Masih Relevankah Ketuanan Melayu?

October 14, 2012

Masih Relevankah Ketuanan Melayu?
Ahad 14 Oktober 2012
Hotel Northam, Penang

Ketuanan Melayu merupakan ideologi yang pada dasarnya telah mengabsahkan dakwaan yang tidak benar bahawa masyarakat Melayu itu lemah dan perlu berterusan berada dibawah perlindungan kerajaan. Namun sebenarnya, apa yang berlaku sejak bertahun-tahun dahulu, ideologi ini telah menjadi penyebab dan alasan pencabulan hak kebebasan sivil: media disekat kononnya atas dasar masyarakat Melayu mudah terkeliru. Institusi akademik dikenakan pemantauan dan kawalan ketat untuk memastikan masyarakat Melayu tidak mempersoalkan pihak berkuasa atau mampu berfikir untuk diri sendiri. Pemerintahan autokratik disokong berbanding demokrasi atas sebab Melayu dikatakan perlu seorang pemimpin yang berkuasa untuk melindungi mereka daripada ancaman kaum-kaum lain.

Namun masa berubah, dan generasi kini mula mempersoalkan sikap masyarakat terdahulu. Hari ini, generasi muda Melayu di era glabalisasi lebih terkesan dengan perkembangan demokrasi di negara-negara lain, dimana mereka dapat melihat kepentingan kebebasan dan keadilan dalam mencapai kemajuan masyarakat. Perbincangan terbuka yang dimudahcarakan dengan berkembangnya media baru mula membuktikan bahawa sebenarnya pemimpin yang sepatutnya berasa takut kepada rakyat dan bukan sebaliknya. Hakikat semasa masyarakat Melayu kini sudah meliputi sebahagian daripada ruang komersil, profesional dan kelas menengah menjadi petanda sokongan mereka terhadap rejim tidak semudahnya diperniagakan.

Oleh itu, persoalan ini perlu dikeutarakan. Sejauhmana Ketuanan Melayu masih mampu berkekalan? Adakah ideologi ini memberi faedah kepada rakyat Malaysia biasa? Atau hanya merupakan dalih bagi pemerintah untuk terus memperkayakan pihak rejim pada masa yang sama mengukuhkan cengkaman dan pengaruh ke atas masyarakat Melayu massa? Adakah orang Melayu masih mampu untuk terus hidup dalam pengawasan rejim pemerintah, dengan menggadaikan demokrasi dan hak asasi manusia? Atau mungkinkah kita mampu membayangkan tahap evolusi budaya Melayu, yang tidak defensif atau berasaskan rasa terancam dan kebencian terhadap pihak lain?

Ini antara isu-isu yang akan forum Masih Relevankah Ketuanan Melayu perbincangkan. Dianjurkan bersama oleh Projek Dialog dan Islamic Renaissance Front dengan kerjasama Liberty Center, forum ini akan menampilkan Dr. Fadlullah Jamil daripada Universiti Sains Malaysia, Dr. Abdul Rasyid Idris daripada Institut al-Qayyim dan Dr. Mujahid Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar. Rizqi Mukhriz, setiausaha Islamic Renaissance Front akan menjadi moderator.
Forum ini akan berlangsung pada 14 Oktober 2012 bertempat di Hotel Northam, Georgetown, Pulau Pinang dari jam 2.00 hingga 5.00 petang.

 

Is Ketuanan Melayu still Relevant?
Sunday 14 October 2012
Northam Hotel, Penang

Ketuanan Melayu is an ideology that is fundamentally legitimized on the erroneous claim that Malays are a helpless people in perennial need of a protector state. Indeed, over the years, it has served as a pretext and excuse for the most egregious violations of civil liberties: the media is censored on the basis that Malays are easily confused. Academic institutions are closely monitored and controlled to ensure that Malays do not question authority or think for themselves. Autocracy is argued to be better than democracy because the Malays are told that they require a strong leader to protect them from the threat of other races.

But as history proceeds, so do new generations begin to question age old preconceived attitudes. Today, younger Malays of the globalization era are more in tune with democratic developments in other countries, whereby they can see the importance of freedom and justice in the progress of a people. The open discourse facilitated by the expansion of new media is proving that it is the leaders who must fear the people and not vice versa. The fact that Malays now constitute a sizeable portion of Malaysia’s commercial, professional and middle classes indicate that their support for the regime cannot simply be bought.

Thus the question must be raised: How much longer can Ketuanan Melayu sustain itself? Has Ketuanan Melayu benefitted the average ordinary Malaysian? Or has it only served as a pretext for the regime to enrich itself while maintaining its grip and influence on the Malay masses? Can Malays afford to continue living under the protection of a regime at the expense of democracy and human rights? Or can we envision a higher level of evolution for Malay culture, one that is not defensive or based on the fear or hatred of the Other?

These are some of the issues that the forum Masih Relevankah Ketuanan Melayu hopes to address. Organized by Projek Dialog and the Islamic Renaissance Front with the collaboration of Liberty Center, the forum will feature Dr. Fadlullah Jamil of Universiti Sains Malaysia, Dr. Abdul Rasyid Idris of al-Qayyim Institute and Dr. Mujahid Rawa, Member of Parliament for Parit Buntar. Rizqi Mukhriz, secretary for the Islamic Renaissance Front will serve as moderator.
It will take place on Sunday, 14th of October 2012 at Northam Hotel, Georgetown Penang from 2.00 – 5.00 p.m. It is open to public.

http://intrafaithpenang.eventbrite.com/




View original article at: https://irfront.net/post/events/masih-relevankah-ketuanan-melayu/