Follow Us!
More Links
-
Popular Posts
- September 15, 2017Book Launch: “Tertutupnya Pemikiran Kaum Muslimin” Translation of: The Closing of Muslim Mind by Robert R Reilly
- September 7, 2012Understanding Evangelical Christianity in Malaysia
- August 28, 2018Celebrating A New Malaysia
- September 17, 2017Public Lecture on: “The Islamic Jesus: The Commonalities Between Judaism, Christianity, and Islam”
- October 23, 2017Uraian Buku Rekonstruksi Pemikiran Keagamaan Dalam Islam
Categories
Uraian bagi Edisi Khas The Real Cry of Syed Shaykh al-Hady
April 18, 2016 by Mujahid Yusof Rawa
Para pemikir, yang dalam tradisi Islam dikenal sebagai Mujtahid, telah memainkan peranan penting dalam mencorakkan peristiwa besar dan perubahan dalam sejarah di setiap belahan dunia. Jangkauan pengaruh mereka menerobos melangkaui generasi, dan cetusan yang dinyalakan dalam tulisan-tulisan mereka telah mengilhamkan perdebatan yang kritis dan kajian akademik yang bertahan hingga ke-hari ini.
Apa yang membuatkan penalaran mereka yang bebas, atau Ijtihad, begitu dinamik adalah sifat polemiknya yang telah merintis perdebatan dan diskusi daripada kedua-dua kem – pendukung dan penghujatnya – yang telah bertahan selama berabad. Hal ini menjadikan salah satu kriteria bagi seseorang untuk dikenal sebagai Mujtahid, kerana idea-idea mereka harus menjelajah melewati masa dan kekal relevan lama setelah kewafatan mereka sendiri. Syed Shaykh al-Hadi telah dengan jelas memenuhi semua kriteria tersebut dan telah memastikan tempat sebagai salah seorang Mujtahid yang terulung dalam sejarah tanah air ini; seorang lelaki yang mempunyai akar yang kuat dalam tradisi Islam dan kejelasan yang mendalam tentang kondisi sosio-politik masyarakatnya.
Syed Shaykh al-Hady hidup dalam period di mana kedudukan hegemonik puak Tradisionalis Islam dalam masyarakat Melayu-Islam dicabar oleh modernisasi. Ulama’ tradisionalis menganggap kemodenan sebagai musuh ideologi; tetapi sebaliknya Syed Shaykh al-Hady bergerak dan membudayakan suatu sintesis antara keduanya. Beliau percaya bahawa Islam dan modernisasi tidak berbentur antara satu sama lain. Sebaliknya, keduanya adalah gabungan yang berguna untuk menghidupkan semula pendekatan rasional dan saintifik dalam diskusi Islam justeru menjadikannya cukup menarik kepada generasi yang lebih muda pada masanya. Dan malah sehingga hari ini, Syed Shaykh al-Hady kekal sebagai sosok yang mengilhamkan dan ikon bagi pelbagai gerakan reformis Islam kontemporer yang telah melanjutkan perjuangan islah (reformasi) dan tajdid (pembaharuan) bagi pembaikan masyarakat Islam.
Dato’ Dr Mujahid Hj Yusof Rawa adalah lulusan Universiti al-Azhar, Kaherah dan sarjana PhD dalam Siyasah Syar‘iyyah. Beliau juga merupakan anggota Parti Amanah Negara dan Ahli Parlimen Malaysia. Uraian ini diterjemahkan oleh Dr Ahmad Nabil Amir, Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front.
Follow Us!