Book dissection: "Islam, Secularism, and Liberal Democracy" oleh Nader Hashemi (Bhg 1)

June 10, 2015

Book Dissection.27062015

Date: Sabtu, 27 Jun 2015
Time: 5.00 PM – 7 PM
Venue: Graha Pemuda, Sri Hartamas

Registration: https://www.eventbrite.com/e/book-dissection-islam-secularism-and-liberal-democracy-by-nader-hashemi-part-1-tickets-17285469304

Selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah, umat Islam seakan tergapai dalam vakum kekuasaan yang wujud di samping terhimpit dengan krisis dalaman dan global. Kuasa politik berpusat yang selama ratusan tahun menjadi identiti umat Islam telah tiada, lantas membawa kepada kewujudan gerakan-gerakan berorientasikan politik demi mengembalikan orde yang telah hilang itu.

Dalam masa yang sama, putaran roda sejarah juga menyaksikan beberapa pimpinan negara umat Islam yang bersifat autoritarian yang memaksakan sekularisme politik ke atas institusi negara mereka seperti Mustafa Kemal Attaturk dan Jamal Abdul Nasser. Hal ini, ditambah dengan trauma umat terhadap pengalaman kolonialisme, industrialisme mendadak dan siri-siri perang, telah kemudiannya menyebabkan, antara lain, perkataan “sekularisme” itu sendiri diwajahkan sebagai sesuatu yang “jahat”, “anti-Islam”, “anti-agama”, dan sebagainya.

Sebagai sebuah realiti sosiologi, sekularisme, bersama dengan kesedaran terhadap hak individu dan kehendak menuju masyarakat demokratik sesungguhnya telah dan sedang berlaku. Pun begitu, proses ini bukanlah bersifat monolitik, tetapi sentiasa merespon dan berinteraksi dengan keadaan sosiologi masyarakat itu sendiri. Persoalan bagaimana sewajarnya masyarakat Muslim melihat fenomena ini adalah sesuatu yang sentral yang cuba dibahas di dalam buku ini.

Selain itu, penulis juga mencetuskan persoalan akan metode tinjauan terhadap fenomena sekularisasi. Pemikir-pemikir sosial ulung seperti Comte, Weber, Durkheim dan Marx menjangka bahawa agama akan hilang peranannya dalam ruang awam, tetapi perlu juga kita tinjau peranan yang dimaksudkan itu mencakupi aspek apa, dan adakah rupa luaran dan simbol agama sahaja yang dikira dalam penilaian kita.

Buku ini bermula dengan membawa tinjauan ringkas terhadap keadaan semasa masyarakat Muslim yang mencambahkan Islamisme sebagai gerakan dengan projek politik dan cuba merasionalkan situasi ini. Kemudian, Hashemi meninjau pula sejarah justifikasi agama dalam politik-kekuasaan di Barat, dan cuba menganjurkan jalan agar masyarakat Muslim juga mampu membina tradisi demokratik daripada khazanah sendiri. Akhir sekali, penulis mencadangkan metodologi “twin tolerations” yang dibahas Alfred Stepan bagi menimbang tara hubungan antara agama dan institusi politik, dan menilai ruang yang sesuai bagi peranan kedua-dua elemen tersebut.

Buku ini sewajarnya menjadi bacaan penting bagi umat Islam kontemporari, terutamanya yang cakna terhadap gerakan politik bernuansakan Islam.

Manakala bahagian pertama sesi bedah buku ini akan berfokus kepada pendahuluan dan dua bab pertama buku ini, yakni tinjauan sejarah terhadap pengalaman masyarakat Muslim dalam berhadapan arus sekularisasi dan demokratisasi, serta penelitian terhadap pengalaman Eropah, khususnya perbahasan teologi-politik John Locke-Robert Filmer.

 

Program:

1700-1710:         Ucapan Pengerusi majlis, Shuhaib Ar Rumy

1710-1830:         Pembentangan bedah buku oleh Hazman Baharom

1830-1930:         Perbincangan dan soal jawab

1930-2015:         Buka puasa dan solat Maghrib

2015-2130:        Usrah: The Message of the Qur’an: Al-Layl, Asy-Syams, Al-Balad

2130-2200:       Solat Isya’ dan tarawih

2200:                  Morey




View original article at: https://irfront.net/post/events/book-dissection-islam-secularism-and-liberal-democracy-oleh-nader-hashemi-bhg-1/