Follow Us!
More Links
-
Popular Posts
- September 15, 2017Book Launch: “Tertutupnya Pemikiran Kaum Muslimin” Translation of: The Closing of Muslim Mind by Robert R Reilly
- September 7, 2012Understanding Evangelical Christianity in Malaysia
- August 28, 2018Celebrating A New Malaysia
- September 17, 2017Public Lecture on: “The Islamic Jesus: The Commonalities Between Judaism, Christianity, and Islam”
- October 23, 2017Uraian Buku Rekonstruksi Pemikiran Keagamaan Dalam Islam
Categories
Book Dissection: “RADICAL REFORM: ISLAMIC ETHICS AND LIBERATION” oleh Prof. Tariq Ramadan – Bahagian II
July 20, 2016
Date: Ahad, 24 July 2016
Time: 5.00-7.30 PM
Venue: Graha Pemuda, Sri Hartamas
Presenter: Ahmad Muziru Idham
Organized by: Islamic Renaissance Front
Tradisi keilmuan dan pemikiran Islam telah berusia ratusan tahun di mana sejak era kewafatan Nabi, lahir ramai ilmuwan Islam yang membangunkan pelbagai metodologi ilmu dalam membingkai disiplin ilmu Islam yang selari dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pendisiplinan ilmu Islam dirangka dalam memastikan kefahaman teks Islam – al-Quran dan as-Sunnah – dan konteks – keadaan semasa – dapat disepadukan dalam kehidupan umat Islam tanpa tersasar daripada ajaran Islam yang sebenar. Daripada itu lahirlah tokoh-tokoh ilmuwan Islam bermula daripada generasi salaf yang mengasaskan pelbagai disiplin dan mazhab seperti Imam Asy-Syafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad Ibn Hanbal dan pelbagai lagi. Tokoh-tokoh ilmuwan Islam tersebut berjasa dalam melahirkan pelbagai disiplin dan pemikiran Islam yang menjadi asas kepada generasi umat Islam selepasnya untuk hidup sebagai Muslim.
Namun begitu, perubahan zaman yang membawa kepada era globalisasi membawa kepada suatu kontekstual masyarakat dan pemikiran yang baru yang lebih rumit. Kemodenan membawa kepada percambahan wacana pemikiran sosial dan anjakan paradigma yang lebih luas yang memerlukan kepada suatu semangat baru daripada tradisi keilmuan Islam dalam memastikan bahawa keberadaan umat Islam yang semakin bertebaran ke serata dunia ini dapat berinteraksi dengan baik terhadap keadaan dunia tanpa menggadaikan prinsip-prinsip agama.
Disebabkan oleh itu, Tariq Ramadan membawa pembaharuan kerangka terhadap perkaedahan disiplin ilmu tradisi Islam dalam memastikan nuansa yang dibawa oleh disiplinnya dapat berinteraksi dengan dunia kontemporari. Sebagai seorang tokoh reformis, Tariq Ramadan tidak meninggalkan disiplin tradisi sebagai asas ilmu yang didirikan oleh ilmuwan silam namun beliau cuba untuk memberi nafas baru terhadapnya dengan membina perkaedahan yang dapat membina hubungan antara ilmuwan tekstual (ulama’ an-nusus) yang mahir dalam membincangkan teks-teks wahyu dan ilmuwan kontekstual (ulama’ al-waqi’) yang mahir dalam bidang-bidang ilmu lain yang berkaitan dengan disiplin pembangunan kemanusiaan. Perhubungan antara kedua-duanya adalah penting bagi membina asas, perhakiman, dan strategi tindakan terhadap keperluan untuk pengekalan moral dan keimanan yang bersepadu dengan mengambil kira konteks zaman moden ini.
Oleh sebab itu, bahagian kedua untuk sesi bedah buku Radical Reform ini akan membincangkan tentang tiga mazhab utama perkaedahan disiplin usul fiqh oleh ulama salaf, iaitu mazhab deduktif (Imam Asy-Shafie), mazhab induktif (Imam Abu Hanifah), dan mazhab al-maqasid (Imam Asy-Shatibi). Dan akhir sekali, akan dibincangkan tentang usaha Tariq Ramadan meninjau semula kaedah tradisi Islam dan mencadangkan sebuah kerangka baru terhadap disiplin usul fiqh dengan mengikut kesesuaian konteks kontemporari.
Program:
1700-1710: Ucapan moderator, Imran Mohd Rasid
1710-1800: Pembentangan tentang Radical Reform: Islamic Ethics And Liberation Bahagian II oleh Ahmad Muziru Idham
1800-1900: Perbincangan dan soal jawab
1900-1930: Jamuan Aidil Fitri
1930: Solat
Follow Us!