Follow Us!
More Links
-
Popular Posts
- August 30, 2009The Cow-Head Lesson for Merdeka: Delegitimize Violence and Hatred
- January 9, 2010121 NGOs Join Hands to Condemn Church Attacks
- January 9, 2010Joint Statement of Civil Society – Malaysia Will Not Bow to Acts of Violence
- March 5, 2010On the Flogging of Muslim Women
- March 8, 2010Civil Society Joint Statement on the 2nd Anniversary of March 8 2008 General Elections
IRF on BFM 89.9
Here is the Music Player. You need to installl flash player to show this cool thing!
Uraian Apa Yang Aku Yakini
December 14, 2017 by Saari Sungib
Sebagai seorang pemikir Islam terkemuka dunia, Tariq Ramadan bukan hanya dikenali sebagai seorang profesor yang syarahan dan kupasan ilmunya sangat menarik tetapi beliau juga seorang yang amat disenangi di segi pergaulan ketika bersama dengannya. Datang daripada keluarga berketurunan Arab Mesir yang patuh kepada ajaran Islam, beliau menghafal al-Qur’an sejak kecil lagi di bawah bimbingan ibunya.
Lahir dan dibesarkan di Geneva, Switzerland, iaitu sebuah negara Eropah yang paling majmuk di segi bahasa, kaum dan agama, Tariq Ramadan yakin bahawa seseorang itu boleh menjadi Muslim yang taat dan kukuh berpegang kepada ajaran Islam dengan dalam masa yang sama merupakan seorang rakyat yang taat setia kepada negaranya sama ada mana-mana negera di Eropah, Amerika Syarikat, Kanada mahupun New Zealand dan Australia.
Berdasarkan keyakinan inilah beliau berusaha gigih untuk menyebarkan Islam selama lebih dua puluh lima tahun di peringkat akar umbi dan juga kumpulan akademia. Pada tahun 2011 bagi menjawab pelbagai kontroversi ekoran syarahan-syarahannya, beliau telah menerbitkan bukunya dengan judul What I Believe yang diterjemahkan sebagai Apa Yang Aku Yakini.
Dalam buku ini Tariq Ramadan meyakinkan umat Islam yang tinggal di negara-negara Eropah dan Amerika Utara agar sentiasa berfikir secara kritikal. Hal ini hendaklah dilakukan dengan sentiasa menyoal dirinya perihal apakah pendirian seorang Muslim terhadap negaranya dan apakah tanggungjawabnya sebagai seorang warga Eropah atau Amerika terhadap masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, dan kepercayaan.
Tariq Ramadan yakin, jika pendekatan berfikir secara kritikal sepanjang masa ini diamalkan, maka seseorang Muslim itu akan menjadi seorang yang lebih hebat idea dan amalannya untuk menjadi lebih inklusif, memahami agama dan budaya selain Islam dan lebih mendalami masalah-masalah yang berkaitan dengan agama dan budaya. Apa yang penting, proses berfikir secara kritikal ini membantunya untuk tidak keliru terhadap dakwaan kononnya wujud konflik antara Islam dan Barat yang tidak dapat dielakkan sehingga bila-bila.
YB Saari Sungib
ADUN Hulu Klang
Mantan Presiden Jamaah Islah Malaysia
Follow Us!