Book Dissection: “Islam, Secularism, and Liberal Democracy” by Nader Hashemi (Part III)

November 4, 2015

NADER HASHEMI_3

Date: Sabtu, 7 November 2015
Time: 7.30 PM – 9.30 PM
Venue: Graha Pemuda, Sri Hartamas

Registrationhttps://www.eventbrite.com/e/book-dissection-islam-secularism-and-liberal-democracy-part-iii-tickets-19397842469

Presenter:
Hazman Baharom
Fellow, Islamic Renaissance Front (IRF)

 

Selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah, umat Islam seakan tergapai dalam vakum kekuasaan yang wujud di samping terhimpit dengan krisis dalaman dan global. Kuasa politik berpusat yang selama ratusan tahun menjadi identiti umat Islam telah tiada, lantas membawa kepada kewujudan gerakan-gerakan berorientasikan politik demi mengembalikan orde yang telah hilang itu.

Dalam masa yang sama, putaran roda sejarah juga menyaksikan beberapa pimpinan negara umat Islam yang bersifat autoritarian yang memaksakan sekularisme politik ke atas institusi negara mereka seperti Mustafa Kemal Attaturk dan Jamal Abdul Nasser. Hal ini, ditambah dengan trauma umat terhadap pengalaman kolonialisme, industrialisme mendadak dan siri-siri perang, telah kemudiannya menyebabkan, antara lain, perkataan “sekularisme” itu sendiri diwajahkan sebagai sesuatu yang “jahat”, “anti-Islam”, “anti-agama”, dan sebagainya.

Sebagai sebuah realiti sosiologi, sekularisme, bersama dengan kesedaran terhadap hak individu dan kehendak menuju masyarakat demokratik sesungguhnya telah dan sedang berlaku. Pun begitu, proses ini bukanlah bersifat monolitik, tetapi sentiasa merespon dan berinteraksi dengan keadaan sosiologi masyarakat itu sendiri. Persoalan bagaimana sewajarnya masyarakat Muslim melihat fenomena ini adalah sesuatu yang sentral yang cuba dibahas di dalam buku ini.

Selain itu, penulis juga mencetuskan persoalan akan metod tinjauan terhadap fenomena sekularisasi. Pemikir-pemikir sosial ulung seperti Comte, Weber, Durkheim dan Marx menjangka bahawa agama akan hilang peranannya dalam ruang awam, tetapi perlu juga kita tinjau peranan yang dimaksudkan itu mencakupi aspek apa, dan adakah rupa luaran dan simbol agama sahaja yang dikira dalam penilaian kita.

Buku ini bermula dengan membawa tinjauan ringkas terhadap keadaan semasa masyarakat Muslim yang mencambahkan Islamisme sebagai gerakan dengan projek politik dan cuba merasionalkan situasi ini. Kemudian, Hashemi meninjau pula sejarah justifikasi agama dalam politik-kekuasaan di Barat, dan cuba menganjurkan jalan agar masyarakat Muslim juga mampu membina tradisi demokratik daripada khazanah sendiri. Akhir sekali, penulis mencadangkan metodologi “twin tolerations” yang dibahas Alfred Stepan bagi menimbang tara hubungan antara agama dan institusi politik, dan menilai ruang yang sesuai bagi peranan kedua-dua elemen tersebut.

Buku ini sewajarnya menjadi bacaan penting bagi umat Islam kontemporari, terutamanya yang cakna terhadap gerakan politik bernuansakan Islam.

Bahagian ketiga sesi bedah buku ini akan berfokus kepada bab 2 dan 3, yang meneliti persoalan teks suci dalam kaitan ruang dan tindakan politik. Di sinilah, kita akan melihat secara ringkas perbahasan antara John Locke dengan Robert Filmer seputar isu “divine right of kings” dan bagaimanakah kita mampu membina hujahan bersandarkan prinsip agama untuk menyediakan justifikasi untuk demokrasi. Disebabkan Hashemi berhujah bahawa demokrasi liberal mesti melibatkan beberapa bentuk sekularisme, maka beliau bertindak menjelaskan anatomi serta rangka sekularisme dalam bab ketiga, Di sini, penelitian beliau berkenaan sejarah serta variasi sekularisme yang wujud adalah penting untuk digeluti, terutamanya dalam menanggapi kedudukan Islam vis-à-vis agama serta kepercayaan lain di bawah payung sebuah negara demokrasi.

 

Program:

1930-1945:         Ucapan Pengerusi majlis, Imran Mohd Rasid

1945-2030:         Pembentangan bedah buku oleh Hazman Baharom

2030-2130:         Perbincangan dan soal jawab

2130:                       Jamuan ringan

 

Organized by:

Screen Shot 2015-11-04 at 4.29.27 PM

 




View original article at: https://irfront.net/post/events/book-dissection-islam-secularism-and-liberal-democracy-by-nader-hashemi-part-iii/