mantan Timbalan Pengarah di Institut Kajian Dasar (IKD). Minat penyelidikannya tertumpu kepada politik Malaysia, sistem pilihanraya dan pengundian, polisi-polisi luar Malaysia, dan hubungan luar ASEAN.

Dr Muhammad Syahrial dikenal dengan nama Syahrial Razali, hari-hari bekerja sebagai Pensyarah Ilmu al-Quran dan Tafsir di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Lhokseumawe Indonesia, menyelesaikan pendidikan Doktor Falsafahnya di IIU Malaysia pada tahun 2017 dengan tajuk disertasi “Contemporary Issues in The Thought of Shaykh Muhammad Hasbi Ash-Shiddieqy in His Two Works al-Nuur and al-Bayan: An Analitical and Critical Study.” Intens mengkaji pemikiran tafsir Teungku Muhammad Hasbi Ash-Shiddieqy. “Rasionalitas Tafsir Dalam Tafsir An-Nuur; Studi Penafsiran Surah Al-Nisa’ [4]:1” adalah tulisan terakhir yang dimuat di jurnal Mutawatir UIN Surabaya Indonesia, dan “The Freedom of Religion in the thought of Shaykh Muhammad Hasbi Ash-Shiddieqy as Appeared in his book “Tafsir An-Nuur” adalah tajuk paper yang disampaikan di International Islamic Conference on Islam di USIM pada September 2018. Penelitian terbarunya bertajuk “Wasatiyah Dalam Al-Qurân: Studi Pemikiran Teungku Muhammad Hasbi Ash-Shiddieqy Terhadap Konsep Wasatiyah Dalam Tafsir An-Nuur” kini sedang dalam proses reviu oleh jurnal Madania, IAIN Bengkulu.

Dr Pradana Boy ZTF adalah Ketua Pusat Studi Islam dan Filsafat (PSIF) Universitas Muhammadiyah Malang, Indonesia. Beliau adalah senior di Jaringan Intelektual Muda Muhammadiyah, dan Duta Perdamaian Agama Dunia (International Fellow in Interreligious Dialogue) daripada King Abdullah bin Abdulaziz International Center for Interreligious and Intercultural Dialogue (KAICIID) yang berpusat di Vienna, Austria. Kepakaran beliau adalah dalam bidang pemikiran dan teori perundangan Islam, juga pemikiran Islam kontemporari. Selain itu beliau juga berminat dalam bidang sejarah dan falsafah Islam, serta pengajian keagamaan. Beliau telah menyelesaikan ijazah Perundangan Islam di Universiti Muhammadiyah Malang dan telah berjaya mendapatkan kelulusan Sarjana dalam bidang pemikiran dan gerakan Islam daripada Australian National University. Pada 2015, beliau berjaya menyiapkan PhD beliau di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Sepanjang karier akademiknya, Pradana telah terlibat secara langsung dalam pelbagai kegiatan dialog antara-agama dan dalam-agama lebih daripada 15 tahun melalui upaya penulisan, dialog, forum dan ceramah. Beliau kini ialah ahli bagi Forum Pemimpin-pemimpin Antara-agama di Batu, Jawa Timur, Indonesia yang mengadakan pertemuan antara pemimpin-pemimpin agama pada setiap bulan. Beliau juga adalah Pengerusi Pemuda Muhammadiyah Jawa Timur. Antara karya beliau adalah Fatwa in Indonesia: An Analysis of Dominant Legal Ideas of Fatwa-Making Agencies and their Implication in the Post-New Order Period (Amsterdam University Press, 2017).

Dr Azhar Ibrahim adalah Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Beliau telah menerima PhD, MA, daripada Jabatan yang sama pada tahun 2002 dan 2008. Disertasi beliau bertumpu pada hal humanisme dan intelektualisme dalam kesusasteraan ilmuwan Melayu manakala tesis MA beliau adalah berkenaan kajian orientasi keagamaan seperti yang tercermin dalam masyarakat feudal Melayu dan penerusannya hingga ke hari ini. Beliau mengambil jurusan Pengajian Melayu dan Pengajian Asia Tenggara pada peringkat ijazah. Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah selama hampir sedekad di Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE), Universiti Teknologi Nanyang, mengajar persuratan Melayu klasik dan moden, sosiologi Bangsa Melayu, dan juga tradisi intelektual dan peradaban Islam. Beliau juga telah berjaya menyiapkan pengkajian di peringkat pasca kedoktoran di Faculty of Theology, University of Copenhagen, Denmark (2009/2010), dan kemudian di Temple University, USA (2010/2011). Kajian beliau berfokus pada Teologi Sosial dalam Muslim Asia Tenggara: Trend dan Cabaran, dan Teologi Dialog dalam. Masyarakat Melayu-Indonesia: Prospek dan Halangan. Beliau telah menulis banyak makalah dan buku-buku dalam bahasa Inggeris dan Melayu dan sangat aktif memberikan syarahan di Malaysia dan juga antarabangsa.

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022