Uraian bagi “Tertutupnya Pemikiran Kaum Muslimin” Terjemahan daripada “The Closing of The Muslim Minds”

September 4, 2017 by Mustafa Akyol

Kadangkala, manusia yang melihat satu masyarakat dari luar dapat menawarkan kritikan yang lebih baik yang mungkin sangat membantunya. Hal ini mungkin benar malah ketika kritikan itu mungkin pada masa-masa tertentu datang dengan keras, jika bukan tidak ramah. "The Closing of the Muslim Mind," saya percaya, adalah salah satu buku tersebut.

Fokus penulisnya adalah topik yang telah dibincangkan sebelum ini, tetapi masih tidak sepenuhnya disedari oleh kebanyakan umat Islam dalam dunia hari ini: Kemunduran pemikiran rasional dalam peradaban Islam, setelah abad-abad permulaan, dengan budaya taqlid yang melulu kepada kuasa autoriti. Penggantian “aql” atau nalar, dalam lain perkataan, dengan “naql” atau tradisi.

Tentunya, sebahagian Muslim yang konservatif insaf tentang transformasi ini dalam Islam, dan percaya bahawa ia hanya menyelamatkan umat daripada kesesatan. Mazhab teologi seperti Mu‘tazilah yang bergantung kepada akal dan juga wahyu, adalah “sesat,” menurut hujah mereka, dan kita sepatutnya berasa gembira dengan lenyapnya mereka itu.

Akan tetapi ia begitu ironis sekali, bagaimana sebahagian kaum konservatif Muslim yang sama ini juga sering berbangga dengan “era keemasan Islam” atau zaman ketika umat Islam berhasil membuktikan diri mereka sebagai pelopor dalam perubatan, matematik atau astronomi. Mereka tidak menyedari bahawa zaman keemasan yang diperkatakan ini hanya dimungkinkan oleh para pemikir Islam itu sendiri, yang ideanya mereka masih anggap sebagai sesat.

Buku ini memperlihatkan tragedi intelektual yang dahsyat yang dikenakan-sendiri ini dalam peradaban Islam dengan cara yang impresif. Ia adalah pembuka mata bagi mana-mana Muslim yang sedia untuk berfikir apa yang tidak beres dalam tradisi kita. Saya mengucapkan tahniah kepada IRF kerana menghadirkanya kepada para pembaca di Malaysia. - Mustafa Akyol

______________________________

Mustafa Akyol adalah jurnalis dan pengarang Turki. Beliau mempelajari sains politik dan sejarah di Bogazici University. Selama lebih satu dekad, beliau telah menjadi pengulas dan kolumnis tetap bagi penerbitan akhbar nasional Turki seperti Hurriyet Daily News, dan terkini bagi Al-Monitor.com yang menfokuskan pada Timur Tengah. Sejak musim luruh 2013, beliau menjadi penyumbang dan penulis opini tetap bagi The International New York Times. Beliau telah menerbitkan enam buah buku dalam bahasa Turki, termasuk “Rethinking the Kurdish Question: What Went Wrong, What Next?” (2005). Bukunya pada 2011, “Islam Without Extremes: A Muslim Case for Liberty” suatu hujah bagi liberalisme Islam, diterbitkan oleh W.W. Norton. Buku tersebut tersenarai-panjang bagi Lionel Gelber Prize, hadiah kesusasteraan yang dianugerah oleh University of Toronto bagi buku non-fiksi terbaik dalam bahasa Inggeris yang berusaha untuk memperdalam perbedatan awam tentang isu-isu sedunia yang signifikan, dan dipuji oleh The Financial Times sebagai “Pembelaan Muslim yang terus-terang dan bergaya terhadap kebebasan.” Buku itu juga telah diterbitkan dalam bahasa Turki, Melayu dan Indonesia. Pada bulan Feb 2017, buku yang lain oleh saudara Akyol, “The Islamic Jesus: How the King of the Jews Became a Prophet of the Muslims” diterbitkan oleh St. Martins Press. Buku tersebut meraih penghargaan dari New York Times, Publisher's Weekly, Kirkus Reviews, The National Catholic Reporter, dan lain-lain. Saudara Akyol juga adalah pembicara awam yang telah menyampaikan beratus syarahan dan ceramah di pelbagai pentas, termasuk TED, di mana beliau bercakap tentang “Faith vs. Tradition in Islam”. Beliau juga merupakan pengulas dalam program hal ehwal awam, termasuk “HardTalk” BBC dan “Fareed Zakaria GPS” CNN. Sejak bulan Jan 2017, Saudara Akyol adalah Felo Pelawat Kanan di Freedom Project di Wellesley College, yang berpengkalan di Massachusetts, USA.




View original article at: http://irfront.net/post/articles/articles-malay/uraian-bagi-tertutupnya-pemikiran-kaum-muslimin-terjemahan-daripada-the-closing-of-the-muslim-minds/