Bedah Buku: Maqasid al-Shari’ah as Philosophy of Islamic Law: A Systems’ Approach
March 20, 2016

bedahbuku_Mac2

Tarikh: Saturday, 26th March 2016
Masa: 1130AM-130PM
Tempat: Graha Pemuda, Sri Hartamas

Pembentang: Dr Nur Asyhraff Mohd Noor

Pendaftaran: https://www.eventbrite.com/e/bedah-buku-maqasid-al-shariah-as-philosophy-of-islamic-law-a-systems-approach-by-dr-jasser-auda-tickets-23218863245

Al-Imam Muhammad Abu Zahrah mengemukakan Syari’at Islam datang untuk membawa rahmat bagi manusia, seperti firman Allah:

“Tiadalah Kami mengutuskan kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi sekelian alam semesta” (Al-Anbiyā’: 107)

Syari’at Islam dibangunkan di atas tujuan yang mulia iaitu untuk merealisasikan kemashlahatan hamba di dunia maupun di akhirat. Maka tujuan dan sasaran yang diinginkan dalam syari’at Islam inilah yang dinamakan maqasid al-syari’ah. Walaupun para ulama’ berbeza pandangan tentang definasi yang terbaik bagi maqasid al-syari’ah, namun apa yang diperkatakan oleh Ibnul Qayyim patut mendapat perhatian:

“Basis bagi syari’ah adalah hikmah dan kemashlahatan manusia di dunia dan di akhirat. Kemashlahatan ini terletak pada keadilan yang sempurna; rahmat, kesejahteraan, dan hikmah. Maka apa saja yang membuat keadilan menjadi aniaya; rahmat menjadi kekerasan, kemashlahatan menjadi kerusakan, dan hikmah menjadi kesia-siaan, maka hal yang demikian itu tiada sebarang kaitan dengan syari’ah”

Di dalam buku ini, penulis telah memulakan penulisan beliau dengan melihat perkembangan teori maqasid daripada perspektif sejarah. Beliau kemudiannya mengupas teori maqasid ini daripada perspektif dan pendekatan yang berbeza: Traditionalisme, Modernisme dan kemudiannya, Pasca-Modernisme.

Kupasan beliau dalam buku ini menarik kerana beliau mengambil pandangan yang berbeza daripada mazhab-mazhab dan aliran dalam Islam untuk menghasilkan hukum dan fatwa, yang mana sebahagian ulama’ sekarang hanya membahaskan hukum yang telah diputuskan oleh ulama terdahulu, tanpa mengambil kira faktor-faktor masakini. Sehinggakan ada yang berpendapat methologi dalam mengeluarkan fatwa melalui kaedah perundangan Islam adalah tetap, justeru tidak boleh dibahaskan ataupun ditukar. Pada penulis, pendapat ini adalah tidak tepat.

Penulis juga berjaya menyelami methodologi yang berbeza dengan teliti serta mengutarakan teori maqasid syari’ah yang menjadi teras kepada perundangan islam melalui pendekatan sistemik yang memberikan nafas baru dalam perbincangan mengenai usul fiqh dewasa ini.

 

Program:

1130-1140: Ucapan pengenalan oleh Shuhaib Ar Rumy Ismail

1140-1230: Bedah buku “Maqasid al-Shari’ah as Philosophy of Islamic Law: A Systems’   Approach” oleh Dr Nur Asyhraff Mohd Noor

1230-130: Perbincangan

130: Solat dan makan tengahari

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022