Bedah Buku: “Pertelingkahan Politik dalam Kalangan Para Sahabat” –  الخلافات السياسية بين الصحابة
November 13, 2018

Tarikh:Ahad, 18 November 2018
Masa:11AM – 1PM
Tempat:Graha Pemuda, Sri Hartamas, Kuala Lumpur

Pembentang: Thufail Sayuti

Daftar di: https://www.eventbrite.com/e/bedah-buku-pertelingkahan-politik-dalam-kalangan-para-sahabat–tickets-52522029805

Pertelingkahan Politik dalam Kalangan Para Sahabat  الخلافات السياسية بين الصحابة
Dr. Mohamed El-Moctar Shinqiti

Pertikaian dan konflik politik yang berlaku di kalangan para sahabat sehingga menumpahkan darah ribuan umat Islam tidak dapat dinafikan. Sejarah Islam awal yang sering diceritakan hanya penuh dengan keindahan dan kebaikan harus diulang baca. Para sahabat yang mulia yang suatu ketika pernah bersama-sama mendapat didikan daripada titik peluh baginda Nabi SAW bukanlah para malaikat yang tidak mempunyai hawa nafsu, tetapi mereka juga adalah manusia yang melakukan kesilapan seperti kita.

Namun, ada sekelompok umat Islam yang menolak dan menghalang daripada pembacaan semula terhadap sejarah ini kerana dengan itu kata mereka, bakal menjejaskan dan menjatuhkan kedudukan para sahabat RA yang mulia. Ada pula sekelompok lagi yang membaca sejarah ini bukan dengan kacamata kritis dan analitik, tetapi dengan kacamata yang penuh dengan dendam dan kesumat.

Buku ini ditulis bukan bertujuan untuk mengulas dengan terperinci segala persengketaan yang berlaku 1400 tahun yang lepas, tetapi meletak dan menyusun semula asas-asas bagi para pengkaji yang ingin melakukan penelitian dan pembacaan semula terhadap kisah sejarah ini.

 

Tentang Pengarang
Dr. Mohamed El-Moctar Shinqiti ialah Assoc. Prof. dalam Etika Politik di Center for Islamic Legislation and Ethics (CILE), Univ. Hamad Ben Khalifa, Doha, Qatar. Bidang kajian yang menjadi perhatian beliau ialah pemikiran dan etika politik Islam, pembaharuan agama dan sejarah sekte dalam masyarakat Muslim. Beliau memperoleh PhD dalam sejarah agama daripada Universiti Texas, Amerika Syarikat mengenai “Kesan Perang Salib Terhadap Hubungan Sunni-Shiah”. Kini beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar sejarah dan falsafah agama di Fakulti Pengajian Islam Qatar (QFIS), Universiti Hamad Ben Khalifa, Doha, Qatar. Beliau pernah menjadi pensyarah dalam bidang tafsir dan tatabahasa Arab di Universiti al-Iman, Yemen, Kesusasteraan Arab di Universiti Terbuka di Virginia, Amerika Syarikat, dan Agama-agama di dunia di Universiti Qatar.

Kebanyakan buku dan artikel beliau telah diterjemah dan diterbitkan dalam Bahasa Turki, Albania, Bosnia dan Parsi, dan sedang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Beliau sering menyumbang kepada saluran TV al-Jazeera sama ada sebagai tetamu yang diwawancara, atau menyumbang dalam bentuk penulisan dalam laman sesawang al-Jazeera. Antara karya beliau ialah: “al-Khilāfāt- al-Siyāsiyyah bayn al-Sahābah”, “Khīrat al-‘Uqūl al-Muslimah fī al-Qarn al-‘Isyrīn”, “Muhammad ‘Abd Allāh Dirāz, Faylasūf al-Qur’ān al-Karīm” dan lain-lain lagi.

 

Program

1100-1110AM:  Pengenalan oleh Pengerusi, Ahmad Muziru Idham
1110-1200AM:  Pembentangan oleh Thufail Sayuti
1200-100PM:    Diskusi
100PM:              Solat dan makan tengahari

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022