Simposium: Kesederhanaan Dalam al-Qur’an: Antara Dua Titik Ekstrim

August 11, 2017

Tempat: Banquet Room, Royal Selangor Golf Club, Jalan Kelab Golf off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Tarikh: Sabtu, 19 Ogos 2017
Masa: 930AM-530PM

Ucaptama:
Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis

Syarahan:
Professor Dr. Abdul Munir Mulkhan, Guru Besar Fakultas Tarbiyah UIN Sunan Kalijaga
Tauhid dan Perdamaian: Seruan Tauhid sebagai suara yang mendamaikan dalam Islam

Dr Mun’im Sirry, Department of Theology, University of Notre Dame
Pendekatan Baru Dalam Ayat-ayat Jihad

Forum:

“Apakah Malaysia gagal sebagai Negara Moderat dalam Pewacanaan Islam Moderat?”
Prof Shamrahayu Abd Aziz, Dr Maszlee Malik, Ahmad El-Muhammady, Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa

Anjuran bersama:
Islamic Renaissance Front dan G25

Daftar dihttps://www.eventbrite.com/e/simposium-kesederhanaan-dalam-al-quran-antara-dua-titik-ekstrim-tickets-36258967548

 

Sejauh manakah peranan pemerintah, institusi-institusi keagamaan dan pendidikan, dan masyarakat sivil dalam mengawal pengaruh fahaman agama yang radikal dalam kalangan masyarakat? Apakah tiada surah-surah di dalam al-Qur’an yang mengajak ke arah perdamaian dan kesederhanaan sehingga ramai daripada kalangan orang Islam sendiri memilih jalan perpecahan dan kebencian? Atau adakah mungkin ini disebabkan tafsir-tafsir yang dibaca dalam kalangan masyarakat mempunyai nada keras dan radikal?

Quraish Shihab dalam makalahnya bertajuk Tauhid dan Perdamaian mengatakan bahawa “Perdamaian dunia adalah dambaan Islam. Ini bermula dari kedamaian jiwa setiap peribadi yang kemudian meningkat kepada kedamaian dalam keluarga kecil, masyarakat dan bangsa hingga seluruh bangsa di dunia. Bahkan hal itu diharapkan terus meningkat sampai terwujudnya kedamaian dengan seluruh makhluk yang berpuncak dengan kedamaian di negeri yang kekal atas anugerah Yang Maha Esa.” Tambah beliau lagi, ”perdamaian misalnya, yang merupakan salah satu tuntunan agama yang terpenting, lahir, antara  lain, dari pandangan Alam Islam tentang kesatuan alam raya. Semuanya diatur dan mengarah ke satu tujuan, yakni kepada hakikat Tauhid.”

Selain itu juga, corak pembacaan tafsir al-Qur’an yang terdapat di pasaran turut memainkan peranan sebagai suara yang mengajak ke arah kesederhanaan atau keekstreman. Terjemahan versi harfiah yang sering dikatakan telah disalahgunakan pihak ekstrimis bagi mendukung fahaman dan tindakan mereka.. Jelas bahawa penterjemahan al-Qur’an adalah masalah agama, bila salah, maka akan salahlah proses memahami agama.

Malaysia sering dikaitkan sebagai negara yang bersuara moderat. Namun begitu, kemungkinan, laungan Wasatiyyah penggerak ummah yang sering dicanangkan di media sosial dan dalam kalangan pemimpin jarang sekali dimaknai dengan sempurna. Pewacanaan Islam Moderat harus lebih mendasar dalam kalangan orang awam agar sebuah masyarakat yang damai dan sejahtera akan dapat mengimbangkan suara-suara yang mengajak ke arah kekerasan itu akan dapat dibendung. Maka karena itu, simposium ini bertujuan untuk meninjau semula pembacaan terhadap wasatiyyah dan mengenalpasti apakah rintangan-rintangan yang dihadapi dalam memaknakan konsep kesederhanaan dalam beragama.

Program

0900 AM: Pendaftaran

0930 AM: Ucapan pengenalan oleh Pengerusi Majlis, Afiqah M. Zulkifli

0935 AM: Bacaan al-Qur’an oleh Thufail Sayuti, Surah al-Baqarah: 142-147

0945 AM: Ucaptama oleh Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis

1015 AM: Ucapan Moderator, Ehsan Shahwahid

1020 AM: Ucapan oleh Professor Dr. Abdul Munir Mulkhan
Tauhid dan Perdamaian: Seruan Tauhid sebagai suara yang mendamaikan dalam Islam.”

1120 AM: Ucapan oleh Dr Mun’im Sirry
Pendekatan Baru Dalam Ayat-ayat Jihad

1220 PM: Diskusi dan Soal Jawab

0100 PM: Makan tengahari dan solat

0230 PM: Forum:
Apakah Malaysia gagal sebagai Negara Moderat dalam Pewacanaan Islam Moderat?”
Prof Shamrahayu Abd Aziz, Dr Maszlee Malik, Ahmad El-Muhammady, Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa
Moderator: Dato’ Redzuan Kushairi

0400 PM: Diskusi dan Soal Jawab

0530 PM: Minum petang dan bersurai

 

Biografi Pembicara:

Professor Dr. Abdul Munir Mulkhan adalah Guru Besar di Fakultas Tarbiyah UIN Sunan Kalijaga dan Pengamat Sosial Keagamaan dan terkenal sebagai intelektual Muslim yang memiliki gagasan dan pemikiran keagamaan yang progresif, moderat dan inklusif. Beliau dilahirkan dalam keluarga dan lingkungan yang agamis. Setelah meraih gelar sarjana muda di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Intan Cabang Metro, lampung, melanjutkan studi di Jurusan Filsafat Universitas Gadjah Mada (UGM), tempatnya menyelesaikan pendidikan S-2 danS-3 dalam bidang sosiologi.  Beliau telah menyelesaikan penelitian pasca-doktoral di McGill University di Montreal, Kanada, dan menjabat sebagai Visiting Research Fellow di Nanyang Technological University’s Institute of Defence and Strategic Studies di Singapura. Beliau juga anggota Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Indonesia (Komnas HAM) periode 2007-2012. Beliau aktif dalam Muhammadiyah sejak 1960. Beliau pernah menjadi Ketua Pemuda Muhammadiyah Cabang Kalirejo, Lampung Tengah, Wakil Sekjen PP Muhammadiyah (2000-2005), dan anggota Majelis Dikti (Pendidikan Tinggi) PP Muhammadiyah (2005-2010). Beliau juga pernah menjabat sebagai Wakil Sekretariat Majelis Ulama Indonesia (MUI) Provinsi Daerah Istimewa Yogyakata (1985-199). Beliau saat ini aktif sebagai Felo bagi LibForAll Foundation. Beliau telah menulis lebih dari 60 buku dan juga dikenal karena artikel-artikelnya yang tersebar di berbagai surat kabar nasional dan beragam jurnal ilmiah. Karya-karyanya bertebaran seputar filsafat, sosial, politik, sejarah, dan budaya, di antaranya: Syeh Siti Jenar dan Ajaran Wihdatul Wujud (1985), Tinjauan dan Perspektif Ajaran Islam (1986), Warisan Intelektual Kiai Ahmad Dahlan (1987), Pergumulan Pemikiran dalam Muhammadiyah  (1990), Pemikiran Kiai Ahmad Dahlan dan Muhammadiyah dalam Perspektif Perubahan Sosial (1990, Mencari Tuhan dan Tujuh Jalan Kebebasan, Esai Pemikiran Imam Al Ghazali (1992), Paradigma Intelektual Muslim; Pengantar Filsafat Pendidikan Islam dan Dakwah (1994), Teologi Kebudayaan dan Demokrasi Modernitas (1995), Studi Islam dalam Percakapan Epistemologis (1999), Islam Murni dalam Masyarakat Petani (2000), Menggugat Muhammadiyah (2000), Kearifan Tradisional, Agama untuk Tuhan atau Manusia (2000), Teologi Kiri; Landasan Gerakan Membela Kaum Mustadl'afin (2002), Ajaran Kasampurnan Syekh Siti Jenar (2002).

Dr. Mun'im Sirry adalah Assistant Profesor di University of Notre Dame dan sarjana di Contending Modernities Initiative di Kroc Institute for International Peace Studies. Beliau telah meraih gelar Ph.D. dalam pengajian Islam daripada University of Chicago Divinity School. Antara bidang kajian beliau adalah teologi politik, pemikiran Islam moden, pengajian al-Qur’an, dan hubungan antara agama. Beliau adalah pengarang Polemik Kitab Suci: Tafsir Reformis Atas Kritik Al-Quran Terhadap Agama Lain, (Gramedia, 2013), Kontroversi Islam Awal: Antara Mazhab Tradisionalis dan Revisionis (Mizan, 2015), dan Scriptural Polemics: The Qur’an and Other Religions (Oxford University Press, 2014). Kertas-kertas penerbitan beliau banyak diterbitkan dalam jurnal Arabica, BSOAS, Interpretation, Islam and Christian-Muslim Relations, Journal of Semitic Studies, Journal of Southeast Asian Studies, The Muslim World, Studia Islamica, dan Die Welt des Islams. Beliau turut berkhidmat sebagai ahli Lembaga Editor bagi Studies in Interreligious Dialogue, al-Bayan: Journal of Qur’an and Hadith Studies, Indo-Islamika, Journal of Indonesian Islam, dan ‘Ulumuna: Jurnal Studi Keislaman.

 

Biografi Panelis Forum:

Prof Shamrahayu Ab Aziz adalah Profesor Madya di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sejak tahun 1999. Mulai Julai 2014 hingga Jun 2017 beliau berkhidmat di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sebagai Felo Utama di Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik. Pengkhususan beliau adalah dalam bidang Undang-Undang Perlembagaan, Hak Asasi, dan Undang-undang Islam di Malaysia. Berhubung dengan bidang pengkhususan, penyelidikan beliau termasuk isu-isu mengenai pengharmonian undang-undang dan pembinaan negara. Beliau telah menerbitkan hampir 40 artikel akademik dan bab-bab dalam buku, membentangkan lebih 100 kertas seminar, dan menyampaikan ratusan ceramah mengenai subjek-subjek berkaitan. Beliau juga sering dijemput sebagai penceramah bagi kursus-kursus dan latihan penjawat awam di agensi-agensi kerajaan. Antara buku tulisan dan suntingannya, Shamrahayu menulis buku teks mengenai Criminal Procedure in Syariah Court (2011)), Isu Penguatkuasaan Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia (2016), dan Konflik dan Pengharmonian: Konflik Bidang Kuasa dan Pengharmonian Undang-Undang (2016). Shamrahayu merupakan kolumnis di akhbar Berita Harian dan telah menulis di pelbagai akhbar dan majalah. Sebagai ahli akademik, Shamrahayu merupakan ahli bersekutu Majlis Profesor Negara. Beliau juga dilantik sebagai ahli dalam pelbagai jawatankuasa khas di peringkat persekutuan dan negeri antaranya sebagai ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang dan Syariah Peringkat Persekutuan; Ahli Jawatankuasa Pemandu Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan; dan panel pemikir Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ustaz Dr Maszlee Malik adalah graduan sarjana muda daripada Universiti Al-Bayt, Jordan dan kemudiannya meneruskan pengajian peringkat ijazah sarjana daripada Universiti Malaya. Kedua-duanya di dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh. Beliau melanjutkan pelajaran di School of Governments and International Affairs (SGIA) di University of Durham para tahun 2007 dan mendapatkan ijazah kedoktoran di dalam bidang Good Governance pada tahun 2011. Kini bertugas pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh di Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia semenjak tahun 2000. Beliau juga merupakan ahli Multaqa’ Asatizah dan Du'at (MURSHID), ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia, dan penasihat ahli lembaga kepada beberapa NGO dan badan pendidikan seperti Teaching for the Needs (TFTN), Pusat Pendidikan Down Syndrome Orkids (ORKIDS), Pertubuhan Darul Fitrah, IDEAS Autism Centre, Lembaga Pusat Pendidikan al-Amin dan juga penaung kepada kelab penyokong kelab bolasepak Manchester City Malaysia.

Ahmad El-Muhammady adalah pensyarah Pengajian Islam dan Sains Politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Beliau memperoleh ijazah B.A. (2004) dan M.A. (2010) dalam bidang Sains Politik daripada UIAM. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah dalam bidang sains politik dan pengajian Islam di Jabatan Sains Kemanusiaan UIAM dalam masa sama menyiapkan doctorate beliau di International Institute of Islamic Thought and Civilization, Kuala Lumpur. Kajian beliau ialah tentang ideology ekstremis dan terorisme di Malaysia. Pada 2011, Ahmad telah ditugaskan sebagai salah seorang panel dalam Polis Diraja Malaysia Bahagian Khas Program Rehabilitasi bagi tahanan militan. Beliau kerap diundang sebagai pembicara dalam isu militan dan terorisme di Malaysia kepada agensi-agensi kerajaan, kumpulan-kumpulan masyarakat, dan penguatkuasa undang-undang dan komuniti risikan.

Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa adalah seorang Pengerusi dan Direktur Islamic Renaissance Front, sebuah  gerakan intelektual dan badan pemikir yang menganjurkan islah dan tajdid dalam pemikiran Islam, memperjuangkan demokrasi, tata-kelola pemerintahan yang baik, dan hak-hak asasi manusia. Beliau terlibat secara aktif dalam masyarakat sivil dan dalam wacana pasca-Islamisme. Beliau juga terlibat dalam dialog-dialog di antara agama-agama terutamanya antara Kristian-Muslim dan antara-agama terutamanya antara Syiah-Sunni. Beliau telah membentangkan banyak kertas kerja di pelbagai persidangan antarabangsa termasuklah yang terbaru di Simposium Islam dan Isu-Isu Kontemporari di Tehran, Iran pada Mac 2017. Beliau berkhidmat sebagai ahli akademik di School of Medicine, Monash University Malaysia dan juga adalah seorang Pakar Bedah Kardiotorasik yang terlatih. Beliau sekarang adalah seorang Pesuruhjaya di Commonwealth Initiative for the Freedom of Religion or Belief (CIFoRB) yang berpusat di Westminster, London dan juga salah seorang  Direktur bagi Centre for Combating Corruption and Cronyism (C4). Beliau adalah mantan Timbalan Pengerusi BERSIH 2.0, sebuah gerakan sivil yang berpengaruh dalam mereformasikan pilihanraya yang bersih, adil dan bebas.




View original article at: https://irfront.net/post/events/simposium-kesederhanaan-dalam-al-quran-antara-dua-titik-ekstrim/