Seminar Pemikiran Reformis – Siri X Muhammad Abduh

October 23, 2017

Tarikh: Saturday, 2 December 2017
Masa: 10AM – 530PM
Tempat: Concorde V, Concorde Hotel Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail

Daftar dihttps://www.eventbrite.com/e/seminar-pemikiran-reformis-siri-x-muhammad-abduh-tickets-38925682765

Ucaptama dan Peluncuran Buku “Manhaj Islah Imam Muhammad Abduholeh
Al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin
Terjemahan buku “المنهج الإصلاحي للإمام محمد عبده” oleh Dr Muhammad ‘Imarah
& “Sumbangan Imam Muhammad Abduh kepada Sains dan Teknologi” oleh Dr Ahmad Nabil Amir

 

Panelis:

Dr Sohirin Mohammad Solihin
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Dr Fadzilah Din
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Dr Azhar Ibrahim
National University of Singapore

Moderator:

Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa
Islamic Renaissance Front

Anjuran:
Islamic Renaissance Front 

Al-Ustaz al-Imam Muhammad Abduh (1849-1905) digambarkan sebagai figur dakwah yang terkemuka di dunia Islam yang telah mencetuskan gagasan pembaharuan dan menzahirkan pengaruh yang monumental dalam pemikiran Islam moden. Perjuangan Abduh berteraskan kepada idea Pan Islamisme yang digagaskan oleh Sayyid Jamaluddin al-Afghani yang menyeru kepada kebebasan fikiran dan pemugaran ijtihad.

Abduh merupakan penerus kepada cita-cita perjuangan yang dilandaskan oleh gurunya, Sayyid Jamaluddin al-Afghani. Perjuangan al-Afghani di Mesir, Iran, Paris, dan Afghanistan telah dizahirkan dalam karya dan fatwa Abduh yang memperlihatkan aspirasinya untuk mengangkat martabat agama, aqal, dan sains. Idea pencerahan yang diilhamkannya telah membawa perubahan penting dalam kehidupan masyarakat dan memangkin kekuatan baru dalam sejarah sosio-budaya umat.

Kesan pemikiran Abduh telah memberikan pengaruh yang meluas dalam gerakan Islam sedunia. Pendiri Muhammadiyah, Ahmad Dahlan, sang pencerah yang membawa gerakan pembaharuan di Indonesia telah terkesan dengan pengaruh perjuangan Abduh di Mesir. Sayid Shaykh al-Hadi yang melontarkan pesan pembaharuan dan meniupkan mesej nahdah di Tanah Melayu juga terkesan dengan gagasan pan-Islamisme dan gerakan al-Manar yang digerakkan oleh Abduh dan muridnya Rasyid Rida. Demikian juga rakan-rakannya yang digelar Kaum Muda seperti Shaykh Tahir Jalaluddin, Burhanuddin al-Helmi dan Pendeta Za’ba.

Abduh telah merakamkan sumbangan yang bermakna dalam mengangkat dan menggerakkan kekuatan dan semangat perjuangan Islam di seluruh dunia. Hasil karyanya yang ditulis sejak akhir kurun ke-19 telah menzahirkan corak dakwah yang revolusioner dan mewarnai pemikiran dan pandangan Islam kontemporer.

Pengaruh dan dampak yang jelas daripada pemikiran Abduh dalam karya tafsir, diperlihatkan dalam penulisan kitab magnum opusnya The Message of The Qur’an oleh Muhammad Asad, seperti dinyatakannya: “Pembaca akan dapati banyak rujukan yang dibuat daripada pandangan Muhammad Abduh di nota kaki. Pengaruh beliau dalam dunia moden Islam tidak mampu untuk dijelaskan sepenuhnya. Cukup untuk dinyatakan bahawa setiap aliran pemikiran Islam yang tumbuh di zaman moden adalah berakar daripada pengaruh yang bercambah dari tradisi pemikiran dan idealisme beliau, secara langsung atau tidak”.

Demikian itulah gagasan al-Ustaz al-Imam Muhammad Abduh yag mana suara pembaharuan Salafiyyahnya telah mendokrak banteng taqlid dan bergema di segenap pelusuk bumi Islam baik di Barat maupun di Timur. Dan inilah sosok yang akan diperbicangkan pemikirannnya di dalam Seminar ini.

Program:
0930-1000:   Pendaftaran dan minum pagi
1000-1005:   Ucapan oleh Pengerusi majlis, Shuhaib Ar Rumy Ismail
1005-1015:   Bacaan al-Qur’an oleh Thufail Sayuti Surah ar-Ra’d: 8-15
1015-1055:   Ucaptama oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Al-Ittihaad al-'Aalami li' Ulama'i al-Muslimin dan peluncuran buku “Manhaj Islah Imam Muhammad Abduh
1055-1100:    Ucapan pengenalan oleh moderator, Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa
1100-1200:   Pembentang I: Dr Sohirin Mohammad Solihin, “Syeikh Muhammad Abduh dan Upaya Kebangkitan Ummah: Kajian   Cakerawala Tajdid Antara Yang Pro dan Kontra.” 
1200-1245:   Perbincangan dan soal jawab
1245-1415:   Makan tengahari dan solat
1415-1515:   Pembentang II: Dr Fadzilah Din “Muhammad Abduh: Pendobrak Kejumudan, Mencerahkan Nalar
1515-1615:   Pembentang III: Dr Azhar Ibrahim
Reformasi Muhammad Abduh: Membangun Keulamaan Yang Ampuh
1615-1730:   Perbincangan dan soal jawab
1730:              Minum petang dan bersurai 

Biografi Ringkas Para Pembicara

Al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin adalah ulama yang terkenal lagi disegani. Beliau adalah anggota Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) yang aktif dan dipilih sebagai Presidennya dari tahun 1999 hingga 2003. Beliau juga memimpin gerakan Islam yang lain yakni Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA). Kini beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara [AMANAH], parti politik baru yang memperjuangkan politik Islam. Beliau juga adalah anggota Majlis Islam yang berprestij dan termasyhur, Al-Ittihaad al-‘Aalami li’ Ulama’i al-Muslimin - Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, yang diasaskan pada tahun 2004 dan diketuai oleh Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawy.

Prof. Madya Dr. Sohirin Muhammad Solihin, adalah pensyarah di Jabatan Qur’an dan Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan juga pernah menjadi pengurus Pimpinan Cabang Istimewa Muhammadiyah (PCIM) Malaysia. Belau adalah lepasan Al-Azhar Mesir dan telah mendapat M.A. daripada Markfield, dan Ph.D. daripada University of Birmingham. Di UK, beliau pernah bekerja di Yayasan Islam, Leicester, dalam unit khusus Christian-Muslim Relations. Antara buku yang dikarang belau adalah Copts and Muslims in Egypt: A Study on Harmony and Hostility (1991) Studies on Sayyid Qutb's Fi Zilal Al-Qur'an (1999), Hermeneutics as New Method of Qur'anic Exegesis Critical Views on the Approach of Liberal Muslim Scholars (2005), Islam and Politics: Emergence of Reformative Movement in Indonesia (2006). Beliau juga adalah pengarang buku Mohammad Natsir: Islamic Intellectualism and Activism in the Modern Age (2013).

Dr. Fadzilah Din adalah seorang pensyarah (Assistant Prof.) di Department of Usuludin and Comparative Religion di International Islamic University Malaysia kampus Gombak. Beliau mendapat ijazah PhD daripada University of Edinburgh, Scotland, UK pada tahun 2002, MAIRKH daripada International Islamic University Malaysia  pada tahun 1994, dan BA dari Ohio State University, Columbus, Ohio pada tahun 1988. Beliau telah menjadi tenaga pengajar di International Islamic University Malaysia lebih dari satu dekad dalam subject Islamic Aqidah, Islamic Ethics, Islamic Da`wah, Georgraphy of the Muslim World and Minorities, dan Evangelization and Christian Mission. Tesis PhD beliau di University of Edinburgh bertajuk "The Contribution of Tafsir al-Manar and Tafsir al-Azhar Toward Understanding the Concept of Ta`ah and Its Observance: A Theological Enquiry".

Dr Azhar Ibrahim adalah Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Beliau telah menerima PhD, MA, daripada Jabatan yang sama pada tahun 2002 dan 2008. Disertasi beliau bertumpu pada hal humanisme dan intelektualisme dalam kesusasteraan ilmuwan Melayu manakala tesis MA beliau adalah berkenaan kajian orientasi keagamaan seperti yang tercermin dalam masyarakat feudal Melayu dan penerusannya hingga ke hari ini. Beliau mengambil jurusan Pengajian Melayu dan Pengajian Asia Tenggara pada peringkat ijazah. Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah selama hampir sedekad di Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE), Universiti Teknologi Nanyang, mengajar persuratan Melayu klasik dan moden, sosiologi Bangsa Melayu, dan juga tradisi intelektual dan peradaban Islam. Beliau juga telah berjaya menyiapkan pengkajian di peringkat pasca kedoktoran di Faculty of Theology, University of Copenhagen, Denmark (2009/2010), dan kemudian di Temple University, USA (2010/2011). Kajian beliau berfokus pada Teologi Sosial dalam Muslim Asia Tenggara: Trend dan Cabaran, dan Teologi Dialog dalam. Masyarakat Melayu-Indonesia: Prospek dan Halangan. Beliau telah menulis banyak makalah dan buku-buku dalam bahasa Inggeris dan Melayu dan sangat aktif memberikan syarahan di Malaysia dan juga antarabangsa.




View original article at: http://irfront.net/post/events/seminar-pemikiran-reformis-siri-x-muhammad-abduh/