Islam dan Akal
March 1, 2017

Ahmad Farouk Musa || 1 Mac 2017

Abstrak

1.Para1Cabaran terbesar yang dihadapi oleh umat Islam pada kurun ke-21 ini adalah perjuangan mereka untuk mendamaikan antara akal (‘aql) dan wahyu (wahy). Tidak tersangkal lagi bahawa perkara ini merupakan suatu isu yang sangat bermasalah semenjak dari kurun-kurun awal keIslaman lagi. Perkara inilah yang menjadi penyebab utama kepada kerencatan dan kemandulan ketamadunan Muslim. Hal ini adalah disebabkan kerana kemunduran akal yang telah membawa kepada kebekuan ini, meskipun pada suatu ketika dahulu, kemajuan ketamadunan telah dicapai oleh sebuah tradisi kefalsafahan rasional yang agung pada zaman kaum Muktazilah. Tetapi penerimaan akal sebagai sebuah pelengkap kepada wahyu pada hari ini sebaliknya lebih jauh mundur ke belakang daripada sejarah itu sendiri. Al-Qur’an sangat menganjurkan kepada Muslim untuk menggunakan akal, iaitu keupayaan berfikir dengan sewajarnya. Perkataan “aql” dapat ditemui dalam lebih daripada 45 buah ayat di dalam al-Qur’an. Al-Qur’an menganjurkan kita untuk menggunakan akal. untuk berkifikir, dan merenung, serta mempertimbangkan, agar kita dapat meraih kebaikan atau menarik ‘maslahah’ daripada kehidupan ini demi untuk menghidari kesukaran. Perkara yang sedemikian ini juga dapat ditemui dalam suatu ayat al-Qur’an yang bermaksud: “Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya siang dan malam, terdapatnya tanda-tanda bagi mereka yang berfikirl” (3: 190). Terdapat banyak sekali ayat-ayat sebegitu di dalam al-Qur’an, yang menggesa manusia untuk melihat dan memikirkan tentang tanda-tandaNya. Sudah tentu al-Qur’an yang merupakan kalam Tuhan dan sebagai kitab suci yang sempurna, yang tiada sebarang keraguan padanya, harus dibaca dan difahami oleh akal fikiran manusia yang secara dasarnya diciptakan oleh Sang Maha Pencipta, mempunyai keupayaan berbuat kekeliruan. Maka hal ini membawa kepada suatu cabaran yang sangat besar untuk ditangani, iaitu dalam mentafsirkan teks al-Qur’an, dan menghubungkan sesetengah ayatnya terhadap konteks, di mana hal ini sudah pastinya memerlukan kepada daya pemikiran manusia, ataupun akal. Tetapi pada hari ini, rasionalisme yang pernah dianggap sebagai pelengkap kepada keimanan telah dianggap pula sebagai musuh kepadanya. Tiada lagi pemikiran kritikal dan penaakulan analitikal dalam umat Islam secara umumnya. Kenyataannya, Muslim menjarakkan diri mereka daripada sebuah kerangka pemikiran saintifik jauh lebih dahulu daripada Revolusi Saintifik mengambil tempat dalam sejarah Eropah. Malahan, sebuah kemunduran saintifik baru sahaja lengkap di wilayah Muslim ketika Revolusi Saintifik mula mengambil tempat di Dunia Barat. Sejak daripada itu, wilayah Muslim mengalami sebuah kebekuan intelektual dan penyusutan akliah. Maka dengan kerana itu, dalam usaha untuk para Muslimin memberi nafas baru kepada keunggulan sejarah yang lampau, pertamanya, mereka perlu merevolusikan semula pemikiran mereka dan menggunakan fakulti akal mereka secara maksimum dalam menjawab permasalahan-permasalahan moden yang memberi kesan terhadap mereka dan mula menanggani penyakit kronik mereka sebelum ia bertukar menjadi fatal.


AFMusaDato’ Dr. Ahmad Farouk Musa merupakan Pengarah di Islamic Renaissance Front (IRF), iaitu sebuah badan pemikir yang menganjurkan islah dan tajdid dalam pemikiran umat Islam serta memperkasakan daya intelek. Makalah ini akan dibentangkan di Simposium “Islam and Contemporary Issues” di Al-Mustafa International University, Tehran, Iran, pada awal bulan Mac 2017.

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022