Forum: Islam, Jihad dan Demokrasi
February 18, 2017

Tarikh: Ahad, 5 Mac 2017
Tempat: Royal Selangor Golf Club, Jalan Kelab Golf, Off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Masa: 3PM – 530 PM

Registrationhttps://www.eventbrite.com/e/forum-islam-jihad-dan-demokrasi-tickets-31795204312

Panelis:
Ustaz Dr Ahmad Fauwaz Fadzil, Multaqa’ Asatizah & Du’at (MURSHID)
Ustaz Dr. Muhamad Rozaimi Ramle, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Dr Syafiq Hasyim, Lembaga Pengurusan Tinggi Nahdlatul Ulama (LPTNU) Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU), Majlis Ulama’ Indonesia (MUI)

Moderator:
Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa, Islamic Renaissance Front (IRF)

 

Dilihat dari sudut emperiknya, maka jelas agama dan demokrasi itu berbeza sekali. Agama berasal dari wahyu sementara demokrasi berasal dari pemerahan akal pemikiran manusia. Dengan demikian, maka agama memiliki dialektikanya sendiri. Namun begitu, tidak ada halangan bagi agama untuk berdampingan dengan demokrasi. Malahan dalam perspektif Islam, elemen-elemen demokrasi juga meliputi syura, musawah, ‘adalah, amānah, mas-uliyyah, dan hurriyah. Dan kenana itu Islam menaruh perhatian yang serius terhadap aplikasi nilai-nilai tersebut juga.

Secara normatif, Islam menekankan pentingnya ditegakkan amar ma’ruf nahi munkar bagi semua orang, baik sebagai individu, anggota masyarakat maupun sebagai pemimpin negara. Doktrin tersebut merupakan prinsip Islam yang harus ditegakkan di manapun dan pada bila-bila masa sahaja, agar wujudnya masyarakat yang aman dan sejahtera. Maka di sini jugalah jihad memainkan peranannya.

Imam Hassan al-Banna pernah menegaskan dalam Risalah Ta’lim bahawa: “Maksudku dengan jihad adalah: Ia adalah satu fardhu yang berkuatkuasa sehingga ke hari Kiamat. Peringkat pertamanya adalah mengingkari dengan hati, peringkat tertingginya adalah berjihad di jalan Allah. Antara keduanya: Jihad lidah, pena, tangan dan perkataan yang benar kepada pemerintah yang zalim. Dakwah ini tidak akan hidup kecuali dengan jihad. Setanding dengan ketinggian dan keluasan ufuk dakwah ini, begitu jugalah besarnya kelebihan jihad di jalan dakwah, mahalnya harga yang dipinta untuk mendokongnya., besarnya balasan yang akan diberikan kepada orang-orang yang beramal. “Berjihadlah kamu di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad.” Maka dengan itu kamu memahami apakah yang dimaksudkan dengan slogan abadi kamu: “Jihad Adalah Jalan Kami.”

Namun, praktik Jihad oleh sesetengah golongan Muslimin telah turut mengundang permasalahan. Seruan Jihad jugalah yang sering digunakan pelbagai kumpulan Islam sebagai justifikasi terhadap tindakan ekstrim, keganasan, malahan juga pembunuhan atas nama Tuhan, seperti ISIS dan Al-Qaeda. Hingga apa yang dapat dirasakan, seruan untuk Jihad tidak wajar mendapat tempat dalam suasana yang demokratis yang toleran lagi sederhana.

Maka sebagai satu tinjauan dan perbincangan lanjut, beberapa persoalan penting wajar untuk kita dalami darihal doktrin ‘Jihad’ ini, khususnya dalam hal-hal berkaitan politik dalam masyarakat Islam: Adakah ‘Jihad’ dapat diserasikan ke dalam sistem demokrasi seperti sekarang dalam pengertiannya yang luas?  Dan bagaimanakah tuntutan ‘Jihad’ dapat menjadi penyelesaian terhadap pelbagai permasalahan yang dihadapi dalam masyarakat Islam, selanjutnya memperkasakan umat supaya menjadi contoh kepada umat manusia lain di dunia ini?

Menyedari kepentingan dalam menilai konsep ‘Jihad’ di abad yang serba mencabar ini, maka Islamic Renaissance Front (IRF) mengambil inisiatif untuk menganjurkan forum ini serta mengajak penglibatan ahli masyarakat, khususnya daripada kalangan para aktivis Islam untuk turut serta dalam perbincangan ini.

 

Dianjurkan oleh,
Islamic Renaissance Front

 

Program:
230-300PM: Pendaftaran
300-310PM: Ucapan Pengerusi Majlis, Ehsan Shahwahid
310-320PM: Bacaan al-Qur’an oleh Muhammad Thufail Sayuti: Surah al-Hajj:  Ayat 73-78
320-330PM: Ucapan moderator, Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa
330-355PM: Ucapan Dr Ahmad Fauwaz Fadzil
355-420PM: Ucapan Dr Muhamad Rozaimi Ramle
420-445PM: Ucapan Dr Syafiq Hasyim
445-530PM: Perbincangan
530PM:       Minum petang

 

Profil Panelis: 

Ustaz Fauwaz Fadzil Noor merupakan graduan Universiti al-Azhar, Mesir dalam bidang Syariah Islam, dan dianugerahkan Sijil Kemahiran Fatwa daripada Badan Fatwa di Mesir. Beliau mempunyai ijazah ilmiah untuk mengajar kitab-kitab fiqh dan usul mazhab al-Syafi‘i yang diperoleh daripada ulama-ulama Mesir seperti Dr. Saad Jawish dan Syeikh Syaltut.Beliau berkemahiran dalam usul fiqah serta fiqah perubatan dan sebagainya. Beliau juga merupakan ahli Persatuan Ulama Sedunia yang  dipengerusikan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Beliau merupakan bekas Pensyarah Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan bekas Pengarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Asasi KUIN. Merupakan speaker jemputan JAKIM, menjadi salah seorang fasilatator untuk menyiapkan modul fatwa untuk JAKIM, panel penggubal fatwa JAKIM dan penggubal silibus kitab turath. Selain aktif dalam bidang dakwah di seluruh Malaysia, beliau membentang lebih 20 kertas kerja di peringkat akademik, kebangsaan dan negeri serta menterjemah lebih 15 buah buku. Selain itu, beliau juga aktif menyampaikan ceramah di televisyen dan radio. Beliau juga adalah penterjemah buku Fiqh Jihad oleh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle lahir pada 22 Jun 1983. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tasek Ipoh, dan Sekolah Menengah di Sekolah Izzuddin Shah Ipoh dan telah menduduki peperiksaan SPM di sana pada tahun 2000. Beliau telah berangkat ke Jordan pada tahun 2001 untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Mu’tah Jordan. Beliau telah berkhidmat di Majlis Agama Islam Perak sebagai pegawai zakat pada tahun 2007. Pada tahun 2008, beliau dilantik menjadi tutor di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI. Beliau telah menyambung pengajian sarjana hadith di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) pada tahun 2008, ditaja oleh UPSI. Seterusnya beliau menyambung pengajiannya di peringkat PhD di University of Jordan pada tahun 2011 bawah tajaan UPSI dan tamat pengajian pada 1 Disember 2014. Beliau telah dilantik menjadi pensyarah kanan di UPSI pada tahun 2015. Dr Rozaimi juga merupakan ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan sangat aktif mempromosikan budaya kritis dalam menanggapi hadith dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Dr Syafiq Hasyim adalah ahli Pengurus Lembaga Perguruan Tinggi Nahdlatul Ulama (LPTNU) dan Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU). Beliau juga adalah pengurus Majelis Ulama Indonesia (MUI). Beliau memperoleh ijazahnya daripada Fakultas Ushluddin, UIN syarif Hidayatullah kemudian menyambung pengajian Sarjana di Leiden University, Faculty of Literature and Theology, dengan Tesis “Muslim Political Ethisc in Indonesia: A Study of Political Behaviour among Muslim Political Parties, 1998-2000.” Selanjutnya Syafiq melanjutkan Ph.D beliau di Freie Universität Berlin dengan disertasi “Majelis Ulama Indonesia (MUI, Council of Indonesian Ulama) and its Role in the Islamisation of Indonesia State in Indonesia.” Beliau sangat aktif dalam usaha memberdayakan masyarakat. Pernah mendirikan Yayasan Rahima pada tahun 2000 dan menjadi penolong pengarah International Centre for Islam and Pluralism (ICIP) pada tempoh (2003-2009).

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022