Gerakan Harapan Baru sebagai paradigma baru dalam politik Islam?

August 4, 2015 by Ahmad Farouk Musa

1.Para1Pelancaran parti baru yang menggelar diri mereka Gerakan Harapan Baru atau GHB (New Hope Movement) baru-baru ini bukan sesuatu yang tidak dijangka. Sementara semua perkara tampak baik di atas kertas dengan janji pada teras Islam berdasarkan prinsip inklusif, progresif dan peduli pada rakyat; ia kekal untuk dilihat sama ada mereka sampaikan apa yang mereka janjikan kerana isu utama masih berkisar pada keseluruhan ide tentang apakah Politik Islam itu sebenarnya.

Dan Politik Islam terus kekal sebagai topik yang paling sering diperdebatkan sejak kejatuhan Khilafah pada tahun1924, yang akhir-akhir ini tercetus susulan daripada kebangkitan Musim Semi Arab (Arab Spring). Sementara mungkin terdapat pelbagai tafsiran tentang apakah maksud Politik Islam, ia pada umumnya diterima untuk menunjukkan Islam sebagai ad-deen wad-dawlah – agama dan negara. Kerana kelompok profesional yang membentuk Gerakan Harapan Baru adalah profesional yang sama yang berhujah bahawa penyertaan mereka yang berterusan dalam pilihanraya umum adalah bukti komitmen mereka kepada demokrasi.

Tetapi persoalannya kekal sama apakah sekiranya mereka juga komited pada kebebasan sivil kerana demokrasi dan kebebasan tidak serupa. Sementara demokrasi adalah sistem politik di mana wakil yang dipilih oleh rakyat memegang kuasa, kebebasan adalah kuasa untuk hidup dan bertindak dengan merdeka dan bebas tanpa paksaan. Apabila kebebasan terhakis, demokrasi bergolak, dan bermungkinan bertukar kepada autokrasi. Kita dapat memiliki kebebasan tanpa demokrasi, tetapi tidak demokrasi tanpa kebebasan. Justeru, ujian litmusnya terletak pada sama ada kelompok Islamis, setelah merebut kuasa negara melalui demokrasi akan bersikap tidak tolerer terhadap tafsiran teks yang berlainan lantas membungkam pandangan berbeza yang lain.

2.Para 4.Right.Last lineJusteru kemungkinan, sekiranya terdapat sebarang perubahan yang signifikan dalam politik baru yang dijanjikan oleh Gerakan Harapan Baru, ia harus sesignifikan sepertimana perubahan daripada Refah (Parti Kebajikan) Erbakan, kepada Adalet ve Kalkinma Partisi (Parti Keadilan dan Pembangunan, setelah ini dirujuk sebagai AKP) Erdogan; yang mempunyai kerangka normatif yang lebih tolerer dan akhirnya menyingkirkan Islamisme mereka.

Model AKP memperlihatkan kemungkinan mengejar agenda politik Islam tanpa mendirikan “negara Islam”, yang pada dasarnya adalah topik pertelingkahan yang tidak berkesudahan dalam negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia. Ciri lain yang penting dari AKP adalah pemahamannya yang pragmatik terhadap politik Islam. Dan berdasarkan kepada perspektif ini, setiap orang Islam dapat mengembangkan pandangan Islamnya dalam sistem demokratik melalui penyertaan mereka dalam wacana awam dalam batas demokrasi. Dan mereka dapat dengan mudah mencerminkan etika Islam dengan memerangi rasuah, kronisme dan nepotisme, menegakkan keadilan dan kebebasan serta menafikan sebarang bentuk penindasan.

Tetapi adakah kita bersedia untuk mendakap jenis politik yang baru ini. Dan adakah Gerakan Harapan Baru membuka jalan kepada pandangan yang progresif dan pragmatik terhadap politik Islam ini?

Malangnya, sejarah sejauh ini telah menunjukkan bahawa banyak gerakan Islam masih terperangkap dalam kerangka pemikiran Islamisme. Jelas hal ini melibatkan penolakan terhadap pemikiran rasionalis dan positivis yang berasal daripada pencerahan. Golongan Islamis mengartikulasikan ideologi Islam dalam cubaan untuk menjawab permasalahan politik dan ekonomi mereka sekarang. Mereka sering membayangkan bahawa Islam menyediakan penyelesaian kepada semua permasalahan, sistem Ilahi yang sempurna dan sedia-dipakai dengan model ekonomi dan politik yang lebih unggul.

Mereka sering berhujah bahawa umat Islam harus kembali kepada akar agama mereka. Islamisme melibatkan ideologi politik yang mengartikulasi ide tentang keperluan mendirikan kerajaan Islam, difahami sebagai kerajaan yang menjalankan syariah. Dan lantaran itulah kita melihat pertengkaran yang berpanjangan tentang apa yang dikatakan undang-undang hudud dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Tetapi malangnya, negara agama adalah antara negara yang paling korup di dunia. Melangkaui retorik Islam adalah penyelesaian; kelompok Islamis tidak mempunyai sebarang alternatif yang praktik kepada banyak isu-isu moden. Tiada alternatif yang meyakinkan kepada sistem negara, politik, ekonomi dan teknologi moden,

3.Para10.RightMaka setelah menyedari cabaran dunia moden yang sebenar dan bagi merespon kepada perubahan tren dalam wacana Islamisme, seawal tahun 1996, Asef Bayat telah menggunakan istilah “paska-Islamisme” sebagai suatu istilah untuk menunjukkan fasa baru dalam politik Islam. Ia pada dasarnya suatu manifestasi daripada kondisi baru di mana, setelah fasa eksperimentasi, tarikan, tenaga, simbol dan sumber keabsahan Islamisme telah pudar, malahan juga di kalangan pendukungnya yang tegar dulu. Dari itu, paska-Islamisme bukan bersifat anti-Islam tetapi sebaliknya mencerminkan kecenderungan untuk mensekularkan semula agama dan ditandai oleh seruan untuk membataskan peranan politik terhadap agama.

Bayat juga menekankan bahawa paska-Islamisme tidak hanya suatu kondisi tetapi juga suatu projek, percubaan yang sedar untuk merangka dan merencanakan alasan dan andaian dalam menjangkaui Islamisme dalam lapangan sosial, politik dan intelek. Paska-Islamisme mewakili suatu usaha untuk menyerapkan agama dengan hak, kepercayaan dan kebebasan, Islam dan kebebasan sivil dan menfokuskan kepada hak ketimbang daripada tugas, pluraliti berbanding daripada autoriti tunggal, sejarah ketimbang daripada tafsiran kitab yang tetap dan beku, dan masa depan ketimbang daripada yang lepas.

Pengalaman AKP di Turki telah menyediakan kepada golongan Islamis di mana jua mereka berada dengan sebuah model yang berjuang bagi agenda paska-Islamisme yang lebih menarik kepada massa tanpa mengira kepercayaan, bangsa, jantina dan status sosial. Ia adalah model politik Islam dalam bentuk sekular yang pasif ketimbang daripada sebuah negara Islam.

4.Para13Tiga tonggak asas daripada model AKP – pragmatisme, politik Islam dan sekularisme pasif – adalah saling berkait. Sifat pragmatisme parti menggalakkannya untuk mengejar polisi kerana nilainya yang substantif, bukan ideologi. Pada masa yang sama, komitmen untuk mengembangkan nilai-nilai Islam membenarkan parti untuk mengejar politik Islam dalam negara sekular.

Kemungkinan ini adalah langkah yang paling wajar untuk dikejar oleh Gerakan Harapan Baru.

Jika tidak, maka ia akan menjadi ulangan kepada keseluruhan kitaran yang sia-sia semula. Sejarah telah membuktikan bahawa banyak parti serpihan seperti BERJASA dan HAMIM telah gagal kerana tiada ide baru yang dipersembahkan kepada orang ramai.

Telah dikatakan bahawa Gerakan Harapan Baru berhasrat untuk menarik dukungan daripada kalangan bukan-Islam. Walaupun iklim politik di negara ini adalah berbeza daripada di Turki, gerakan baru hanya akan mampu untuk menawan imaginasi segmen terbesar daripada masyarakat ini jika ia mendakap politik baru, yang merangkumi sekularisme pasif.

5.Para17.RightDan menyangkut isu sekularisme yang diperbalahkan ini, kemungkinan amatlah bijaksana untuk melihat kembali pada apa yang diungkap oleh Rachid Ghannouchi, pemimpin en-Nahdah (Parti Renaisans) dan seorang idealog bagi Demokrat Islam, ketika beliau menekankan bahawa tiada ketidaksejajaran yang berakar antara Islam dan sekularisme.

Lantaran itu beliau mempertahankan suatu tahap pemisahan antara urusan politik dan agama dalam apa yang dikenali sebagai as-siyasi (politik atau duniawi) dan ad-deeni (agama atau sakral). Dan beliau menekankan akan hakikat kenyataan bahawa akal sahaja cukup layak untuk mengajar kita tentang teknik pemerintahan sesebuah negara.


Dr Ahmad Farouk Musa adalah Pengarah Islamic Renaissance Front dan ahli akademik di Monash University Malaysia. Esei ini ditulis hasil ilham esei terdahulu yang diterbitkan oleh The New Mandala pada bulan Oktober tahun 2013. The Malaysian Insider menyiarkan esei in pada 3 Ogos 2015 di http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/gerakan-harapan-baru-sebagai-paradigma-baru-dalam-politik-islam-ahmad-farou




View original article at: https://irfront.net/post/articles/gerakan-harapan-baru-sebagai-paradigma-baru-dalam-politik-islam/