Book Dissection: "Islam Tanpa Keekstreman" by Mustafa Akyol -Bahagian I

February 15, 2016

Book_Dissection_Feb_Slider

Date: Sunday, 21 February 2016
Time: 11AM-2PM
Venue: Graha Pemuda, Sri Hartamas

Registrationhttps://www.eventbrite.com/e/book-dissection-islam-tanpa-keekstreman-by-mustafa-akyol-bahagian-1-tickets-21572643357

Presenter: Dr NurAshraf Mohd Noor
Organized by: Islamic Renaissance Front

Islam diertikan sebagai agama yang aman, sederhana serta menjanjikan hak dan kebebasan manusiawi. Akan tetapi dengan segala bentuk keganasan yang dilancarkan atas nama Islam beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah menimbulkan bermacam kekacauan dan kegawatan global. Hal ini bertambah parah apabila pihak media mula menyiarkan gambaran yang salah tentang Islam, yang menatijahkan keseluruham masyarakat Muslim ditohmah akibat keganasan segelintir daripada mereka.

Di dalam bukunya “Islam Wihout Extremes’ yang telah diterjemahkan sebagai “Islam Tanpa Keekstreman”, Akyol telah tampil untuk menjernihkan imej Islam yang tercalar akibat keganasan sebahagian daripada penganutnya dan menangkis propaganda media yang cuba untuk menggambarkan bahawa keganasan ini merupakan ciri intrinsik daripada agama ini. Akyol meninjau kembali sejarah Islam yang gemilang sejak zaman Nabi dan perkembangan Political Islam untuk menjernihkan kesalahfahaman ini. Dan pada masa yang sama Akyol cuba untuk mempersembahkan visinya dan hujahnya untuk interpretasi Islam dalam bentuk yang moden dan liberal.

Bahagian pertama perbincangan ini berkait dengan dasar agama ini yang menunjukkan bagaimana mesej monoteisme sebagai terasnya­–dengan implikasi seperti tanggungjawab individu di hadapan Tuhan–berjaya mengubah sifat orang-orang Arab dan kemudian keseluruhan Timur Tengah dengan cara yang luar biasa. Kita akan melihat bagaimana rasionalisme dan ide-ide yang lebih liberal muncul dalam abad-abad terawal Islam, dan mengapa ide ini gagal diketengahkan dalam jangkamasa panjang. Dan kita juga akan mengkaji perbezaan antara mesej yang kekal daripada al-Qur’an dan implikasi duniawinya, termasuklah beberapa perbuatan politik dan ketenteraan Nabi Muhammad, Rasul terakhir yang diutuskan.

 

Program:

1130-1135:   Ucapan moderator, Imran Mohd Rasid

1135-1230:   Pembentangan tentang Islam Tanpa Keekstreman – Bahagian I oleh Dr Nur Asyhraff Mohd Noor

1230-1300:   Perbincangan dan soal jawab

1300:              Makan tengahari

 




View original article at: https://irfront.net/post/events/book-dissection-islam-tanpa-keekstreman-by-mustafa-akyol-bahagian-i/