Uraian Wacana Pemikiran Reformis – Jilid III
January 16, 2017

Maszlee Malik || 16 Januari 2017

1.Para1Usaha Tajdid dan Islah (reformasi) adalah merupakan sebahagian daripada ruh yang melestarikan ajaran Islam agar menjadi relevan bagi setiap zaman, suasana dan konteks. Kemunculan para mujaddid dan muslih (reformis) di dalam sejarah Islam merupakan satu fenomena yang tabi’i di dalam konteks agama Islam. Kehadiran mereka bukanlah untuk merubah ajaran Islam yang fundamental, tetapi merupakan satu usaha mapan yang memastikan elemen-elemen ijtihad dan rasional bertunjangkan prinsip-prinsip kekal Islam akan kekal dinamik di dalam mencorakkan halatuju masyarakat Islam dari dahulu sehinggalah ke akhir hayat dunia.

Gerakan Islah ini menuntut sebagai keperluan yang pertama, pengetahuan tentang risalah Islam yang komprehensif, prinsipnya yang universal, dan alat yang tersedia untuk membantu umat manusia menyesuaikan diri dengan masyarakatnya, dan juga untuk mengubah dunia.

Gerakan Islah ini juga menuntut revolusi intelek yang sebenar yang memungkinkannya untuk berdamai dengan kesyumulan nilai-nilai Islam, untuk membangunkan pemikiran yang kritis, untuk membuat pilihan dengan menggunakan akal, dan istiqamah dengan tidak bertaqlid sama ada kepada yang telah lampau atau yang pada masakini.

Hanya sekadar berbicara pada keperluan terhadap reformasi tidak lebih baik daripada berbangga dengan kegemilangan kita yang lampau dan menyanjung kehebatan mereka yang terdahulu daripada kita. Dan membataskan diri kita hanya dengan menarik petunjuk daripada tiga generasi terawal as-salafussalih, adalah jelas bertentangan dengan semangat dan mesej al-Qur’an itu sendiri.

Sesungguhnya penulisan dalam buku ini merupakan salah satu usaha untuk menyingkapi satu sudut dari sejarah tajdid dan islah di dalam kehidupan umat Islam pada dua kurun ke-20 dan ke-21 Masehi ini.


MaszleeMalikDr Maszlee Mailik adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh di Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau juga adalah ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia dan ahli Multaqa’ Asatizah dan Du’at (MURSHID).

 

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022