Prinsip Pemerintahan dalam Islam Menurut Muhammad Asad – Bahagian I

February 25, 2015 by Dr Ahmad Nabil Amir

If our present leaders but listen to the people’s heartbeat they are bound to realise that what the common man desires is not merely a state in which Muslims would have greater economic facilities that they have now, but a state in which God’s Word would reign supreme
[Muhammad Asad in This Law of Ours and Other Essays]

“Jika pemimpin kita kini mendengar debar kalbu rakyat mereka akan menyedari bahawa apa yang rakyat biasa inginkan bukan cuma negara di mana umat Islam akan memiliki prasarana ekonomi yang lebih baik dari yang mereka dapati sekarang, tetapi negara di mana Firman Tuhan akan berkuasa tinggi” [Muhammad Asad, This Law of Ours and Other Essays]

 

1.Para3Tulisan ini akan membincangkan pandangan politik Muhammad Asad dan falsafah pemikirannya tentang prinsip pemerintahan dalam Islam. Ia mengkaji teorinya tentang prinsip negara hukum, dasar dan prinsip tatakelola, asas perundangan dan struktur pentadbiran, isu-isu kenegaraan dan dustur (perlembagaan) negara Islam. Ini disorot daripada penulisan dan buku-bukunya yang berkaitan seperti The Principles of State and Government in Islam, Islamic Constitution-Making, Calling All Muslims, This Law of Ours and Other Essays, Islam at the Crossroads, The Spirit of Islam, The Road to Mecca, jurnal Arafat dan sebagainya. Makalah-makalah lain yang menggarap pemikirannya tentang kefahaman dasar berhubung aspek pemerintahan dan perundangan Islam turut diperhalusi untuk mendapatkan gambaran yang komprehensif tentang fikrah dan ide-ide politik yang dititipkannya dalam karya-karyanya yang berbobot itu.

 

Asad – Pentafsir budaya dan undang-undang Islam

Asad merupakan salah seorang pendiri negara Islam Pakistan yang diasaskan pada bulan Mei 1947. Beliau diberikan hak kerakyatan pada bulan Ogos 1947 sekaligus menjadi warganya yang pertama yang menerima paspot Pakistan. Asad telah memainkan peranan penting dalam penubuhan negara yang berasal daripada cita-cita filasuf Iqbal (1877- 1938) itu ketika beliau berkunjung ke India pada awal 30 an – dan menemui Iqbal yang mencetuskan ide tentang pemisahan Pakistan. Iqbal meminta Asad untuk membantu melakar masa depan spirituil dan menggariskan dasar dan kebijakan politik dan “menjelaskan premis intelektual bagi masa depan Negara Islam.” Bagi memenuhi gagasan dan visi yang diilhamkan oleh pujangga besar ini, Asad meninggalkan cita-citanya untuk menjelajah ke Timur Turkistan, Cina dan Indonesia - bagi menjayakan hasrat penubuhan negara Islam yang direncanakan oleh Iqbal itu.

2Para6.Asad mencerakinkan hasrat politik ini dalam eseinya Islamic Constitution Making yang dikerjakan ketika menerajui Department of Islamic Reconstruction, Pakistan. Ia menyediakan landasan dan konsep tentang ideologi politik dalam bangsa dan negara Pakistan. Pengaruh ide dan pandangan yang dicetuskan oleh Iqbal tentang negara Islam ini dihimbau dalam bukunya, The Road to Mecca, yang merakamkan perjalanan spiritualnya dan pengalaman yang ditempuhnya di tengah pergunungan tanah Arab - yang ditulis ketika diangkat sebagai wakil pemerintah Pakistan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations):

 

“To me, as to Iqbal, this dream represented a way, indeed the only way, to a revival of all the dormant hopes of Islam, the creation of a political entity of people bound together not by common descent but by their common adherence to an ideology.”
[Muhammad Asad. The Principles of State and Government in Islam]

[Kepada saya, sebagaimana Iqbal, mimpi ini mewakili satu jalan, bahkan cuma satu-satunya jalan, kepada kebangkitan daripada semua harapan Islam yang terbengkalai, pewujudan sebuah entiti politik dari manusia yang terikat bukan oleh keturunan yang sama tetapi oleh persamaan keyakinan mereka kepada satu ideologi]

 

Pemikiran dan ide-ide tentang rekonstruksi politik, dan dasar konstitusi Islam yang bernafaskan nilai spirituil-demokratik ini, yang dilakarkannya dengan kefahaman falsafah hukum dan fiqh siyasah yang tuntas telah menyumbang kepada penyerlahan reputasi Asad sebagai pentafsir hukum dan pemikir undang-undang syar‘iy yang ideal:

“For years I devoted myself to this ideal, studying, writing and lecturing, and in time gained something of a reputation as an interpreter of Islamic law and culture.”

 

Teori Politik dan Kenegaraan

Kelahiran sebuah negara Islam Pakistan, pada rangka teorinya, menurut Asad, tidak dapat ditegakkan dengan meneruskan kebiasaan budaya bobrok dan jahil tetapi kesedaran akan kehidupan politik Islam yang praktik. Ia menuntut kesedaran dan kesungguhan penghayatan yang lahir daripada kesedaran sebagai Muslim yang faham dengan aspirasi dan perjuangan bapak-bapak pejuang dan pendiri negara Islam Pakistan bagi memperjuangkan visi sebenar daripada pembentukan negara untuk menjalankan tuntutan Islam yang menyeluruh.

3.Para11Hal ini digariskan dalam artikelnya “What do we mean by Pakistan?” yang dimuatkan dalam jurnal Arafat Februari 1947 dan digazetkan semula dalam bukunya This Law of Ours and Other Essays:

The Pakistan movement… can become the starting-point of a new Islamic development if the Muslims realise - and continue realising it when Pakistan is achieved – that the real, historic justification of this movement does not consist in our dressing or talking or salaaming differently from the other inhabitants of the country, or in the grievances which we may have against other communities, or even in the desire to provide more economic opportunities and more elbow-room for people who – by sheer force of habit – call themselves ‘Muslims’: but that such a justification is to be found only in the Muslims’ desire to establish a truly Islamic polity: in other words, to translate the tenets of Islam into terms of practical life.”

[“Gerakan Pakistan… dapat menjadi titik-mula dari perkembangan Islam yang baru jika umat Islam menyedari – dan terus menyedarinya ketika Pakistan dicapai – bahawa justifikasi yang sebenar, bersejarah dari gerakan ini tidak terkandung dari pemakaian atau perbicaraan atau pengucapan salam kita yang berbeza dari penduduk yang lain di negara ini, atau dalam rungutan yang kita mungkin punyai terhadap komuniti yang lain, atau malah dalam keinginan untuk menyediakan lebih peluang ekonomi atau lebih ruang kepada orang yang – lantaran desakan tabiat belaka – menggelar diri mereka ‘Muslim’: tetapi bahawa justifikasi tersebut ditemui hanya dalam keinginan kaum Muslimin untuk mendirikan pemerintahan Islam yang sebenar: dengan perkataan lain, untuk menterjemahkan prinsip-prinsip Islam ke dalam kegiatan hidup.”]

 

Prasyarat Pendirian Negara

Dalam eseinya “Calling All Muslims” yang disiarkan dalam jurnal Arafat, Lahore, 1948 Asad menjelaskan tekad politik dan aspirasi yang dibawa dalam dasar konstitusi yang dibentuk. Esei ini asalnya disampaikan dalam siri Radio Talk yang diadakan pada September, 1947, yang menyuarakan aspirasi pendiri Pakistan, Quaid-e-Azam, dan gagasan pentingnya untuk menjayakan konstruksi hukum dan politik Islam dari kerangka tauhid.

Ia menggariskan kerangka dasar dalam perlembagaan yang menjamin kebebasan sivil, mempertahankan hak asasi, dan menerima prinsip demokratik dengan mewujudkan badan legislatif, eksekutif dan syura. Ia turut menekankan kepentingan daya juang dan daya tahan dan kesiapan moral yang tinggi dalam menjayakan agenda ini. Perkara ini dilontarkan dengan jelas dalam ucapannya:

We are passing through a time of unprecedented stress and gravity a time that calls for the utmost moral and physical effort on the part of every one of us. Unless we, as a community, are able to bring forth such an effort, our social and political life is bound to suffer grievously and the very achievement of an Islamic State may prove to have been an illusion

[Kita sedang melalui masa yang penuh gawat dan tegang yang menuntut daya usaha fizikal dan moral yang sepenuhnya bagi pihak setiap seorang dari kita. Melainkan kita, sebagai komuniti, mampu untuk mengerahkan usaha tersebut, kehidupan politik dan sosial kita akan menderita dengan parah dan pencapaian Negara Islam itu akan terbukti sebagai satu fantasi]

 

Negara Islam

4.Para18Negara Islam yang ingin dibangunkan oleh Asad adalah berdasarkan kepada kerangka dan struktur pemerintahan kerajaan Islam Madinah, yang diasaskan oleh Nabi dan para sahabatnya. Menurutnya, inilah entiti dan kuasa politik dan khilafat Islam yang sebenar - negara Islam Madinah di zaman Nabi, dan Khulafa’ al-Rasyidin - kerana setelah zaman khalifah yang empat, sistem otoriter, diktator dan kuku besi bermarajalela di dunia Islam.

Kenyataan ini ditegaskan dalam bukunya The Principles of State and Government in Islam:

“For, let us be clear in our minds on one point at least: there has never existed a truly Islamic state after the time of the Prophet (saw) and of the Medina Caliphate headed by the Prophet’s immediate successors, the four Right-Guided Caliphs, Abu Bakr, ‘Umar, ‘Uthman and ‘Ali. That Medina Caliphate was truly Islamic in the sense that it fully reflected the pristine teachings of both the Qur’an and the Prophet’s Sunnah, and was as yet unburdened by later-day theological accretions and speculations.”

[Kerana, biar jelas dalam fikiran kita tentang satu hal sekurangnya: tidak pernah wujud negara Islam yang sebenar setelah zaman Nabi dan Khalifah Madinah yang dipimpin oleh para penerus Nabi, empat Khalifah-Yang Mendapat Petunjuk, Abu Bakr, ‘Umar, ‘Uthman and ‘Ali. Khalifah Madinah itu adalah benar-benar Islamik dalam arti kata bahwa ia sepenuhnya mencerminkan keaslian ajaran al-Qur’an dan Sunnah, dan masih tidak dibebankan oleh penokokan dan spekulasi kalam yang selepasnya]

 

5.Para22Kenyataan bahawa pemerintahan yang ditegakkan dalam sejarah terawal Islam itu sahaja yang benar-benar mencerminkan keaslian politi Islam yang layak digelar “Islami”, adalah kerana faham tauhid yang dipertahan dan diperjuangkannya, yang bersandarkan dalil al-Qur’an dan as-Sunnah yang eksplisit, dan kerana, menurutnya “apa jua bentuk negara dan kerajaan yang wujud di negara-negara Islam setelah period yang pertama dan terawal itu telah dirusakkan, pada kadar yang lebih atau kurang, oleh penyimpangan ideologi daripada kesederhanaan dan kejelasan Undang-Undang Islam yang dulu, atau malah dengan percubaan yang sekaligus, sengaja dari pihak pemerintah untuk merubah dan mengaburkan undang-undang itu untuk kepentingan mereka”. [Muhammad Asad. The Principles of State and Government in Islam]

Hal ini menyebabkan umat Islam tidak memahami apakah implikasi sebenar daripada ide pemerintahan Islam itu setelah diasak oleh serangan ideologi Barat yang menghakis pemikiran dan kefahaman politik umat Islam.

Pandangan ini turut dirujuk oleh Deny Fresyan melalui tesis Sarjananya “Konsep Negara dalam Islam: Studi Pemikiran Muhammad Asad tentang Berdirinya Negara Islam” membuat kesimpulan bahawa “menurut Muhammad Asad, pengertian negara Islam adalah negara yang di dalam konstitusinya memuat ketentuan syariat Islam sehingga dalam praktek ketatanegaraannya menjalankan norma-norma yang tercantum dalam al-Qur’an dan al-Hadith.”


Dr Ahmad Nabil Amir adalah pemegang ijazah kedoktoran dalam bidang Usuluddin daripada Universiti Malaya. Beliau juga adalah Ketua, Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front.




View original article at: https://irfront.net/post/others/prinsip-pemerintahan-dalam-islam-menurut-muhammad-asad-bahagian-i/