Bookshop

Softcover
– 352 pages

Publisher
– Islamic Renaissance Front (May, 2019)

Language
– Malay

ISBN
– 978-967-16819-8-5

Product Dimensions
– 6 x 9 x 1

Price
– RM60

Muktazilah Dan Persoalan Kebebasan Insan
المعتزلة ومشكلة الحرية الإنسانية

 

Bermulanya dengan keaktifan politik yang hebat, kemudian tercetus di dalamnya perdebatan seputar isu tersebut sehingga termanifestasilah aliran yang dicetuskan oleh Wasil bin ‘Ata’ (80-131 H/699-749 M). Maka, Muktazilah tampil sebagai Kaum Rasionalis yang mencerahkan polemik teologi yang gentir dalam sejarah pemikiran keagamaan tradisi Islam. Demikian sehingga larut dalam perbahasan wacana kemodenan yang menuntut kepadanya kekuatan akliah dan logika bagi memecahkan permasalahan penindasan, kezaliman dan ketidakadilan dalam kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Sebagaimana diungkapkan dalam karya ini, bahawa individu Muslim itu harus mengkritik terhadap kekuasaan yang zalim, bahkan wajib ke atas mereka bangkit menentang penindasan dan ketidakadilan dengan menggantikan kekuasaan yang adil dan saksama. Maka semuanya itu menuntut kepada kejelasan pemikiran rasional yang bertaut pada hurriyyah (kebebasan) dan ikhtiyar (pilihan berkehendak)

Sehubungan itu, Kaum Rasionalis dalam abad pertengahan ini sangat penting bagi melahirkan pemikiran yang dinamik dan humanis, bahkan mustahak dalam mendepani cabaran semasa dunia keagamaan global. Terutamanya wacana tentang perundangan syari’ah, politik moden, kebebasan, keadilan, serta dosa dan pahala, yang menyangkut dengan tema kemanusiaan. Demikian aliran rasionalis ini telah menjadi wacana pemikiran yang terpenting yang bersumberkan, di dalamnya rukun tauhid daripada lima rukun (usul al-khamsah) yakni, al-‘Adl(keadilan), al-Tawhid (tauhid), al-Wa‘d wa’l-Wa‘id (janji dan ancaman), al-Manzilah Bayna al-Manzilatayn (duduknya di antara dua tempat) dan al-Amr bi al-Ma‘ruf wa al-Nahy ‘an al-Munkar (menyuruh pada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran).

Demikianlah maka buku ini merupakan tesis yang dihasilkan Dr Muhammad Imarah, menjadi panduan berharga kepada umat dalam meluruskan akal dan wahyu dengan berpandukan falsafah hurriyyah dan ikhtiyar sebagaimana yang diperjuangkan oleh aliran rasionalisme Muktazilah atau dikenali sebagai Ahl al-‘Adl wa al-Tawhid.

Buku ini boleh didapati di ilhambooks, mesej ke Facebook IRF atau email ke [email protected]


Softcover
– 431 pages

Publisher
– Islamic Renaissance Front (May, 2019)

Language
– Malay

ISBN
– 978-967-16819-7-8

Product Dimensions
– 6 x 9 x 1

Price
– RM65

Antologi Seminar Pemikiran Reformis – Jilid I

 

Antologi Seminar Pemikiran Reformis – Jilid I ini merupakan esei-esei yang dibentangkan semasa siri Seminar Pemikiran Reformis yang membincangkan pemikiran para reformis Islam dari Timur hingga jauh ke Barat. Antologi I ini memuatkan sembilan siri seminar sebelum ini yang membicangkan tokoh-tokoh reformis seperti Buya Hamka, Pendeta Za’ba, Syed Shaykh al-Hady, Muhammad Asad, Ibnu Taimiyyah, A. Hassan Bandung, Ali Shariati, Mohammad Natsir, dan Muhammad Iqbal.

Sesungguhnya harus difahami bahawa intipati daripada pemikiran reformis berakar daripada prinsip untuk tidak mengubah umat Islam hari ini menjadi pentaqlid umat Islam yang terdahulu. Dengan berpegang teguh pada prinsip ini, maka mereka menyuruh kita mencari bagaimanakah caranya untuk hidup pada zaman kita sendiri. Pemikiran reformis yang dicanang oleh sekelian para penggeraknya sepanjang zaman ini menuntut sebagai keperluan yang pertama, pengetahuan tentang risalah Islam yang komprehensif, akan prinsipnya yang universal, dan alat yang tersedia untuk membantu umat manusia menyesuaikan diri dengan masyarakatnya, dan juga untuk mengubah dunia.

Pemikiran reformis ini juga menuntut sebuah revolusi intelek yang sebenar yang memungkinkannya untuk mendamaikan kesyumulan nilai-nilai Islam dengan suasana sosio-politik duniawi masakini, untuk membangunkan pemikiran yang kritis, untuk membuat pilihan dengan menggunakan akal, dan istiqamah dengan tidak bertaqlid sama ada kepada masa lampau atau yang pada masakini. Dan pemikiran reformis ini juga menuntut penyesuaian dan penyatuan nilai yang tidak berbentur lalu menjadikan ia milik kita sungguhpun jika ia berasal dari luar lingkungan Islam itu sendiri. Demikianlah intisari daripada pemikiran para reformis sepanjang zaman.

Buku ini boleh didapati di ilhambooks dan gerakbudaya.


Softcover
– 352 pages

Publisher
– Islamic Renaissance Front (May, 2019)

Language
– Malay

ISBN
– 978-967-16819-5-4

Product Dimensions
– 6 x 9 x 1

Price
– RM65

Ke Arah Reformasi Islam: Kebebasan Sivil, Hak Asasi dan Undang-Undang Antarabangsa

 

Menerusi buku ini, Professor Abdullahi Ahmed An-Naim telah merakamkan betapa teguhnya para Muslimin berpegang kepada konsep Shari’ah sebagai sesuatu yang amat kudus sekali. Hal ini adalah terhasil akibat daripada pendekatan para ulama’ yang menggunakan naratif shari’ah sebagai benteng terakhir dalam mempertahankan Islam dan identiti Muslim itu sendiri. Para ulama’ telah mempamerkan shari’ah sebagai suatu undang-undang yang kukuh yang tidak boleh dipersoalkan atau ditolak. Akan tetapi, apa yang dikatakan pada hari ini sebagai shari’ah pada dasarnya hanya merupakan suaru produk daripada perkembangan historisnya.

Masalah utama dalam korpus undang-undang shari’ah menurut an-Naim adalah apabila perkembangannya terbantut akibat daripada penutupan pintu Ijtihad suatu masa dahulu oleh para ulama’ sendiri yang bertujuan untuk menutup segala ruang perdebatan dan polemik yang mungkin memporak-perandakan masyarakat Islam itu sendiri. Akan tetapi akibat daripada tindakan ini, maka dinamika dalaman shari’ah itu sendiri telah hilang. Sejak itu shari’ah tidak lagi mampu untuk memberikan penyelesaian yang tuntas atau sebarang formula bagi umat Islam untuk menghadapi dunia yang semakin rencam dari sudut sosio-budaya, ekonomi, dan politik.

Maka apakah yang dimaksudkan sebagai reformasi bagi An-Naim? Pertamanya yang perlu difahami, ia bukannya membawa maksud penolakan pada Islam atau budaya etikanya. Tetapi sebaliknya, An-Naim menganjurkan agar prinsip-prinsip Islam yang bersifat anjal lagi toleran itu berperanan dalam menyemak dan menilai semula akan peranan shari’ah pada masa ini. Kemungkinan yang paling terdesak adalah untuk membangunkan sebuah prinsip etika dalam berinteraksi dengan mereka yang mempunyai pegangan dan kefahaman yang lain sama ada dalam kalangan Muslimin itu sediri mahupun dengan mereka yang berlainan aqidah. Kerana bagi An-Naim, sifat toleran dalam berhadapan dengan kefahaman yang lain dan apa jua bentuk pendapat yang asing itu adalah maha penting untuk kebaikan dari sudut spiritual dan intelektual Islam itu sendiri. Dan cabaran yang paling hebat adalah bagi mereka yang beriman itu adalah untuk membebaskan diri mereka daripada sebarang bentuk kefahaman yang dogmatik dan rigid dalam interpretasi hukum-hukum shari’ah kerana sebuah negara yang berteraskan Islam itu tidak dapat dibina dalam satu malam dengan hanyalah berdasarkan interpretasi dan aplikasi shari’ah yang berbentuk literal.

Buku ini akan diluncurkan pada 25 Mei 2019 dan bakal dijual di ilhambooks dan gerakbudaya.


Softcover
– 312 pages

Publisher
– Islamic Renaissance Front (April, 2019)

Language
– Malay

ISBN
– 978-967-16819-4-7

Product Dimensions
– 6 x 9 x 1

Price
– RM50

Pertelingkahan Politik dalam Kalangan Para Sahabat

الخلافات السياسية بين الصحابة

 

Pertikaian dan konflik politik yang berlaku di kalangan para sahabat sehingga menumpahkan darah ribuan umat Islam tidak dapat dinafikan. Sejarah Islam awal yang sering diceritakan hanya penuh dengan keindahan dan kebaikan harus diulang baca. Para sahabat yang mulia yang suatu ketika pernah bersama-sama mendapat didikan daripada titik peluh baginda Nabi SAW bukanlah para malaikat yang tidak mempunyai hawa nafsu, tetapi mereka juga adalah manusia yang melakukan kesilapan seperti kita.

Namun, ada sekelompok umat Islam yang menolak dan menghalang daripada pembacaan semula terhadap sejarah ini kerana dengan itu kata mereka, bakal menjejaskan dan menjatuhkan kedudukan para sahabat RA yang mulia. Ada pula sekelompok lagi yang membaca sejarah ini bukan dengan kacamata kritis dan analitik, tetapi dengan kacamata yang penuh dengan dendam dan kesumat.

Buku ini ditulis bukan bertujuan untuk mengulas dengan terperinci segala persengketaan yang berlaku 1400 tahun yang lepas, tetapi meletak dan menyusun semula asas-asas bagi para pengkaji yang ingin melakukan penelitian dan pembacaan semula terhadap kisah sejarah ini.

Buku ini boleh didapati di ilhambooks dan gerakbudaya.


Softcover
– 445 pages

Publisher
– Islamic Renaissance Front (Januari, 2019)

Language
– Malay

ISBN
– 978-967-15201-9-2

Product Dimensions
– 6 x 9 x 1

Price
– RM65

Jalan ke Mekah

 

Muhammad Asad, dilahirkan dengan nama Leopold Weiss pada 2 Julai 1900 dalam sebuah keluarga Yahudi di Lviy, yang kini dalam negara Ukraine. Beliau ialah seorang kelahiran Yahudi Austro-Hungarian yang merupakan seorang wartawan, pengembara, penulis, ahli bahasa, pemikir, ahli teori politik, diplomat, dan sarjana Islam. Asad merupakan salah seorang tokoh Muslim Eropah yang berpengaruh pada kurun ke-20 dan digambarkan sebagai anugerah Eropah kepada Islam oleh para penulis biografinya.

Buku ini meliputi kisah pada dua puluh tiga tahun pertama kehidupannya yang luar biasa, di mana ia menjelaskan bagaimana beliau memeluk Islam semasa berusia 26 tahun, dan memerincikan pengembaraan luasnya merantau ke tanah Arab, Palestin, Syria, Iraq, Iran, Afghanistan, Mesir, dan Libya. Beliau menulis buku ini pada tahun 1954, tidak lama selepas beliau meletakkan jawatan sebagai duta Pakistan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), demi menceritakan kepada dunia apa yang telah membawanya kepada Islam.

Buku ini adalah sebuah buku mengenai pengembaraan dan penjelajahan seorang manusia melalui jalan-jalan geografikal di dataran bumi, dan penerokaan intelektual dan spiritual yang telah dilakukannya melalui denai dan ranjau dalam jiwanya sendiri. Kedua-dua pengembaraannya itu memuncak pada satu tempat, iaitu Mekah, di mana beliau menetap di sana untuk beberapa tahun dan menemui kepuasan spiritual dan intelektual di sana yang tidak beliau kecapi semasa di Eropah. Lantaran buku ini ialah sebuah alternatif kepada kebiasaan teks-teks pengenalan mengenai Islam, yang mana buku ini merupakan sebuah cara yang menarik dan menginspirasikan untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai Islam di mana ajaran-ajaran asas bagi keimanan itu telah dibaluti dengan wacana naratif daripada kehidupan pengarang itu sendiri.

Buku ini boleh didapati di ilhambooks dan gerakbudaya.


Softcover
– 366 pages

Publisher
– Islamic Renaissance Front (Julai, 2018)

Language
– Malay

ISBN
– 978-967-15201-6-1

Product Dimensions
– 6 x 9 x 1

Price
– RM60

Golongan Muslim Pertama: Sejarah dan Memori

 

Buku Golongan Muslim Pertama: Sejarah dan Memori melihat pada asal-usul dan perkembangan Islam. Hal ini dimulai dengan penceritaan tentang sejarah utama yang berlaku dalam tahun-tahun awal Islam berkembang, termasuklah dizaman para sahabat dan as-salāf as-sālih. Ia merupakan suatu rekonstruksi yang amat menarik tentang era kehidupan mereka. Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian, pertamanya bercerita tentang awal Islam, bagaimana masyarakat Islam dibentuk daripada zaman Jahiliyah. Zaman awal Nabi dan para sahabat, dan zaman para as-salāf as-sālih ini, sepertimana semua zaman dalam sejarah manusiawi, haruslah dinilai berdasarkan keistimewaannya yang tersendiri dan kita patut bertanya bagaimanakah cara kita mencontohi generasi terpilih ini dalam era moden ini? Dan bahagian kedua pula lebih menumpukan pada pemikiran politik Islam yang kontemporari yang menggarap pelbagai tren daripada golongan fundamentalis, Islamis dan modernis, dalam pembacaan mereka tentang sejarah khazanah as-salāf as-sālih.

Buku ini juga membahaskan secara teori tentang undang-undang perlembagaan, serta melihat perkembangan masyarakat Islam melalui perspektif sejarah, politik, teologi, dan undang-undang. Ia juga membahaskan konsep-konsep seperti Jihad dan Negara Islam yang sering dianggap sebagai legasi dari tamadun umat terdahulu pada zaman kontemporari ini. Apa yang membuatkan buku ini bertambah menarik ialah bagaimana sejarah Islam yang diceritakan itu bukan hanya berdasarkan studi dan sumber-sumber keagamaan semata akan tetapi ia juga melihat kepada sumber-sumber lain seperti sains politik. Yang dengannya itu, ia telah membantu dalam perdebatan kontemporari tentang idea sebuah Negara Islam dalam sesebuah negara yang majoritinya umat Islam dan apakah konsep ad-dawlah itu benar-benar suatu konsep yang dianjurkan di dalam Islam?

Buku ini boleh didapati di ilhambooks, mesej ke Facebook IRF atau email ke [email protected]


Softcover
– 455 pages

Publisher
– Islamic Renaissance Front (Julai, 2018)

Language
– Malay

ISBN
– 978-967-15201-7-8

Product Dimensions
– 6 x 9 x 1

Price
– RM65

Seruan Islah Syed Shaykh al-Hady

 

Syed Shaykh bin Ahmad Hasan al-Hady dilahirkan pada 25 Disember 1864 di Hulu Melaka. Beliau berdarah Arab-Melayu yang berasal dari Hadhramawt, Yaman. Falsafah pemikirannya dipengaruhi secara langsung dari pengaruh al-Manar dan gagasan Pan-Islamisme yang dicetuskan oleh al-Afghani dan Abduh di Mesir. Ia memperjuangkan aspirasi pembaharuan yang diilhamkan oleh Ibn Taimiyah dan muridnya Ibn Qayyim al-Jawziyah pada kurun ke 7H. Falsafah pemikirannya yang progresif dan faham pembaharuannya yang radikal ini dizahirkan dalam jurnal bulanan Al-Ikhwan, sebagai “suara yang terbit daripada seorang ikhwan yang berteriak akan sekalian ikhwannya” yang telah mencetuskan pengaruh dan dampak yang jelas dalam membawa perubahan yang desisif.

Perjuangan dan pergerakan Islam moden yang diasaskan oleh Syaikh Muhammad Abduh di Mesir telah memberi impak yang besar kepada fikrah al-Hady. Kekuatan pengaruh ini dimungkinkan daripada kesan pertemuannya dengan Abduh pada tahun 1895 di Mesir, bermula dari pelayarannya ke Timur Tengah mengiringi keluarga diraja Riau pada akhir abad ke 19, yang mendedahkannya dengan perkembangan dunia Islam dan perjuangan kaum modernis di sana. Beliau mempertahankan mazhab salafiyah yang diperjuangkan oleh Abduh dan melanjutkan usahanya dalam mencanangkan fikrah pembaharuan dan tajdid, mendobrak benteng taqlid, merangkul tradisi moden dan menganjurkan ijtihad. Lantaran demi menegakkan perjuangan inilah beliau telah dilabel sebagai Kaum Muda, Muktazilah dan Kaum al-Manar.

Perjuangan “Kaum Muda” yang dipelopori Al-Hady ini menggagas cita-cita Islam yang dinamik dan progresif. Faham perubahan yang progresif dan idealisme salaf yang diperjuangkannya bertujuan untuk memperbaiki dan memurnikan Islam daripada unsur-unsur khurafat, bid‘ah dan jumud dan mengangkat harakat pemikiran dan memperjuangkan cita-cita pembaharuan atau tajdid. Buku ini merupakan kompilasi tulisan yang menceritakan riwayat hidup dan perjuangan Syed Shaykh al-Hady dalam membawa mesej perubahan dan tajdid yang berusaha menggilap idealisme dan memperbaharui agama serta memperkukuh kedudukan dan peranan umat dalam peradaban dunia.

Buku ini boleh didapati di ilhambooks, mesej ke Facebook IRF atau email ke [email protected]


Softcover
– 462 pages

Publisher
– Islamic Renaissance Front (March, 2018)

Language
– Malay

ISBN
– 978-967-15201-4-7

Product Dimensions
– 6 x 9 x 1

Price
– RM65

Rachid Ghannouchi: Seorang Demokrat Dalam Wacana Islamisme

 

“Jika Tuhan inginkan daku menjadi syahid bagi segala masjid-masjid, biarkannya. Tetapi aku ingin memberitahumu bahawa kematianku tidak akan sia-sia, dan daripada darahku, kembang-kembang Islam akan tumbuh mekar.

[Rachid Ghannouchi]

Azzam Tamimi memperkenalkan pemikiran Sheikh Rachid Ghannouchi, aktivis politik Islamis yang terkenal yang menerajui parti politik Islamis di Tunisia yang terpenting, Ennahdah yang dahulunya dikenali sebagai Ḥarakat al-Ittijāh al-Islāmī, atau Islamic Tendency Movement yang sebelumnya diharamkan oleh rejim otoriter Zine Abidin Ben Ali, dan kini merupakan parti utama dalam kerajaan tripartit di Tunisia. Ghannouchi, yang hidup dalam buangan selama tempoh yang panjang kerana diburu oleh rejim Tunisia, juga merupakan pemimpin sebuah aliran mazhab dalam pemikiran politik Islam moden yang menganjurkan demokrasi dan pluralisme. Beliau menekankan kesejajaran demokrasi dengan Islam, dan percaya bahawa demokrasi liberal mungkin bersejajaran dengan masyarakat Islam sepertimana hal yang menyangkut dengan sistem tatakelola, hak asasi, dan kebebasan sivil. Maka beliau mengutarakan teorinya tentang faraghāt atau ruang-ruang vakum di mana urusan aqidah itu berada dalam ruang deenī akan tetapi urusan politik dan kenegaraan itu dalam ruang siyāsi, yang memerlukan pena’kulan yang kritis dan bukannya terikat dengan sumber wahyu  dalam mentadbir urusan duniawi. Dalam hal ini, Azzam Tamimi tidak hanya menghasilkan kerja yang sangat baik dalam membongkar sosok Ghannouchi, sebagai seorang aktivis politik dan cendekia, tetapi penyorotannya tentang ideologi Ghannouchi cukup unik dan menyerlahkan mengapa Ghannouchi berkemungkinan merupakan intelektual Islam yang terpenting dan paling berpengaruh dalam dekad ini.

Buku ini boleh didapati dijual di ilhambooks, Gerakbudaya, mesej ke Facebook IRF atau email ke [email protected]


Softcover
– 444 pages

Publisher
– Islamic Renaissance Front (January, 2018)

Language
– Malay

ISBN
– 978-967-15201-2-3

Product Dimensions
– 6 x 9 x 1

Price
– RM65

Reformasi Radikal: Etika Islami dan Pembebasan

 

Tariq Ramadan telah tampil sebagai satu suara yang terkehadapan daripada para reformis Islam di Barat, yang terkenal kerana saranannya kepada umat Islam untuk terlibat sepenuhnya dalam kehidupan sivil dalam masyarakat Barat di mana mereka tinggal. Dalam buku ini Ramadan mengalamatkan masyarakat dan komuniti Islam di mana-mana dengan seruan yang berani kepada reformasi radikal. Beliau mencabar mereka yang berhujah secara defensif bahawa reformasi adalah merbahaya dan penyimpangan luar, dan pengkhianatan kepada agama. Reformasi yang sebenar, katanya, sentiasa berakar dalam sumber tekstual Islam, tujuan spiritual dan tradisi intelektualnya. Tetapi gerakan reformis yang berasaskan kepada pembacaan yang diperbaharui terhadap sumber tekstual dengan menggunakan manhaj dan kategori tradisional hanya berhasil mencapai respon yang adaptif terhadap krisis yang mendepani dunia global. Pembacaan tersebut, Ramadan berhujah, telah mencapai batas daripada kegunaannya.

Ramadan menyeru kepada reformasi radikal yang melangkaui adaptasi bagi membayangkan solusi yang berani dan kreatif untuk mentransformasi masyarakat kita di masa ini dan masa depan. Pendekatan yang baru ini mencabar sumber sejarah yang tertegak, kategori, objektif-objektif tertinggi, sarana, dan metodologi hukum dan fiqh Islam, dan geografi autoriti daripada pengetahuan tradisional ini yang telah diberikan kepada para ulama tekstual. Beliau mengusulkan geografi yang baru yang mendefinisikan semula sumber dan tujuan spiritual dan etika hukum yang menciptakan ruang bagi autoriti ulama daripada sains sosial dan sains tabii. Hal ini akan menyiapkan reformasi transformatif ini dengan pengetahuan spiritual, etika, sains dan saintifik yang perlu untuk menangani cabaran kontemporer. Ramadan berhujah bahawa reformasi radikal menuntut tidak hanya sumbangan ulama’ yang setara dalam kedua-dua teks dan konteks tetapi juga keterlibatan yang kritis dan imaginasi yang kreatif daripada para intelektual dan kelompok massa Muslim. Saranan bagi reformasi radikal ini secara dramatik mengalihkan pusat graviti kekuasaan. Ia pastinya mengundang kontroversi dan mencetuskan perdebatan dan polemik di kalangan Muslim dan juga yang bukan Muslim.

Buku ini boleh didapati di ilhambooks, Gerakbudaya, mesej ke Facebook IRF atau email ke [email protected]


Softcover
– 168 pages

Publisher
– Islamic Renaissance Front (December, 2017)

Language
– Malay

ISBN
– 978-967-15201-3-0

Product Dimensions
– 5.75 x 8.5 x 0.3

Price
– RM40

Apa Yang Aku Yakini

 

Buku ini “Apa Yang Aku Yakini” merupakan sumbangan penting Tariq Ramadan dalam melakarkan autobiografinya yang ringkas yang menjabarkan idea-idea dasar yang dipertahankan dan diperjuangkan dalam kareernya sebagai pemikir dan aktivis dan intelektual Islam “yang kontroversial” di abad kedua puluh satu. Ia menayangkan falsafah pemikiran dan weltanschauung-nya yang dinamik dan progresif tentang dunia moden dan usahanya mencari makna yang hakiki seperti yang dipaparkan dalam salah sebuah karya pentingnya The Quest for Meaning: Developing a Philosophy of Pluralism terhadap pola pemikiran yang rencam dan jamak budaya ini.

Dalam buku ini, beliau merumuskan ikhtisar tentang sikap dan pendiriannya terhadap permasalahan budaya dan pertembungan antara dunia Islam dan Barat, dengan menganjurkan kepentingan untuk mengiktiraf dan menghargai kepelbagaian dan mempertahankan nilai dan prinsip kebebasan dan kemanusiaan. Ia menekankan kepentingan umat Islam untuk ikut serta dalam kehidupan dan proses demokratik di Barat dan mengimbau nilai-nilai keterbukaan yang harus dibangunkan kaum Muslim di Eropah bagi memungkinkan mereka memberi sumbangan yang positif dan realistik kepada perkembangan budaya dan moral yang universal.

Tidak syak lagi buku ini bakal menjadi pembuka mata kepada kekuatan dan kehebatan pengaruh Tariq Ramadan sebagai reformis yang sebenar, yang tidak cuma berhebat-hebat dengan retorik, tetapi berusaha membawa kedamaian dan kefahaman budaya yang jama‘i dan mempertahankan nilai moraliti dan idealisme kebebasan yang kritis dan ideal.

Buku ini boleh didapati di ilhambooks, Gerakbudaya, mesej ke Facebook IRF atau email ke [email protected]


Softcover
– 200 pages

Publisher
– Islamic Renaissance Front (December, 2017)

Language
– Malay

ISBN
– 978-967-15201-5-4

Product Dimensions
– 5.75 x 8.5 x 0.4

Price
– RM40

Sumbangan Imam Muhammad Abduh kepada Sains dan Teknologi

 

Buku Sumbangan Imam Muhammad Abduh kepada Sains dan Teknologi ini merumuskan falsafah pemikiran dan sumbangan Shaykh Muhammad Abduh kepada pengetahuan sains dan teknologi. Ia menyorot gagasan saintifik yang kritis yang digulirkan dalam karya-karya pentingnya seperti Al-Islam wa’l Nasraniyyah ma‘a al-‘Ilm wa’l-Madaniyyah [Islam dan Kristian dan Pendirian Keduanya terhadap Sains dan Peradaban], Risalah al-Tawhid, dan dalam kitab tafsirnya yang berbobot dan autoritatif Tafsir Juz ‘Amma dan Tafsir al-Manār. Konstruksi saintifik yang rasional ini dibawakan dalam pandangannya yang moden dan rasional tentang faham pemikiran, ijtihad, akal, rasionaliti, maslahat dan kebebasan.

Tulisannya membawakan gagasan dan pencerahan saintifik yang mendasar, dari tinjauan yang kritis terhadap ayat-ayat al-Qur’an yang mengilhamkan pemahaman saintifik yang fundamental. Ia menghimbau dan mengembangkan tafsiran moden yang digarap dari idea dan filsafat sains yang dinamik yang digulirkan oleh Sayyid Jamāl al-Dīn al-Afghānī. Abduh telah mengilhamkan kekuatan dan pencerahan yang bermakna dalam harakat perjuangan yang digerakkan menuju kebangkitan saintifik dan mencetuskan aspirasi penting dalam merekonstruksi pemikiran dan menciptakan asas pengetahuan sains yang progresif di dunia Islam.

Buku ini boleh didapati di ilhambooks, Gerakbudaya, mesej ke Facebook IRF atau email ke [email protected]


Softcover
– 168 pages

Publisher
– Islamic Renaissance Front (December, 2017)

Language
– Malay

ISBN
– 978-967-15201-1-6

Product Dimensions
– 5.75 x 8.5 x 0.3

Price
– RM35

Manhaj Islah Imam Muhammad Abduh

 

Islah merupakan sebuah istilah yang tidak asing lagi dengan batang tubuh seorang Imam, faqih lagi alim dari Mesir iaitu Muhammad Abduh. Beliau merupakan perintis perjuangan islah di Mesir di permulaan era yang bersinar dengan moderat, pembangunan dan kemajuan hampir di seluruh negara-negara Arab sebelum ia terjebak dengan kepercayaan yang mundur, kacau bilau dan ekstrimisme. Orang yang terbaik untuk memperkenalkan Abduh dan idealisme beliau adalah seorang penyelidik terkemuka dari Mesir iaitu Dr. Muhammad Imarah. Beliau telah menghabiskan hampir keseluruhan hidup beliau menggali hasil penulisan dan kerja intelektual tokoh-tokoh islah yang terkemuka pada era moden ini. Salah seorang daripada mereka ialah Imam Muhammad Abduh.

Buku ini ditulis bagi mengenang dan meraikan, mengiktiraf kerja keras dan hasil usaha para Mujaddid seperti Imam Muhammad Abduh, serta memberi nafas dan memperkenalkan semula warisan pemikiran mereka kepada generasi-generasi baru dengan khazanah intelektual dan kebudayaan mereka. Selain itu, ia adalah bagi mengimbau ahli fikir dan pengarang untuk mendiskusikan secara ilmiah tentang apa yang telah diaju dan dilontarkan oleh para reformis ini daripada gagasan dan ijtihad, supaya mereka juga dapat menyumbang dengan peranan mereka dalam menggembeling harakat nahdah dan islah.

Buku ini boleh didapati di ilhambooks, Gerakbudaya, mesej ke Facebook IRF atau email ke [email protected]


Softcover
– 346 pages

Publisher
– Islamic Renaissance Front (October, 2017)

Language
– Malay

ISBN
– 978-967-15201-0-9

Product Dimensions
– 6 x 9 x 0.7

Price
– RM60

Rekonstruksi Pemikiran Keagamaan Dalam Islam

 

Buku Rekonstruksi Pemikiran Keagamaan Dalam Islam ini merupakan kumpulan siri syarahan Allamah Muhammad Iqbal antara tahun 1928 hingga 1930. Ia menghimpunkan lontaran idea dan warisan pemikiran Iqbal yang luar biasa tentang ijtihad, intuisi, metafizik, falsafah esoteric Islam, tajdid dan pembaharuan pemikiran; yang melakarkan pernyataan yang autentik tentang ideologi dan pemikiran Iqbal yang mendasar.

Ia adalah sebuah karya penting Iqbal yang memaparkan idea-ideanya tentang pemikiran keagamaan, pemahaman tauhid, reformasi budaya, dan persuratan Islam. Buku ini memuatkan tujuh bab perbahasan dengan menggariskan tema-tema ringkas seputar pengetahuan dan pengalaman beragama, falsafah, konsep ketuhanan, wahyu, semangat kebudayaan Islam, prisip pergerakan dalam struktur Islam, keegoan manusia, serta kebebasan dan kelestariannya. Iqbal menegaskan aspirasi perubahan, kemodenan, dan ijtihad yang jelas dengan mengungkapkan:

Did the founders of our school ever claim finality for reasoning and interpretation?

Never!!

Penegasan ini lahir daripada inspirasi pembaharuan yang dicetuskan oleh Sir Sayyid Ahmad Khan dan merupakan penerusan kepada gagasannya dalam pencarian satu kerangka untuk memahami Islam dari perspektif moden. Dalam buku ini, Iqbal telah melakarkan visi Islam yang signifikan dan jelas ke arah rekonstruksi pemikiran dan ijtihad. Himbauan yang cekal dan berani, serta jauh melangkaui zamannya, yang dianggap tidak memahaminya. Sesungguhnya idealisme perubahan ini, yang dihimbau dalam karangannya ini, adalah demi untuk menggerakkan kesedaran agama dan mencetuskan kebangkitan serta menggembeling wacana perubahan serta pengembangan ijtihad.

Buku ini boleh didapati di ilhambooks, mesej ke Facebook IRF atau email ke [email protected]


Softcover
– 334 pages

Publisher
– Islamic Renaissance Front (September, 2017)

Language
– Malay

ISBN
– 978-967-10992-9-2

Product Dimensions
– 5.75 x 8.5 x 0.67

Price
– RM50 (Out of Order)

Tertutupnya Pemikiran Kaum Muslimin

 

Kadangkala, manusia yang melihat satu masyarakat dari luar dapat menawarkan kritikan yang lebih baik yang mungkin sangat membantunya. Hal ini mungkin benar malah ketika kritikan itu mungkin pada masa-masa tertentu datang dengan keras, jika bukan tidak ramah. “The Closing of the Muslim Mind,” tulisan Robert R. Reilly adalah salah satu buku tersebut. Fokus penulisnya adalah topik yang telah dibincangkan sebelum ini, tetapi masih tidak sepenuhnya disedari oleh kebanyakan umat Islam dalam dunia hari ini: Kemunduran pemikiran rasional dalam peradaban Islam, setelah abad-abad permulaan, dengan budaya taqlid yang melulu kepada kuasa autoriti. Penggantian “aql” atau nalar, dalam lain perkataan, dengan “naql” atau tradisi. Di dalam buku ini, pengarang berhujah bahawa masalah yang sebenar dalam masyarakat Islam; yang bermula daripada kejahilan, ketidaknyataan, ekstremisme, totalitarianisme, tidak tolerer; bukannya lahir daripada kekurangan dari sudut ekonomi, politik atau kekuasaan mereka; akan tetapi oleh kerana tahap intelektual dan idea mereka. Maka untuk mengatasi masalah ini, kita harus menangani permasalahan pada punca akar-umbinya, bukan hanya sekadar permukaannya saja. Masalah pemikiran kaum Muslimin, yang menghasilkan doktrin Islamisme dan membiakkan semacam kefanatikan agama dan terorisme; adalah pemahaman yang mendasari dalam realiti yang bermusuh terhadap falsafah dan kerasionalan, yang merupakan suatu produk hasil daripada proses yang panjang akibat daripada pembunuhan-sendiri intelek yang telah berlaku bertahun yang lampau. Maka di sini, Reilly menyiasat sebahagian daripada isu-isu yang fundamental tentang mengapa umat Islam, terutamanya mazhab Sunni, cenderung untuk menyingkirkan rasionaliti dan tampaknya hidup dalam ketidaknyataan. Tertutupnya pemikiran kaum Muslimin, sebagaimana yang diajukan daripada tajuk buku ini, lebih banyak terkait dengan pembangunan satu mazhab kalam yang khusus yang telah membekukan hampir kesemua mazhab sebelumnya ke dalam satu mazhab yang koheren lagi dominan – mazhab kalam Asha‘irah.

Buku ini boleh didapati di ilhambooks, mesej ke Facebook IRF atau email ke [email protected]. Ebook boleh didapati di Google Book atau Google Play


Softcover
– 116 pages

Publisher
– Islamic Renaissance Front (April, 2017)

Language
– Malay

ISBN
– 978-967-10992-8-5

Product Dimensions
– 4.75 x 8.5 x 0.2

Price
– RM35

Agama Lawan Agama

 

Tesis utama Ali Shariati dalam Agama Lawan Agama adalah bersandarkan pada fahamnya bahawa sejarah tidak pernah mengenali mana-mana era mahupun masyarakat yang sebenarnya tiada beragama. Tiada terdapat mana-mana manusia yang tiada beragama dalam mana-mana bangsa atau di mana-mana era; di dalam mana-mana fasa perubahan sosial, maupun dalam mana-mana daerah di makabumi ini. Hatta manusia atheis itu sekalipun sebenarnya beragama pada pemikirannya. Lantaran itu pertembungan yang berlaku di sepanjang sejarah pemikiran umat manusia adalah pertembungan antara manusia yang beragama atas dasar Tuhan yang Esa dengan yang mempunyai pelbagai Tuhan atau yang tiada Tuhan.

Dan konflik epistemologi sepanjang sejarah manusiawi adalah disimbolkan sebagai pertembungan antara agama yang berdasarkan legitimasi dan kekuasaan yang asasnya adalah kesyirikan dengan agama yang menyeru kepada revolusi kemanusiaan yang berasaskan tauhid. Agama legitimasi ini atau agama yang banyak Tuhan – samada Tuhan itu berupa suatu sembahan mahupun suatu kerajaan atau kekuasaan – yang berusaha untuk mengekalkan ketidaksetaraan yang telah membungkam umat manusia disepanjang sejarah. Tetapi agama Tauhid adalah agama yang membiaskan usaha Nabi dalam menhancurkan segala bentuk berhala anutan manusia, dan segala sistem hirarki sosial dan kekuasaan, dalam menegakkan sistem Tuhan yang berlandaskan keadilan dan kesetaraan.

Secara ringkas, epistemologi Shariati meletakkan nilai bagi agama Tauhid itu adalah dalam seruannya untuk menentang, memberotak, menidakkan, dan berani berkata ‘tidak’, dihadapan sebarang bentuk kekuatan dan kekuasaan.

Buku ini boleh didapati di ilhambooks, mesej ke Facebook IRF atau email ke [email protected]. Ebook boleh didapati di Google Play


Softcover
– 458 pages

Publisher
– Islamic Renaissance Front (March, 2017)

Language
– Malay

ISBN
– 978-967-10992-7-8

Product Dimensions
– 6.1 x 8.8 x 2.4

Price
– RM60

Wacana Pemikiran Reformis – Jilid III

 

Esei-esei dalam Wacana Pemikiran Reformis – Jilid III ini mengajukan mesej pencerahan dan pemerkasaan akal di samping meninjau pemikiran angkatan mujaddid dan reformis silam yang telah mengerahkan segenap ikhtiar mereka untuk mengembalikan kegemilangan umat ini. Apa yang dipersembahkan dalam penulisan buku ini adalah inisiatif pemikiran kritis dan progresif, manakala muatan esei-esei dalam buku ini adalah bukti kepada kesungguhan para penulisnya untuk menggali persoalan sinergi teori dan operasi di mana konsep asasnya ialah Tajdid Pemikiran atau membentuk sebuah Renaissance. Tajdid adalah dua serampang yang membentuk keperluan dalaman umat memahami agamanya dalam zamannya dan ia juga adalah keperluan luaran bagi menzahirkan kesungguhan Islam mengungguli cabaran semasa yang dihadapinya.

Buku ini boleh didapati di ilhambooks, mesej ke Facebook IRF atau email ke [email protected]


Softcover
– 134 pages

Publisher
– Islamic Renaissance Front (August, 2016)

Language
– Malay

ISBN
– 978-967-10992-6-1

Product Dimensions
– 5.75 x 8.5 x 0.2

Price
– RM35

Islam Di Persimpangan Jalan

 

Islam at the Crossroads adalah buku yang ditulis oleh Muhammad Asad. Buku ini pada asalnya diterbitkan di Delhi dan Lahore pada 1934, dan kemudian dicetak semula oleh Dar Al-Andalus dan Islamic Book Trust pada 1982 dengan nota tambahan daripada penulis. Buku ini pada asasnya merupakan seruan kepada umat Islam untuk menghindar taklid buta terhadap bentuk dan nilai sosial Barat, dan cuba untuk memelihara sebaliknya warisan Islam mereka, yang suatu masa dulu bertanggungjawab terhadap pelbagai-sudut fenomena sejarah, yang gemilang, yang terangkum dalam istilah “peradaban Islam”.

Asad mendedikasikan buku ini kepada “generasi muda Islam hari ini dengan harapan ia dapat memberi manfaat”.

Ebook boleh didapati di Google Book atau Google Play


Softcover
– 434 pages

Publisher
– Islamic Renaissance Front (July, 2016)

Language
– Malay

ISBN
– 978-967-10992-5-4

Product Dimensions
– 6.0 x 8.0 x 0.8

Price
– RM65 (Out of Order)

Islam, Sekularisme dan Demokrasi Liberal: Membentuk Teori Demokrasi Untuk Masyasrakat Muslim

 

Buku ini menganalisis hubungan antara agama, sekularisme dan demokrasi liberal dari sudut sejarah, teori, dan dalam konteks dunia Muslim kontemporari. Isu utamanya adalah demokrasi liberal memerlukan suatu bentuk dari sekularisme, tetapi serentak dengan itu juga sumber utama budaya dan intelektual yang dapat digunakan oleh Muslim demokrat adalah dari agama. Paradoks ini, makanya, telah menghantui ahli teori demokrasi.

Dalam Islam, Sekularisme, dan Demokrasi Liberal, Nader Hashemi mencabar kepercayaan yang telah dipegang secara meluas di kalangan ahli-ahli sains sosial bahawa politik keagamaan dan pembangunan liberal-demokratik adalah secara strukturnya tidak serasi. Tesis kedoktoran yang telah disemak semula ini secara fundamental telah berhujah untuk memikirkan semula teori demokrasi supaya ia menggabungkan pembolehubah-pembolehubah agama dalam pembangunan demokrasi liberal. Dalam proses itu, ia membuktikan bahawa teori asli sekularisme Islam tidak sekadar boleh dilaksanakan, bahkan ia adalah satu keperluan yang perlu untuk kemajuan demokrasi liberal dalam masyarakat Islam. Walaupun buku ini ditulis dalam gaya yang sesuai dengan pelajar, ahli akademik dan intelektual Barat, isu yang dibincangkan dalamnya amat penting bagi masyarakat Muslim dan sangat relevan untuk dibincangkan dalam kalangan komuniti mereka sendiri.

Terdapat tiga hujah utama yang dikemukakan: Pertamanya adalah, dalam masyarakat di mana agama adalah penanda utama identiti mereka, jalan menuju  demokrasi liberal mestilah merentasi pintu-pintu dari politik keagamaan. Kedua, sedang demokrasi liberal memerlukan sekularisme, tradisi agama tidak sedia dilahirkan dengan suatu pandangan sekular yang wujud dalam politik. Idea-idea ini perlu dibina secara sosial. Akhir sekali, hubungan yang intim wujud di antara reformasi agama dan pembangunan politik. Walaupun reformasi agama sering mendahului kemajuan politik, proses-proses tersebut adalah saling berkait. Pendemokrasian tidak memerlukan penswastaan agama tetapi ia memerlukan pentafsiran semula idea-idea agama yang kondusif kepada demokrasi liberal. Dengan melibatkan diri dalam pentafsiran semula ini, kumpulan-kumpulan agama boleh memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pengukuhan demokrasi.

Secara keseluruhan, buku ini berhujah untuk memikirkan semula teori demokrasi supaya ia menggabungkan pembolehubah-pembolehubah agama dalam pembangunan dan pembinaan sosial suatu demokrasi liberal.

Buku ini boleh didapati di Gerakbudaya dan ilhambooks. Juga boleh didapati secara terus dengan menghubungi Facebook IRF atau email ke [email protected]


Softcover
– 402 pages and 16 pages of photographs

Publisher
– Islamic Renaissance Front (April, 2016)

Language
– English

ISBN
– 978-967-10992-4-7

Product Dimensions
– 5.75 X 8.5 X 1.0

Price
– RM80

The Real Cry of Syed Shaykh al-Hady

 

SYED Shaykh al-Hady, militant reformer of Islām and Muslims, has yet to be fully recognised nationally in Malaya for his contribution to the liberation of Muslim consciousness.

SYED Shaykh has yet to be recognised internationally for the part he played in this Malay extremity of the reformist movement started by the modernising theoreticians of the Islamic world, Jamāl al-Dīn al-Afghānī, Egypt’s Muhammad ‘Abduh, Rashīd Rida and others.

This book is available at Gerakbudaya and ilhambooks.


Softcover
– 442 pages

Publisher
– Islamic Renaissance Front (January, 2016)

Language
– Malay

ISBN
– 978-967-10992-3-0

Product Dimensions
– 5.75 x 8.5 x 0.85

Price
– RM50

Islam Tanpa Keekstreman: Berhujah Untuk Kebebasan

 

Sebuah manifesto provokatif bagi sebuah penafsiran Islam yang menyepadukan idea-idea liberal dan penghormatan terhadap tradisi Islam Daripada tindak balas kemarahan berkenaan dengan kartun-kartun Nabi Muhammad terhadap penindasan wanita; berita-berita daripada dunia Muslim telah menimbulkan sebuah persoalan, iaitu: Adakah Islam bertentangan dengan kebebasan? Dengan sebuah pandangan simpatik terhadap liberalisme Barat dan teologi Islam, Mustafa Akyol menjejak akar-akar ideologi dan pensejarahan bagi politik Islam. Tahun-tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad pada tahun 632M telah memperlihatkan sebuah “peperangan idea” intelektual antara Kaum Rasionalis, iaitu mazhab Islam yang fleksibel lagi rasional dengan mazhab Islam yang lebih dogmatik dan kaku daripada kalangan Kaum Tradisionalis. Mazhab tradisionalis telah memenangi “peperangan” tersebut dan mengembangkan persepsi bahawa Islam adalah sebuah antitesis kepada kemodenan yang mengakibatkan kelesuan dan kebekuan intelektual umat ini. Namun begitu, melalui tinjaun semulanya secara berhati-hati terhadap arus pemikiran Muslim, Akyol meneroka sebuah pengembangan liberalisme di Empayar Turki Uthmaniyyah pada kurun ke-19 dan “sintesis Islam-liberal” yang unik di Turki pada hari ini. Beliau secara tegasnya menyatakan bahawa, hanya dengan menerima sebuah negara sekular sahaja maka masyarakat Islam boleh berkembang maju. Dengan pendekatan yang menakjubkan dan meyakinkan, Islam Tanpa Keekstreman – Berhujah Untuk Kebebasan inimenawarkan sebuah dasar intelektual yang sangat diperlukan bagi perdamaian antara Islam dengan kebebasan agama, politik, ekonomi, dan sosial.

Sebagai respons kepada kegusaran yang melanda dunia hari ini , Mustafa Akyol telah menulis buku “Islam Without Extremes” yang diterjemahkan sebagai “Islam Tanpa Keestreman” serta menyiapkan pelbagai hujah bagi mendepani kekeliruan serta gambaran yang buruk dan ganas akan agama Islam dan Muslim seperti yang sering dimainkan oleh media-media dunia.

Beliau membawa pembaca menilai semula sejarah awal masyarakat Muslim sejak dari zaman Nabi dan bagaimana institusi politik Islam mula berkembang. Akyol berhujah bahawa “Ide kebebasan–baik dari segi teologi, politik, mahupun ekonomi–bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia Islam seperti yang sering digembar-gemburkan,” namun ide ini secara perlahan-lahan mula digantikan dengan ide yang bersifat konservatif.

Dalam penulisan ini Akyol melihat perubahan yang bermula pada era pertembungan dua mazhab utama teologi Islam; Mazhab Rasionalis bertemu dengan Mazhab Literalis, yang kemudiannya berakhir apabila mazhab Literalis berjaya menjadi mazhab yang dominan dalam perbahasan Islam untuk beberapa abad selepasnya. Doktrin-doktrin literalis ini kemudiannya dipolitikkan dan menjadi landasan tumbuhnya budaya autorotarianisme di dunia Islam

Buku Akyol ini adalah satu refleksi yang sangat penting, disusun dengan hujah dan analisis yang berlandaskan Al Qur’an, Hadith, dan pengalaman peribadi beliau sendiri dalam memerhati perkembangan politik Turki. Suara penulisan beliau adalah suara yang segar dan progresif, serta mengangkat visi liberal dan progresif yang sangat diperlukan dalam dunia Islam hari ini.

Buku ini boleh didapati secara terus dengan menghubungi Facebook IRF atau email ke [email protected].


Softcover
– 404 pages

Publisher
– Islamic Renaissance Front (October, 2014)

Language
– Malay

ISBN
– 978-967-10992-2-3

Product Dimensions
– 6.1 x 8.8 x 2.5

Price
– RM50 (Out of Order)

Wacana Pemikiran Reformis – Jilid II

 

Semua mazhab reformis bersetuju bahawa kerana rempuhan kesejagatan dan perubahan lapangan pengetahuan yang pantas, kita kini dicengkam dengan pertanyaan yang berkait dengan kelangsungan preskripsi Islam dalam era baru ini.

Terdapat semakin ramai dikalangan Muslim yang mula mendakwa bahawa keupayaan tertinggi adalah akal manusia, yang kita harus gunakan bagi membolehkan kita menjadi khalifah Tuhan yang sebenar di bumi. Hal ini adalah teras daripada Pencerahan dan Renaisans di mana hanya melalui akal kita dapat memahami matlamat tertinggi atau maqāsid agama kita.

Islah (Reformasi) dan tajdid (Pembaharuan) menuntut tidak hanya sumbangan ulama’ yang setara dalam kedua-dua teks dan konteks tetapi juga keterlibatan yang kritis dan imaginasi yang kreatif daripada kelompok massa Muslim khususnya kaum intelektuil. Ia adalah suatu seruan untuk menimbangkan semula sumber melalui rekonsiliasi mereka yang wajar dengan dunia, evolusinya dan pengetahuan manusia supaya dhamir Muslim kontemporer akan ulet dengan zaman moden dan cabarannya.

Buku ini, yang memuatkan antologi esei ditulis oleh kalangan yang menganut semangat reformasi Islam dan pemikiran kritikal. Ia menuntut kita untuk menggunakan daya nalar kita secara maksima untuk mendepani cabaran yang makin mencabar dalam dunia moden.

Buku ini boleh didapati secara terus dengan menghubungi Facebook IRF atau email ke [email protected].


Hardcover
– 252 pages

Publisher
– Islamic Renaissance Front (June, 2012)

Language
– Malay

ISBN
– 978-967-10992-1-6

Product Dimensions
– 6.1 x 8.8 x 1.8

Price
– RM50 (Out of Order)

Wacana Pemikiran Reformis – Jilid I

 

Antologi Wacana Pemikiran Reformis merupakan sebuah koleksi yang memuatkan artikel-artikel yang pernah diterbitkan oleh Islamic Renaissance Front (IRF) semenjak dilancarkan secara rasmi oleh Prof Tariq Ramadan pada 9 Disember 2009 di Auditorium, Securities Commission, Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Buku ini boleh didapati secara terus dengan menghubungi Facebook IRF atau email ke [email protected].


Hardcover
– 384 pages

Publisher
– Islamic Renaissance Front (March, 2012)

Language
– Malay

ISBN
– 978-967-10992-0-9

Product Dimensions
– 6.5 x 8.6 x 1.8

Price
– RM20 (Out of Order)

Risalah al-Qur’an – Juz 30

 

Terjemahan ini berasal daripada karya Inggeris al-‘Allamah Muhammad Asad berjudul “The Message of the Qur’an”. Ia lahir daripada ilham dan daya usaha Dr. Ahmad Farouk Musa, Pengerusi dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) untuk memperkenal dan mengemukakan sebuah terjemahan baru “The Message of the Qur’an” dalam bahasa Melayu. Kitab “The Message of the Qur’an” ini merupakan antara karya tafsir yang paling berpengaruh di abad ke-20. Ia dihasilkan dengan kekuatan intelektual dan hermeneutik yang tersendiri.

To get your copy, you may contact us at;

Islamic Renaissance Front
Level 8, Pavilion KL,
168 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Malaysia.

E-mail: [email protected]
Phone: +603-9205-7733
Fax: +603-9205-7788