Mahmoud Mohamed Taha: Idea Kebebasan dan Aspirasi Demokratisnya
October 14, 2016

Ahmad Nabil Amir

“No person is perfect enough to be entrusted with the liberty and dignity of others” [Mahmoud Mohamed Taha]

1.Para2Tulisan ini membincangkan pemikiran Al-Ustaz Mahmoud Mohamed Taha (1909- 1985), fikrah dasar yang diperjuangkannya dalam pergelutan politik Islam di Sudan, sumbangan dan legasinya dalam pembentukan Ikhwan al-Jumhuriyyin (Republican Brothers), atau New Islamic Mission dan pertembungannya dengan rejim Jaafar Numeiry, dalam percaturan politik yang berakhir dengan kesyahidannya pada 18 January 1985.

Sosok pemikir yang kontroversil dan radikal, beliau mencetuskan pandangan revolusioner tentang idealisme kebebasan, keadilan dan keuniversalan risalah Islam yang berseberangan dengan dogma ortodoks yang didukung oleh rejim otokratik. Ide-ide ini dijabarkan dalam bukunya The Second Message of Islam (al-Risalah al-Thaniyah min al-Islam – yang diterjemahkan oleh Abdullahi Ahmed An-Na‘im daripada naskhah asal bahasa Arab) yang menzahirkan pandangan pelopornya tentang teks Mekah sebagai risalah kedua Islam yang menegakkan ideal etika, kesusilaan bagi melahirkan mujtama salih, yang dicirikan oleh kebebasan agama, harga diri insan, prinsip demokratis, kebebasan politik dan syari’at yang sejagat. Ia menekankan tentang hak asasi manusia yang fundamental, persamaan lelaki dan wanita, dan kebebasan yang mutlak, yang melangkaui garis agama, ras, dan jantina; berbeza dengan teks Madinah yang bersifat pragmatik dan khusus kepada sistem dan kasus pemerintahan yang terikat dalam konteksnya.

Menurut Taha, kesempurnaan syari’at terdiri dengan kemampuannya “untuk berkembang, menyerap keupayaan individu dan masyarakat, dan menuntun kehidupan tersebut menaiki tangga pembangunan yang berterusan.” Cita-cita kemanusiaan ini dilakarkan dengan tuntas dalam bukunya The Second Message of Islam yang mengetengahkan pandangan moden tentang Islam dan undang-undang syari’at – usaha penafsiran ulang terhadap al-Qur’an dari perspektif baru yang bersifat demokratis – dengan menggagaskan peralihan daripada teks Madinah (al-Risalah al-Ula fi al-Islam) yang konkrit kepada teks Mekah (al-Risalah ath-thaniyah fi al-Islam) yang prinsipal dan fundamental:

“This evolutionary process begins by moving from the First (based on the Medinan revelations) to the Second Message (based on the Meccan revelations) of Islam. The “subsidiary verses” of the First Message which allowed concessions to a backward and barbaric society in the 7th century have become irrelevant for the new era, the twentieth century, while the Meccan verses now form the basis of the legislation for modern society”(Taha 1987: 40f).

[Proses evolusi ini bermula dengan beralih dari Risalah Pertama (wahyu Madinah) kepada Risalah Kedua Islam (wahyu Mekah). “Ayat-ayat subsider” daripada Risalah Pertama yang mengizinkan keloggaran bagi masyarakat yang barbarik dan terkebelakang pada kurun ke-7 Masihi telah menjadi tidak relevan bagi era yang baru, kurun kedua puluh, sementara ayat-ayat Makkiyyah kini membentuk asas bagi perundangan masyarakat moden.]

2.Para7Semangat pembaharuan yang ideal dan interpretasi Islam yang moden ini berusaha menterbalikkan “nasakh”, di mana teks yang dinasakhkan dahulu, digunapakai dan teks yang pernah dipakai dahulu yang membentuk syari’ah dimansuhkan. Ia memberikan alternatif kepada perspektif moden tentang risalah kedua Islam – syari’at yang humanis, demokratis, substantif dan egaliter yang diilhamkan dari teks Mekah dan menggantungkan dahulu syariah historis dari teks Madinah.

Berlandaskan prinsip universal, dan nilai kemanusiaan, dan hak asasi ia membawa pembaharuan intelektual dan faham kebebasan dan kesedaran Islam yang tersendiri yang diilhamkan daripada pemahaman teks al-Qur’an yang manusiawi, seperti dijelaskan dalam pengenalan buku ini, “This book, The Second Message of Islam, is new in every respect…Besides being new, it is also totally “strange”, that is, unexpected, since it proclaims the return of a renewed Islam.”

Ia mewakili tahap saintifik daripada agama yang berpusat pada individu dan kebebasan peribadi yang mutlak, idea yang ditekankan dalam konteks kebebasan dan ketundukan kepada al-Qur’an dan Sunnah, dengan kemerdekaan diri sebagai tujuan terakhir, “The idea behind imitating the Prophet is to allow everybody to recast and remold his character so as to develop his total personality. This development takes place by the release of all types of inherited and acquired psychological complexes which are the chief enemy of freedom”.

Pandangan kebebasan ini juga dirakamkan dalam warkah dari Mahmud Taha kepada Prof. John Voll yang menzahirkan pemahaman yang asli tentang konsep hurriyyah dan memberi penafsiran yang mendalam tentang idea kebebasan dan kemerdekaan dan nilai peradaban yang signifikan “Our present civilization of collectivism and impersonal bigness is giving way to the age of small things—the individual, the- man- in- the- street. Every individual is, authentically, an end in himself. He is not a means to any other end. He-even if he were an imbecile–is a “God” in the making, and must be given the full opportunity to develop as such…”

Idea kebebasan individu yang diperjuangkannya ini turut dipaparkan dalam bukunya Shalat Perdamaian, yang menekankan kebebasan ikhtiar dan kesanggupan individu berfikir mengikut apa yang dia kehendaki, “setelah berdamai dengan dirinya sendiri”, falsafah kebebasan yang menentukan yang memberi dampak yang besar kepada masyarakat, yang diperoleh dari tasyri‘ salat:

“Perdamaian tidak akan ada di dunia ini kecuali apabila setiap individu bisa berdamai dengan dirinya sendiri. Seorang individu tidak akan bisa berdamai dengan diri sendiri kecuali apabila dia dapat berfikir sesuai dengan apa yang dia kehendaki, berkata dengan apa yang dia fikirkan, serta bertindak seperti apa yang dia katakan. Dan kemudian dampak dari tindakannya selalu baik bagi masyarakat. Dialah invidu bebas itu. Dan tasyri‘ paling agung yang mendidik individu bebas untuk mencapai kebebasan mutlaknya adalah shalat! Kerna salat sebenarnya adalah, bergaul dengan Tuhan tanpa lengah darinya, dan bergaul bersama makhluk tanpa menyakiti dan disakiti.”

 

3.Para13Keuniversalan Islam

“The divides are not Islam and Western society, the divide is between people who have different values. We must promote connections between people who want to contribute to human values. People who share that commitment can collaborate across cultural divides.” – Abdullahi Ahmed An-Na’im

[Pembahagiannya bukan antara Islam dan masyarakat Barat, pembahagiannya adalah antara manusia yang mempunyai nilai-nilai yang berbeza. Kita harus menggalakkan perhubungan antara manusia yang mahu menyumbang kepada nilai-nilai kemanusiaan. Manusia yang berkongsi komitmen tersebut dapat bekerjasama merentasi jurang budaya].

Pemahaman yang mendasar tentang aspirasi universal yang digagaskan Mahmud Taha digarap dalam bukunya, The Second Message of Islam yang membawa pesan kesejagatan dan gagasan humanis. Buku yang dihasilkan dari kontemplasinya yang mendalam ini menegaskan aspirasi persaudaraan umat manusia yang universal, dan kekuatan perpaduan yang ideal seperti diungkapkan pada halaman pertamanya, yang didedikasikan kepada kemanusiaan:
To humanity! Good tidings…and greetings. Good tidings it is that God has in store for us such perfection of intellectual and emotional life as no eye has ever seen, no ear has ever heard, and has never occurred to any human being. Greetings to Man, as he stirs today in the womb of parturient humanity, and the dawn of birth breaks.”

[Kepada kemanusiaan! Khabar gembira…dan selamat datang. Khabar yang gembira di mana Tuhan telah menaruhkan bagi kita kehidupan intelek dan emosi yang sempurna yang tiada mata pernah melihat, tiada telinga pernah mendengar, dan tidak pernah terjadi kepada mana-mana manusia. Selamat datang kepada Manusia, ketika dia bergerak hari ini dalam rahim yang melahirkan kemanusiaan, dan fajar kelahiran telah menjelang.]

Faham kesejagatan yang dikembangkan ini mendakap nilai kemanusiaan yang universal dan plural. dan semangat persaudaraan yang tulen yang mempertahankan aspirasi universal dan rencam budaya. Menurutnya sementara teks Madinah sesuai untuk zamannya sebagai landasan perundangan Islam, teks yang diwahyukan di Mekah memperlihatkan agama yang ideal, yang akan dihidupkan semula ketika kemanusiaan mencapai tahap pembangunan yang berupaya menerimanya, mengantarkan Islam yang diperbaharui berasaskan kebebasan dan persamaan.

 

4.Para16.RDemokrasi dan Kebebasan

The coercive enforcement of Shari‘a by the state betrays the Qur’an’s insistence on voluntary acceptance of Islam

“Penguatkuasaan Shari‘ah dengan paksaan oleh negara sebenarnya mengkhianati desakan al-Qur’an agar penerimaan Islam seharusnya secara sukarela”

[Abdullahi Ahmed An-Na’im, Islam and the Secular State: Negotiating the Future of Shari‘a]

Taha memperjuangkan idealisme kebebasan dan demokrasi, menolak ketidakadilan dan diskriminasi terhadap lelaki dan wanita, dan menghujahkan bahawa Islam konsisten dalam mempertahankan hak asasi, prinsip persamaan, keadilan dan karamah insaniyyah – nilai jama‘i – pluralisme – yang konsisten dengan ajaran agama; seperti yang dibayangkan dalam bukunya The Second Message of Islam: “Prinsip dasar Islam bahwa manusia memiliki kebebasan, namun sifatnya adalah kebebasan yang bertanggungjawab tanpa melanggar hak orang lain, dalam hal ini hukum mengatur agar tidak terjadi perbenturan antara kepentingan baik individual maupun sosial… kerana pada awal penyebaran Islam tidak dilakukan dengan paksaan tetapi dilaksanakan secara persuasif sehingga masyarakat masuk Islam secara sukarela.” (1996, 132-137)

Taha memproyeksikan peranan syari’ah yang positif dan mampan dengan kondisi sosio-politik, dan budaya yang dinamis. An-Naim dalam pengantarnya kepada buku The Second Message of Islam menegaskan bahawa idea tentang hak asasi dan kerakyatan lebih konsisten dengan prinsip Islam dari dakwaan kononnya negara Islam seharusnya menguatkuasakan shari‘ah. Beliau menolak konsep perlembagaan negara Islam (al-dustur al-Islam) seperti yang dipraktikkan di Saudi dan Afghanistan, yang menurutnya bertentangan dengan tradisi Islam; sebaliknya mendukung sekularisme yang bersifat pasif, iaitu negara yang bersifat neutral yang menetapkan undang-undang bagi kesemua rakyat, dan meninggalkan urusan keyakinan dan keimanan pada masing-masing individu serta memberi kebebasan mengamalkan kepercayaan yang diyakini oleh setiap individu.

An-Na‘im menegaskan sebagaimana negara harus terjamin daripada penyalahgunaan autoriti agama, maka demikianlah syari’ah juga harus bebas daripada campurtangan negara. Menurutnya, perlembagaan dasar harus berasas kepada penalaran sivik yang dapat diakses kepada rakyat daripada semua agama iaitu, sifat sekular yang neutral kepada doktrin agama dan tidak mengklaim atau berpura-pura memaksakan undang-undang agama Islam. Malah, menurutnya, idea tentang “negara Islam” adalah berpangkal daripada idea Eropah tentang negara dan hukum, dan bukan sama sekali daripada shari‘ah atau tradisi Islam.

Hujah ini diperkukuh oleh Ahmad Farouk Musa, Direktur Islamic Renaissance Front dalam syarahannya tentang “A Civil State: Ideas and Challenges” di Pulau Pinang yang menunjukkan penerimaan ahli fikir Islam yang utama terhadap faham demokratis dan menolak tuntutan puak Islamis mendirikan negara Islam:

“Sebahagian ulama’ dan pemimpin Islam – seperti Syeikh Yusuf al-Qaradawi atau pemimpin Tunisia, Syeikh Rachid Ghannouchi – telah sedia menerima prinsip demokrasi. Bagi mereka, ia tidak bertentangan dengan idea tentang Islam sebagai projek politik. Juga, pemimpin Islam daripada parti Hamas Algeria, Mahfoud Nahnah, muncul sebagai sosok pertama yang tidak lagi memperkatakan tentang Negara Islam tetapi sebaliknya memperjuangkan sebuah Negara Madani – A Civil State. Hal ini adalah suatu kenyataan yang mengesahkan bahawa pemimpin Islam ingin menjarakkan diri mereka daripada faham “sekularisme,” yang dilihat dalam dunia Arab sebagai trengkas kepada rempuhan westernisasi atau pembaratan, sementara melenyapkan idea tentang “Negara Islam,” yang diburukkan dengan kerumitan muatannya yang membawa beberapa konotasi negatif. Pengalaman Iran pula telah mencipta impresi yang meluas bahawa negara Islam akan menjadi bentuk teokrasi yang dikemudi oleh aparat agama sama seperti hirarki Shiah di Iran. Persepsi ini sangat meluas di mana kelompok Islamis telah didesak untuk mengolah semula istilah dan memaknakan konsep mereka dengan lebih tepat.”

 


Syari’at Demokratis

The constitutionality of law, according to the Second Message of Islam, means that a law must successfully reconcile the individual’s need for absolute individual freedom with society’s claim of total social justice – Republican Brothers

[Keperlembagaan undang-undang, menurut The Second Message of Islam, bermakna bahawa undang-undang harus berhasil mendamaikan keperluan individu bagi kebebasan peribadi yang mutlak dengan tuntutan masyarakat terhadap keadilan sosial yang menyeluruh]

5.Para22Komentar atau syarah yang ekstensif terhadap buku The Second Message of Islam ini diperlihatkan dengan jelas dalam buku Abdullahi Ahmed An-Naim, Toward an Islamic Reformation: Civil Liberties, Human Rights, and International Law-nya yang melantarkan asas intelektual bagi interpretasi ulang yang menyeluruh terhadap sifat dan makna undang-undang awam Islam.

Dalam kata pengantarnya kepada buku ini, John Voll mencatatkan pengaruh yang signifikan daripada pemahaman Islam moden dari aliran dan tradisi pemikiran Mahmoud Mohamed Taha, dan pengaruhnya terhadap An-Na‘im yang banyak terkesan dengan ajaran dan penulisan Mahmoud Mohamed Taha, yang terus kental mempertahankan legasi dan idealisme yang diperjuangkan dan diihamkannnya:
In recent years, An-Na‘im has been lecturing and writing, primarily outside of the Sudan. He feels that it is his responsibility to take the basic teachings of Taha and develop them. He has been writing in his own field of specialization, public law, reinterpreting Islamic law from the perspective of the teachings of Mahmoud Mohamed Taha. This book represents the culmination of years of study and writing. An-Na‘im feels that it provides the necessary next step in the mission of Islamic transformation begun by Mahmoud Mohamed Taha. An-Na‘im believes that secular ideologies will have little appeal in the long run for the Muslim.

“To seek secular answers is simply to abandon the field to the fundamentalists, who will succeed in carrying the vast majority of the population with them by citing religious authority for their policies and theories. Intelligent and enlightened Muslims are therefore best advised to remain within the religious framework and endeavor to achieve the reforms that would make Islam a viable modern ideology.”” (1990, xii)

[Untuk mencari jawapan yang bersifat sekular (kepada kondisi Muslim) adalah sama dengan meninggalkan lapangan itu kepada kaum fundamentalis, yang akan berhasil dalam membawa majoriti terbesar daripada masyarakat bersama mereka dengan menyitir autoriti agama bagi polisi dan teori mereka. Umat Islam yang cerdas dan tercerah adalah justeru terbaik dinasihatkan untuk kekal dalam kerangka agama dan berusaha untuk mencapai pembaikan dan islah yang akan menjadikan Islam sebagai ideologi yang terus tangkas berdaya]

Pada prinsipnya, demokrasi yang ditekankan Mahmoud Taha berusaha mewujudkan keadilan dan keseimbangan politik. Hal ini ditelusuri daripada bukunya yang kritis The Second Message of Islam yang menguraikan asas dan menggariskan unsur-unsur demokrasi yang mendasar. Dalam menanggapi idea dan semangat demokratis yang diperjuangkannya, ia mengungkapkan aspirasi hukum yang digarap daripada falsafah Islam dan tradisi intelektualnya dan visi moral yang ditegakkannya. Aspek yang diperjuangkan adalah pembaharuan hukum dan reformasi undang-undang dan rekonstruksi pemikiran dan kedinamikaan syari’ah. Demikian ini adalah dalam rangka mempertahankan prinsip keadilan, nilai maslahah dan rahmah daripada penurunan syari’ah.

6.Para27Dan ini adalah seperti yang diuraikan oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah, ahli fiqih dan jurispruden abad pertengahan dalam kitabnya I‘lam al-Muwaqqi‘in ‘an Rabb al-‘Alamin dalam menggambarkan hikmah syar‘iyyah yang diterjemahkan sebagai:

The Shari‘a is God’s justice among His servants and His mercy among His creatures. It is God’s shadow on earth. It is His wisdom, which leads to Him in the most exact way and the most exact affirmation of the truthfulness of His Prophet. It is His light, which enlightens the seekers and His guidance for the rightly guided. It is the absolute cure for all ills and the straight path which if followed will lead to righteousness…It is life and nutrition, the medicine, the light, the cure and the safeguard. Every good in this life is derived from it and achieved through it, and every deficiency in existence results from its dissipation. If it had not been for the fact that some of its prescriptions remain [in this world], this world would become corrupted and the universe would be dissipated…If God would wish to destroy the world and dissolve existence, He would void whatever remains of its injunctions. For the Shari‘ah which was sent to His prophet…is the pillar of existence and the key to success in this world and the Hereafter.”

Idealisme dan visi moral yang substantif inilah yang ditekankan oleh Mahmoud Taha dalam bukunya The Second Message of Islam yang memperjuangkan kebebasan dan pemahaman Islam yang liberal dan humanis. Isu-isu moral dan ideologi yang diperjuangkannya ini dirungkai oleh Abdullahi Ahmed An-Naim dalam pengantarnya kepada buku tersebut:

One cannot exaggerate the importance of his humane and liberating understanding of Islam as an alternative to the cruel and oppressive interpretation underlying recent events in Iran, Pakistan, and Sudan, and the equally negative traditionalist view prevailing in Saudi Arabia and other parts of the Muslim world.” –

[Seseorang tidak dapat melebih-lebihkan kepentingan pemahaman Islamnya yang manusiawi dan bebas sebagai alternatif kepada interpretasi yang kejam dan menindas yang mendasari peristiwa mutakhir di Iran, Pakistan, dan Sudan, dan pandangan negatif yang sama daripada puak tradisionalis yang berleluasa di Arab Saudi dan bahagian-bahagian lain dari dunia Islam.]

7.Para31Dalam memahami konsep dan cabaran sebenar daripada idea demokrasi dan interpretasinya yang konklusif, Khaled Abou El Fadl, Profesor Undang-Undang dari UCLA School of Law menjelaskan dalam artikelnya Islam and the Challenge of Democracy tentang interpretasi yang berbeza dari konsep syariah dan hubungannya dengan aspirasi demokratik, dan faktor penerapan dan implementasinya oleh manusia yang menentukan dalam mempertahankan kedinamikannya.

The Shari‘a, for the most part, is not explicitly dictated by God. Rather, Shari‘a relies on the interpretive act of human agent for its production and execution.”

[Shari‘ah, sebahagian besarnya, tidak secara eksplisit didikte oleh Tuhan. Sebaliknya, Shari‘ah bergantung kepada tindakan interpretatif daripada agen manusiawi bagi penghasilan dan pelaksanaannya]

Tinjauan ini diperkukuhnya lagi dengan interpretasinya yang konklusif berkisar tentang komitmen terhadap prinsip demokrasi dan idea kebebasan dan tentangannya dengan syariah Islam:

It is important to acknowledge that regardless of the practical merits identified, there are serious conceptual challenges that stand as if an obstacle to a democratic commitment in Islam namely, the religious law of Shari‘a, and the idea that the people, as the sovereign, can be free to flout or violate Shari‘a law.”

[Maka adalah penting untuk mengakui bahawa tanpa mengira kelebihan yang praktis yang dikenalpasti (dari demokrasi), terdapat cabaran konsepsual yang serius yang menjadi seakan suatu rintangan kepada komitmen demokratis dalam Islam yakni, undang-undang agama dari syari’ah, dan idea bahawa rakyat, sebagai entiti yang berdaulat, bebas untuk mengingkari atau menyalahi undang-undang Shari‘ah].

8.Para35.RDemikian inilah pertentangan yang masih membelenggu dan merongrong usaha menegakkan sistem politik dan dasar-dasar perundangan yang praktis menurut prinsip dan ketentuan hukum Islam dengan interpretasi syari’at yang koheren di abad moden.

 

Kesimpulan

Peranan al-Ustaz Mahmoud Mohamed Taha dalam perjuangan kemerdekaan dan gerakan reformasi politik dan sosial di Sudan dan pergelutannya dengan kuasa rejim otokratik telah menyumbang kepada perkembangan pengaruhnya yang dramatik dan meluas dan memberi kesan politik dan agama yang fundamental kepada kebangkitan aspirasi Islam moden yang moderat yang dibawanya. Hal ini seperti dibayangkan oleh Abdullahi Ahmed An-Naim dalam pengantar kepada buku terjemahannya The Second Message of Islam:

Although originating in Sudan, where he lived all his life and did all his religious and intellectual work, his thought seems destined to have lasting and far-reaching consequences throughout the Muslim world. It is even possible that eventually it may influence the course of international events.”

[Walaupun berasal daripada Sudan, di mana beliau menghabiskan seluruh kehidupannya dan menjalankan semua kerja agama dan intelektualnya, pemikirannya tampak ditakdirkan untuk mempunyai konsekuen yang berpanjangan dan meluas di seluruh dunia Islam. Ia malah mungkin bahawa akhirnya ia dapat mempengaruhi aliran peristiwa sejagat]

Taha membawa aspirasi politik yang memberi penekanan yang besar kepada idea pembaharuan, kebebasan, persamaan dan pluralisme dan kesedaran demokratik dan nilai perjuangan yang merangkul idea agama dan kerakyatan. Visi Islam Mahmoud Mohamed Taha memperlihatkan kerangka pemikiran dan pandangan intelektual yang liberal dan inklusif – mazhab yang memperjuangkan syari’at yang demokratis – yang berbentur dengan polisi dan undang-undang Islam yang ortodoks yang dipraktikkan kerajaan Sudan. Perjuangan dan pengorbanannya juga telah memberi suatu alternatif kepada Islamisme dengan paradigma dan aspirasi Islam moden yang dibawa dalam merespon kepada ketidaktentuan politik dan masa depan syari’ah yang mencabar.


Dr Ahmad Nabil Amir adalah Ketua Umum, Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front dan seorang Sarjana Kedoktoran dalam bidang Usuluddin daripada Universiti Malaya.


 

Bibliografi

Abdullahi Ahmed An-Na’im, Toward an Islamic Reformation: Civil Liberties, Human Rights, and International Law (Syracuse, N.Y.: Syracuse University Press, 1990)

Abdullahi Ahmed An-Na’im, Islam and the Secular State: Negotiating the Future of Shari‘a (Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press, 2008)

Akhmad Jenggis P., 10 Isu Global di Dunia Islam, ed., Fuadi Afif (Yogyakarta: NFP Publishing, 2012)

Azwarfajri, “Pemikiran Mahmoud Mohamed Taha tentang Syari’at yang Humanis,” Jurnal Substantia, vol. 15, no. 2, Oktober 2013, pp. 206-217.

Khalid Duran, “An Alternative to Islamism: The Evolutionary Thought of Mahmoud Taha,” Cross Currents, volume 42, number 4, Winter 1992-1993, pp. 453-467.

Khaled Abou El Fadl, Islam and the Challenge of Democracy, diedit oleh Joshua Cohen, Deborah Chasman (New Jersey: Princeton University Press, 2004).

Khaled Abou El Fadl, Reasoning with God: Reclaiming the Shariah in the Modern World (Roman and Littlefield, 2014).

Mahmoud Mohamed Taha, The Second Message of Islam. Diterjemahkan oleh Abdullahi Ahmed An-Na’im (Syracuse, N.Y.: Syracuse University Press, 1987).

Mahmoud Mohamed Taha, Syari‘ah Demokratik. Diterjemahkan oleh Nur Rachman (Surabaya: Lembaga Studi Agama dan Demokrasi, 1996).

Mohd Syazreen Abdullah (9 Feb 2014). “Risalah Kemanusiaan dan Keadilan dalam Islam”. http://irfront.net/post/articles/risalah-kemanusiaan-dan-keadilan-dalam-islam/ diakses 6 September 2016.

Packer, George (11 September 2006). “The Moderate Martyr”. The New Yorker. Diakses 18 Disember 2015.

Packer, George (23 November 2013). “Menjadi Syahid kerana Kesederhanaan”. http://jalantelawi.com/2013/11/menjadi-syahid-kerana-kesederhanaan/ (diterjemahkan oleh Ammar Gazali) Diakses 11 Julai 2016.

Syaipul Rohman, “Konsep Demokrasi Menurut Mahmoud Mohamed Taha (1911 M- 1985 M) (Studi Terhadap Karya The Second Message of Islam)” (Skripsi Sarjana, Ilmu Hukum Islam, Fakultas Syari‘ah, Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogyakarta, 2008).

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022