Reading Session on “The Impossible State” with Hazman Baharom (Part II)
October 17, 2018


Tarikh: Ahad, 21 Oktober 2018
Masa: 11AM – 1PM
Tempat: Graha Pemuda, Sri Hartamas, Kuala Lumpur

Daftar: https://www.eventbrite.com/e/reading-session-on-the-impossible-state-with-hazman-baharom-part-ii-tickets-51499600692

The Impossible State: Islam, Politics, and Modernity’s Moral Predicament
Wael B. Hallaq

The Impossible State– Bhg 2

Projek negara Islam zaman moden merupakan satu usaha yang dilakukan gerakan Islamis secara khusus selepas jatuhnya Empayar Uthmaniyah. Disebabkan kewujudan vakum kekuasaan yang memperlihatkan “sistem Islam” tidak lagi didaulatkan itu, gerakan-gerakan ini berusaha untuk mewujudkan daulah yang baharu di tengah hiruk-pikuk modeniti.

Sesi perbincangan bahagian kedua ini akan berfokus pertamanya kepada bab 4, iaitu berkenaan isu Ruang Perundangan (the Legal), Ruang Kepolitikan (the Political), dan Ruang Moraliti (the Moral). Kita akan meninjau bagaimana ruang moraliti-perundangan itu dibina berasaskan andaian-andaian dalam sebuah negara moden. Perkara ini seterusnya akan dibuktikan bercanggah dengan aspirasi kefaqihan sepanjang tradisi Islam.

Kemudian, bab 5 pula akan ditinjau. Bab ini merupakan usaha untuk memahami rekayasa moden terhadap konsep “diri” (the self), yakni bagaimana manusia moden memahami dirinya sendiri sebagai “subjek kepolitikan” (political subject). Perkara ini tidak wujud dalam vakum, tetapi ia sebenarnya menanggung beban sejarah dan sosio-politik moden, yang boleh jadi bercanggah dengan konsep “diri” di sisi Syariat Islam. Pemahaman ini adalah penting supaya kita memahami mengapa hakikat negara moden itu sendiri, bersama segala andaian di sebaliknya, adalah mustahil untuk menampung aspirasi Syariat.

Apakah dia ruang-ruang berbeza tadi? Apakah pula aspirasi Syariat? Apakah pula andaian yang membentuk konsep “diri” dalam struktur negara moden? Di bahagian kedua inilah, kita akan meninjau bab 4 dan bab 5 buku ini.

Tentang Pengarang

Wael B. Hallaq adalah seorang Avalon Foundation Professor dalam bahagian Sains Kemanusiaan di Columbia University. Penyelidikan beliau melangkaui beberapa bidang termasuk undang-undang, teori perundangan, falsafah, teori politik, dan logika. Penerbitannya termasuk The Impossible State: Islam, Politics, and Modernity’s Moral PredicamentShari’a: Theory, Practice, TransformationsAn Introduction to Islamic Law; and Authority, Continuity, and Change in Islamic Law. Hasol kerjanya telah diterjemahkan dalam pelbagai bagasa termasuk Arab, Indonesia, Yahudi, Jepun, Parsi, Turki, dan Rusia.

 

Program

1100-1110AM:  Pengenalan oleh Pengerusi, Ahmad Muziru Idham

1110-1200AM:  Pembentangan oleh Basil Hazman Baharom

1200-100PM:    Diskusi

100PM:              Solat dan makan tengahari

 

Anjuran: Islamic Renaissance Front

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022