Forum: “Islam di Nusantara: Ke Arah Mana Kita?”

November 19, 2018


Tarikh: Sabtu, 24 November 2018
Masa: 2PM-530PM
Tempat: Spices, Concorde Hotel, Kuala Lumpur

Daftar di: https://www.eventbrite.com/e/forum-islam-di-nusantara-ke-arah-mana-kita-tickets-52806489632

Panelis:
Dr Syafiq Hasyim
Prof Harlina Halizah Siraj
Dr Danial Mohd Yusof
Ustaz Abu Hafiz Salleh Hudin

Moderator:
Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa

Anjuran:
Islamic Renaissance Front

Dalam menanggapi persoalan asas tentang kedudukan dan masa depan Islam di Nusantara secara umum, dan di Malaysia secra khusus, kita dihadapkan dengan persoalan dasar yang menghantui sejak beberapa dasawarsa, iaitu hendak ke mana Islam ini di bawa? Persoalan tentang hala tuju Islam ini krusial dalam menentukan corak dan bangunan bangsa yang akan terbangun di Malaysia dan di Nusantara.

Apakah corak yang dapat dibayangkan tentang masa depan Islam ini mengingat tentang perkembangan sekarang yang kacau dengan kefanatikan dan kedangkalan paham dan penghayatan Islam? Ketika persoalan Islam menjadi pertaruhan, kita melihat pendukungnya yang gencar dan berdegar memperjuangkan Islam garis keras yang menafikan kemungkinan-kemungkinan Islam yang inklusif, dan jama’ie, dengan keterbukaan kepada golongan minoriti aqidah seperti Syiah dan Ahmadi, ataupun minoriti seksual seperti LGBT, dalam mencetuskan Islam yang bersifat rahmatan li al-‘alamin.  

Jarang-jarang spirit beragama yang cuba mengangkat Islam ramah, atau yang mengarah kepada Islam Nusantara, atau Fiqh Indonesia seperti diangkat oleh Profesor T.M. Hasbi ash-Shiddieqy atau Fiqh Malaysia oleh Dr Siddiq Fadzil, ketimbang Islam Hijazi atau fiqh Misri atau fiqh Hindi yang lebih kearaban.

Maka itu, forum ini berusaha memecahkan persoalan ini dalam mencari bangunan Islam yang jelas di kepulauan Nusantara ini. Hal ini mengarah kepada keperluan untuk menggerakkan pandangan Islam yang progresif dan dinamik yang meraikan nilai-nilai kebebasan (al-tahririyah) dan keadilan (al-‘adalah), demokratis dan sekular lagi inklusif,serta mengantisipasi kesan daripada cara tersebarnya Islam di kepulauan Melayu-Indonesia dalam mencorakkan pandangan hidup dan pemikiran umat dan menentukan halatuju dan arah haluannya di Malaysia.

 

Program:
200-230PM:    Pendaftaran
230-240PM:    Ucapan pengenalan oleh Pengerusi, Saifullah Bhatti
240-250PM:    Ucapan Moderator, Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa
250-330PM:    Pembentangan Dr Syafiq Hasyim
330-350PM:    Ucapan Prof Harlina Halizah Siraj
350-410PM:    Ucapan Dr Danial Mohd Yusof
410-430PM:    Ucapan Ustaz Abu Hafiz Salleh Hudin
410-530PM:    Diskusi
530PM:           Minum petang

 

Biografi panelis: 

Dr Syafiq Hasyim adalah ahli Pengurus Lembaga Perguruan Tinggi Nahdlatul Ulama (LPTNU) dan Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU). Beliau juga adalah pengurus Majelis Ulama Indonesia (MUI). Beliau bertugas sebagai Felo Jemputan di S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Nanyang Technological University (NTU) Singapura. Beliau memperoleh ijazahnya daripada Fakultas Ushluddin, UIN syarif Hidayatullah kemudian menyambung pengajian Sarjana di Leiden University, Faculty of Literature and Theology, dengan Tesis “Muslim Political Ethic in Indonesia: A Study of Political Behaviour among Muslim Political Parties, 1998-2000.” Selanjutnya Syafiq melanjutkan Ph.D beliau di Freie Universität Berlin dengan disertasi “Majelis Ulama Indonesia (MUI, Council of Indonesian Ulama) and its Role in the Islamisation of Indonesia State in Indonesia.” Beliau sangat aktif dalam usaha memberdayakan masyarakat. Pernah mendirikan Yayasan Rahima pada tahun 2000 dan menjadi penolong pengarah International Centre for Islam and Pluralism (ICIP) pada tempoh (2003-2009). Beliau merupakan penulis buku Understanding Women in Islam: An Indonesian Perspective, Bebas dari Patriarkhisme Islam, Demi Toleransi Demi Pluralisme:Esai-Esai Untuk Merayakan 65 Tahun Dawam Rahardjo, dan Islam Nusantara dalam Konteks Multikulturalisme dan Radikalisme.

Dr Harlina Halizah Siraj adalah Profesor O&G dan Pendidikan Perubatan (Pengajian Klinikal) di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan aktivis sosial Islam yang terkenal. Beliau adalah seorang pemimpin dalam Jemaah Islah Malaysia dan IKRAM Malaysia. Beliau juga bekas Pengerusi Raudhatus Sakinah. Dr Harlina adalah pemegang Anugerah Saidatina Khadijah 2011 oleh Negeri Selangor dan telah dicalonkan sebagai Great Women of Our Times 2008 oleh Malaysian Women’s Weekly. Beliau sering dijemput sebagai penceramah dalam TV show (ASTRO Awani, ASTRO Prima, TV AlHijrah, TV9, TV3, NTV7, TV Selangor, RTM) dan radio (IKIM.fm, KL.fm).

Dr. Danial Yusof adalah graduan IIUM, University of Leeds dan University of Birmingham dalam bidang Sains Politik; Agama, Politik dan Masyarakat; dan Pemikiran Politik. Beliau juga merupakan penerima biasiswa Chevening dan Fulbright dan telah berkhidmat selama 20 tahun bersama IIUM. Kini beliau merupakan Profesor Madya dan Pemangku Pengarah Akademik di IIUM-ISTAC (Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu). Beliau juga merupakan Felo Penyelidik Bersekutu di IPPTN (Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara) sejak 2012, Penilai MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) untuk Sains Sosial sejak 2008, dan ahli seumur hidup PenDaPat (Pertubuhan Pembangunan, Penyelidikan dan Dasar Pendidikan Tinggi, Malaysia) sejak 2016. Untuk tahun 2018, Danial terlibat secara aktif dalam penyelidikan tadbir urus pendidikan tinggi di Malaysia, khususnya penyelidikan tentang pengalaman pelajar antarabangsa di Malaysia bagi Kementerian Pendidikan Malaysia; dan pelan strategi IIUM bagi tahun 2019-2020. Pada masa yang sama, Danial merupakan penyelidik utama (Unit Analitikal Ekstremisme) untuk projek “Penyelidikan Pembangunan Kapasiti Menentang Ekstremisme” dalam kerjasama dengan University of Maryland (2018-2020).”

Ustaz Abu Hafiz Salleh Hudin adalah pendakwah bebas dan ahli panel kajian fatwa Jabatan Mufti Perlis. Beliau memperoleh ijazahnya dalam pengajian Quran & Sunnah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan kemudian menyambung pengajian di peringkat sarjana di School of Oriental & African Studies (SOAS), University of London dalam pengajian Sunnah. Beliau kini merupakan calon kedoktoran dalam bidang Pengajian Islam & pemikiran di Universiti Sains Malaysia (USM).

 




View original article at: https://irfront.net/post/events/forum-islam-di-nusantara-ke-arah-mana-kita/