Follow Us!
More Links
-
Popular Posts
- September 15, 2017Book Launch: “Tertutupnya Pemikiran Kaum Muslimin” Translation of: The Closing of Muslim Mind by Robert R Reilly
- September 7, 2012Understanding Evangelical Christianity in Malaysia
- August 28, 2018Celebrating A New Malaysia
- September 17, 2017Public Lecture on: “The Islamic Jesus: The Commonalities Between Judaism, Christianity, and Islam”
- October 23, 2017Uraian Buku Rekonstruksi Pemikiran Keagamaan Dalam Islam
Categories
Seminar Pemikiran Reformis – Siri II – Pendeta Za’ba
September 12, 2015
Date: Ahad, 20 September 2015
Time: 10AM – 5PM
Venue: Concorde Hotel, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
Registration: https://www.eventbrite.com/e/seminar-pemikiran-reformis-siri-ii-pendeta-zaba-tickets-18570709492
“Betapa perlunya kita berusaha sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dalam menyempurnakan amalan dan pekerjaan sehari-hari” [Za’ba, Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri]
Pemikiran Za’ba (1895-1973) atau Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad (1895-1973) tentang falsafah, sejarah, agama, etika, nahu dan sastera cukup signifikan dalam perjuangannya memperbaharui nilai dan kefahaman budaya dan memugar harakat pemikiran dan membela nasib dan maruah bangsa.
Intipati pemikirannya terangkum dalam beberapa aspek penting, mencakup gagasan perubahan dan tajdid, memugar penghayatan agama, memikirkan kedudukan bangsa dan bahasa, dasar sosial dan budaya, dan menangani belenggu taqlid dan pemikiran beku dalam masyarakat.
Za’ba merupakan pemikir Melayu moden yang lantang mengkritik kerapuhan sistem dan pandangan hidup bangsa yang terbelenggu dengan taqlid dan perbezaan mazhab yang keras. Beliau dianggap seorang yang radikal kerana pandangan dan kritikannya yang tajam dalam usahanya menyedarkan orang Melayu. Keupayaannya dan kesanggupannya merungkai belenggu kepercayaan tradisional yang mengongkong kemajuan orang Melayu dengan kunci agama telah meletakkannya sebagai reformis penting di rantau ini.
Za’ba memperlihatkan dinamisme dan ketangkasan yang dituntut oleh Islam dalam masalah takdir untuk bertambah cekal menghadapi cabaran hidup dan menggilap kekuatan dan keyakinan dan memugar ruh dan semangat perjuangan. Ia menzahirkan percubaannya untuk merobah kerangka fikir ke arah pemikiran yang progresif dan mapan dan memperkukuh iltizam perjuangan dan daya tahan dan keberanian.
Kupasannya diperkuat dengan hujah akliah yang meyakinkan dan diperkukuh dengan tafsiran nas yang muktabar yang mengungkapkan dasar pemikiran menyangkut permasalahan takdir dari rangka falsafah dan syariah yang luas. Semangat pembaharuan yang ditanam dan dicanangkannya ini penting dalam usahanya dalam membawa pembaharuan yang radikal dan positif dan membanteras budaya kolot dan bobrok dan menyingkirkan nilai permisif yang bangkrut dalam masyarakat.
Dan dalam pembicaraannya tentang budaya taqlid yang menjalar dalam masyarakat, disingkapnya sejarah perjuangan kaum muda dan kaum pembaharu dan kecekalan mereka mendobrak benteng taqlid, yang telah mengilhamkan perjuangannya untuk mendepani tentangan yang hebat dalam percubaan merubah pemikiran dan status quo dalam masyarakat. Dari semangat dan kecekalan yang ditunjukkan, beliau merangkul dan melanjutkan aspirasi kaum muda, dalam usahanya meruntuhkan benteng taqlid, dan membela perjuangan ulama faqih seperti Ibn Taimiyah, Ibn Qayyim, Muhammad Abduh, Rashid Redha dan Syed Syeikh al-Hadi di nusantara ini.
Seminar ini bertujuan untuk meninjau semula pemikiran dan perjuangan yang digagaskan oleh pemikir reformis, Pendeta Za’ba secara khusus dan agenda reformis sekelian Kaum Muda secara umumnya.
Program:
0930-1000: 1000-1005: 1005-1015: 1015-1115: 1115-1230: 1230-1430: 1430-1445: 1445-1545: 1545-1645: 1645-1700: 1700: |
Pendaftaran dan minum pagi Ucapan oleh Pengerusi majlis, Dr Nur Asyhraff Mohd Noor Ucapan pengenalan oleh moderator, Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa Pembentang I: Dr Azhar Ibrahim Perbincangan Makan tengahari dan solat Ucapan pengenalan oleh moderator, Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa Pembentang II: Prof Ahmad Syafii Maarif Perbincangan dan soal jawab Rumusan Minum petang dan bersurai |
Follow Us!