Sinopsis ‘Seruan Islah Syed Shaykh Al-Hady’

June 13, 2018

SYED Shaykh al-Hady, pembaharu tegar Islām dan kaum Muslimin, belum lagi diiktiraf secara nasional di Tanah Melayu atas sumbangan beliau terhadap pembebasan kesedaran kaum Muslimin.

SYED Shaykh belum lagi diiktiraf di peringkat antarabangsa atas peranan yang dimainkannya dalam gerakan reformis Melayu ini yang telah sebelumnya dimulakan oleh para penggagas cita Islam Moden sejagat, Jamāl al-Dīn al-Afghānī, Muhammad ‘Abduh, Rashīd Rida dan lain-lain.

SYED Shaykh adalah salah seorang pengasas al-Imām pada tahun 1906, sebuah jurnal Melayu-Jawi yang diterbitkan di Singapura dan didedikasikan demi islāh dan tajdīd, pembaikan dan pembaharuan. Pada tahun 1926–8, ketika berpusat di Pulau Pinang, beliau telah mewujudkan al-Ikhwān, akhbar Saudara, serta Jelutong Press. Di dalamnya, Syed Shaykh, Shaykh ‘Abd Allāh Maghribī, Shaykh Mohd. Tahir Jalaluddin, Imam Abu Bakar Ash‘ari, dan lain-lain dengan berani menyerang amalan-amalan yang salah yang didukung oleh pentafsiran yang herot daripada matlamat dan intipati ajaran Islām, yang mereka anggap sebagai progresif dan menghidupkan kemanusiaan sepanjang zaman. Mereka tegas menentang taqlīd, mengikut membuta tuli akan tradisi, yang telah diperingatkan oleh Nabi Muhammad sebagai membawa kita ‘merangkak ke lubang biawak’ jika nenek moyang kita melakukannya.

MEMBACA kritikan para pelopor modenis lebih daripada seratus tahun yang lalu, kita pasti akan menyedari bahawa banyak hal yang dibangkitkan pada ketika itu masih relevan pada hari ini; masyarakat Melayu dalam budaya dan struktur keagamaannya masih memerlukan pemikir islāh yang berani sekiranya daya hidup umat Melayu Islam ingin dikeluarkan daripada bawah tempurung yang tidak dapat merasai cahaya kebenaran hakiki.

KOMPENDIUM ini teristimewa ditujukan buat cita tersebut

 

Softcover: 417 mukasurat
Penerbit: Islamic Renaissance Front (Julai, 2018)
Bahasa: Melayu
ISBN: 978-967-15201-7-8
Dimensi Produk: 6” x 9” x 1”

Lihat: http://irfront.net/books/

Buku ini bakal dijual di GerakbudayadanIlhambooks

Atau hubungi kami di: [email protected]

 

Buku Seruan islah Syed Shaykh al-Hady ini akan diluncurkan pada hari Sabtu, 7 July di Concorde Hotel, Kuala Lumpur oleh Sahibus Samahah Dato' Arif Perkasa DR Mohd Asri Zainul Abidin




View original article at: https://irfront.net/post/articles/articles-malay/sinopsis-seruan-islah-syed-shaykh-al-hady/