Jangan Politikkan Keadilan dan Moraliti

January 17, 2012

Kami diĀ Islamic Renaissance Front terkesan dengan meningkatnya salah tafsiran terhadap ulasan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai undang-undang seks di Malaysia.

 

Ia merupakan refleksi terhadap suatu eksploitasi yang mudah terhadap isu kontroversil kerana bermatlamatkan politik semata.

 

Titik tolaknya kekal bahawa undang-undang seks telah ketinggalan dan usang; ia juga berisiko untuk disalahguna dan dimanipulasi untuk tujuan politik. Kami tidak melihat sebarang mandat terhadap perlakuan homoseks, atau sebarang tuntutan terhadap homoseksualiti untuk diterjemah sebagai dibenarkan dalam Islam dalam komentar DSAI.

Bagaimanapun semenjak puluhan tahun tahun, kami tidak pernah melihat sesiapapun didakwa kerana melakukan sodomi di negara ini melainkan kerana undang-undang yang dijadikan sebagai instrumen untuk pendakwaan politik.

 

Keabsahan dan relevensi undang-undangĀ Victorian tersebut dalam konteks mutakhir dan kontemporer, bagaimana jua, telah menjadi isu yang terus gigih diangkat oleh pelbagai badan hak kemanusiaan, di peringkat tempatan dan antarabangsa. Keprihatinan tersebut disuarakan oleh Pemerhati Hak Kemanusiaan (Human Rights Watch), Jawatankuasa Hak Kemanusiaan Majlis Peguam Malaysia (Human Rights Committee of the Malaysian Bar), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Yayasan PT, Inisiatif Kandidasi Wanita, Pemberdaya (Empower), antara lainnya.

 

Kalangan yang cuba mempolitikkan ulasan ini hanya sama ada telah sama sekali gagal sama sekali untuk memahami isu ini, atau mencari upaya untuk mengalih perhatian umum daripada isu sebenar yang sedang ditangani kini, yakni kebebasan dan keluhuran undang-undang dan sistem kehakiman Malaysia.

 

Islamic Renaissance Front sekali lagi menyeru kepada wacana yang tenang dan rasional dalam berhadapan dengan sentimen liar yang mudah dimarakkan ini.

 

Kerana persoalan yang penting masih lagi samar dan belum terjawab dalam proses: apakah visi keadilan dan kemanusiaan sejagat yang wajar kita bangunkan bagi masyarakat moden berbilang kaum seperti Malaysia? Bagaimana rakyat Malaysia, dalam keragamannya yang kompleks dapat bersuara dalam proses tersebut? Apakah peranan dasar yang dapat dimainkan oleh Islam?

 

Kita perlu menggarap kekuatan masyarakat. Keadilan bagi Malaysia menuntut ikhtiar dan visi kita bersama. Ia harus lahir daripada diskusi yang matang dan rasional, bukan sensasi berita murahan yang dicanang akhbar yang dangkal dan terdesak dengan kerjasama para agamawan yang tida mendapat khabar yang sahih.

 

* Pernyataan akhbar ini ditulis oleh individu-individu berikut: Ahmad Farouk Musa, Mohd Radziq Jalaludin, Ahmad Fuad Rahmat, Edry Faizal Eddy Yusof dan Muhammad Nazreen Jaafar.

 

* Ini adalah pandangan peribadi penulis atau penerbit. Malaysian Insider tidak mendukung pandangan ini kecuali dinyatakan.




View original article at: https://irfront.net/post/statements/jangan-politikkan-keadilan-dan-moraliti-2/