Sinopsis Buku “Tertutupnya Pemikiran Kaum Muslimin”
July 27, 2017

Sinopsis buku  “Tertutupnya Pemikiran Kaum Muslimin”  terjemahan buku “The Closing of Muslim Mind” oleh Robert R Reilly

Document13
Pernahkah anda tertanya mengapa terdapat sebahagian Muslim, sungguhpun dengan pendidikan yang baik dan gred yang cemerlang, dapat menjadi simpatisan kepada gerakan pengganas, dapat percaya kepada takhayul dan teori konspirasi, dan dapat entah bagaimana bersikap fatalistik dan mempunyai pemikiran yang bercanggah dalam kerjaya profesional dan kehidupan harian mereka? Dan mengapa, kadangkala, Muslim yang terdidik ini boleh menjadi begitu bermusuh kepada akal, kebebasan, dan daya ikhtiar yang bebas?

Di dalam buku ini, pengarang berhujah bahawa masalah yang sebenar dalam masyarakat Islam; yang bermula daripada kejahilan, ketidaknyataan, ekstremisme, totalitarianisme, tidak tolerer; bukannya lahir daripada kekurangan dari sudut ekonomi, politik atau kekuasaan mereka; akan tetapi oleh kerana tahap intelektual dan idea mereka. Maka untuk mengatasi masalah ini, kita harus menangani permasalahan pada punca akar-umbinya, bukan hanya sekadar permukaannya saja.

Masalah pemikiran kaum Muslimin, yang menghasilkan doktrin Islamisme dan membiakkan semacam kefanatikan agama dan terorisme; adalah pemahaman yang mendasari dalam realiti yang bermusuh terhadap falsafah dan kerasionalan, yang merupakan suatu produk hasil daripada proses yang panjang akibat daripada pembunuhan-sendiri intelek yang telah berlaku bertahun yang lampau.

2.Para4RightMaka di sini, Reilly menyiasat sebahagian daripada isu-isu yang fundamental tentang mengapa umat Islam, terutamanya mazhab Sunni, cenderung untuk menyingkirkan rasionaliti dan tampaknya hidup dalam ketidaknyataan. Tertutupnya pemikiran kaum Muslimin, sebagaimana yang diajukan daripada tajuk buku ini, lebih banyak terkait dengan pembangunan satu mazhab kalam yang khusus yang telah membekukan hampir kesemua mazhab sebelumnya ke dalam satu mazhab yang koheren lagi dominan – mazhab kalam Asha‘irah.

Lama dahulu, iaitu hanya dua abad setelah Nabi Muhammad wafat, Islam telah berkembang sebagai salah satu tamadun yang agung, masyarakat yang berbudaya dan kerajaan di mana sains dan falsafah dipugar dan pemikir mereka menjadi rujukan yang autoritatif kepada wilayah berjiranan termasuk Eropah. Akan tetapi kejayaan ini hanya bertahan begitu singkat setelah tewasnya Kaum Rasional (Mu‘tazilah dan ahli falsafah) di tangan Kaum Tradisional (Asha‘irah). Proses dehelenisasi yang dimulakan oleh ahli teologi Islam yang terulung, al-Asha‘ari, dan kemudian dengan pukulan terakhir oleh al-Ghazali, telah menutup pintu falsafah dan sains di dalam dunia Islam.

3.Para6RightPertarungan antara Kaum Mu‘tazilah dan Asha‘irah, walaupun setelah hampir satu kurun, adalah merupakan pertarungan yang desisif. Pertempuran ini membangunkan prinsip tentang bagaimana umat Islam harus melihat ke dalam agamanya, kepada dunia, dan malah kepada pemahamannya tentang Tuhan; sebagai kehendak mutlak dengan kesukarelaan dan occasionalisme yang radikal; ataupun sebagai doktrin Islam yang fatalistik yang tertegak disebaliknya.

Bagaimana akal dipinggirkan, mengapa tiada lagi pemikiran yang kreatif dan bebas, mengapa konsep yang moden seperti kebebasan, demokrasi, dan hak-hak asasi begitu terasing bagi Muslim pada hari ini; semuanya dapat dikesan balik kepada kekalahan Kaum Rasional dalam pertempuran yang desisif itu beberapa abad yang lalu. Malah teori konspirasi yang tersebar dalam siaran berita Arab, atau dunia ketidaknyataan yang didiami oleh fundamentalis Muslim atau pengganas yang ekstrim itu, semuanya dapat dikesan kepada pertarungan idea ini yang telah membentuk suatu realiti dalam pemikiran kaum Muslimin sekarang ini.

4.Para8“Penutupan pemikiran Kaum Muslimin telah menciptakan krisis dari mana para pengganas Islamis moden hanyalah satu manisfestasi daripadanya. Masalahnya jauh lebih luas dan lebih mendalam. Ia meliputi hilangnya Islam daripada sains dan daripada prospek penegakkan yang orisinal akan kerajaan berperlembagaan yang demokratik. Ia adalah kunci untuk memecahkan kebingungan tentang mengapa dunia Arab merudum paling bawah dalam setiap skala pembangunan manusia; mengapa pencarian saintifik hampir mati di dalam dunia Islam; mengapa Sepanyol menterjemahkan lebih banyak buku dalam masa setahun berbanding dengan keseluruhan dunia Arab terbitkan sejak seribu tahun yang lampau; mengapa sebagian manusia di Arab Saudi masih enggan untuk percaya bahawa manusia telah pergi ke bulan; dan mengapa sebahagian media Islam menyuguhkan kemusnahan alam seperti Taufan Katrina sebagai pembalasan langsung dari  Tuhan.”

5.Para9RightIslamic Renaissance Front sesungguhnya percaya bahawa terdapat keperluan yang mendesak untuk menyegarkan kembali pemikiran kaum Muslimin, untuk mengembalikan wacana akliah yang telah dirintis oleh pelopor kita daripada kaum Mu‘tazilah, dan untuk membawakan mesej ini kepada khalayak yang lebih luas di Malaysia. Lantaran itu, kami memutuskan untuk memudahkan penyebarannya dengan menterjemahkan buku ini ke dalam bahasa Melayu. Kami berharap buku ini akan dapat mencetuskan wacana perdebatan dan diskusi, dan diharapkan ia dapat menatijahkan pemahaman yang lebih kritis, inklusif dan progresif tentang Islam dengan lebih meluas di dalam masyarakat Melayu-Islam kita pada hari ini.

 


 

SuhaibShuhaib Ar Rumy Ismail adalah seorang Felo di Islamic Renaissance Front. Beliau adalah seorang al-Hafiz, graduan Darul Qur’an dan juga merupakan lulusan Bioteknologi daripada University Islam Antarabangsa Malaysia.

 

 

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022