Seminar Antarabangsa Kedua “Islam Tanpa Sekte”
August 11, 2016

 

sept_event6_Bahasa

Tarikh: Sabtu, 10 September 2016
Tempat: Concorde V, Concorde Hotel KL
Masa: 10AM – 5PM

Pendaftaran: https://www.eventbrite.com/e/seminar-antarabangsa-kedua-islam-tanpa-sekte-tickets-27042995327

Ucaptama oleh:
Al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin
Al-Ittihaad al-‘Aalami li’ Ulama’i al-Muslimin‎.

Ahli Panel:
Dr Chandra Muzaffar, JUST
Prof Azyumardi Azra, UIN
Dr Karim Douglas Crow, RVP
Dr Syed Farid Alatas, NUS

Pengaturcara:
Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa

 

Dan berpegang teguhlah, kalian semua, kepada ikatan dengan Tuhan, dan janganlah kamu berpecah belah antara satu sama lain. Dan ingatlah nikmat yang Tuhan telah limpahkan kepada kamu:bagaimana, ketika kamu saling bermusuhan, Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmatnya kamu bersaudara; dan [bagaimana, ketika] kamu hampir terjerumus ke dalam jurang yang menyala. Dia menyelamatkan kamu darinya. Dengan cara ini Tuhan menerangkan pesannya kepada kamu, supaya kamu beroleh petunjuk. [Āl ‘Imran, 3: 103]

Menggemakan semangat daripada potongan ayat al-Qur’an yang dipetik di atas, Islamic Renaissance Front (IRF) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan “Seminar Antarabangsa tentang Islam Tanpa Sekte” pada 2013 untuk membahaskan isu perpecahan yang sekian lama mencengkam dunia Islam antara puak Sunni dan Shi‘ah yang sering dimanipulasi untuk memenuhi kepentingan politik segelintir pihak. Kami percaya bahawa sebagai sebuah bangsa, seseorang harus melangkaui batas politik sekte dan memasuki paradigma baru yang inklusif dan jama‘i.

Berdasarkan kepada contoh yang mutakhir kita telah melihat di Malaysia, dan di seluruh dunia Islam, permusuhan antara puak Sunni dan Shi‘i telah menjadi ciri yang dominan daripada hubungan-antara Muslim hari ini. Malah, dekad pertama daripada kurun ke-21 ini akan dikenal sebagai tempoh konflik yang berlarutan antara dua mazhab utama Islam ini.

Melihat kepada beberapa tahun yang terakhir sahaja contoh kepada konflik ini tidak pernah lebih menyolok: Kaum Shi‘ah telah diperlakukan dengan ganas di Bahrain, Pakistan, Indonesia dan Mesir, sementara kaum Sunni di Iraq telah menjadi sasaran militan Shi‘ah ketika pemerintahan Presiden Nouri al-Maliki. Tentunya seseorang dapat mengesan tren yang sama dalam sejarah yang panjang dari peradaban Islam.

Namun, episod sejarah yang mengaibkan ini tidak harus sesekali menjadi justifikasi untuk mengatakan bahawa dua kumpulan ini telah dengan pasrah sudah tidak dapat didamaikan. Ya, terdapat banyak perbezaan teologi dan ideologi antara Sunni dan Shi‘ah, tetapi dalam sebahagian besar daripada sejarah Islam Sunni dan Shi‘i hidup di bawah kondisi yang saling bertimbang rasa dan harmonis ketimbang dari kebencian dan permusuhan.

Justeru, adalah merupakan kesilapan yang besar untuk mencadangkan bahawa konflik antara sekte yang kita saksikan hari ini di seluruh dunia lahir daripada perbezaan doktrin ini. Sebaliknya, apa yang kita lihat hari ini kurang berkait dengan agama, dan lebih kepada penyalahgunaan sentimen agama oleh sesetengah kumpulan untuk menggembling massa bagi tujuan politik mereka sendiri yang meragukan lagi jahat.

Seminar Antarabangsa Kedua tentang Islam Tanpa Sekte akan berusaha untuk membahaskan isu ini, dan dan mengulangi mesej persatuan dan toleransi sebagaimana digambarkan dalam The Amman Message (Risalah Amman) pada tahun 2004. Kami berharap agar majlis ini dapat mencetuskan lebih banyak wacana dan dapat menggembling para pemimpin dan masyarakat Islam untuk menolak perpecahan mazhab yang dibikin-bikin antara Sunni dan Shi‘i dan mengambil kerangka pemikiran yang lebih merangkul dan jama‘i untuk menciptakan lingkungan yang lebih tolerer dan harmonis dalam masyarakat.

Seminar ini akan dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Anggota Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (Al-Ittihaad al-‘Aalami li’ Ulama’i al-Muslimin) dan akan menampilkan Dr Chandra Muzaffar dari International Movement for A Just World (JUST), Prof Azyumardi Azra dari Fakulti Adab dan Kemanusiaan, Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta, Dr Karim Douglas Crow dari Council for Research in Values and Philosophy (RVP) dan Dr Syed Farid Alatas dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).

Dato’ Dr. Ahmad Farouk Musa dari Islamic Renaissance Front akan mengaturcara majlis. Majlis akan dilangsungkan pada hari Sabtu, 10 September 2016, di Concorde V, Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

Dianjurkan oleh: Islamic Renaissance Front

Program:

0930-1000: Pendaftaran
1000-1005: Ucapan Pembukaan oleh Pengerusi Majlis, Dr Elma Berisha
1005-1020: Ucaptama oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin
Al-Ittihaad al-‘Aalami li’ Ulama’i al-Muslimin‎.
1020-1030: Ucapan by Pengaturcara Majlis Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa
1030-1115: Pembentangan Kertas Kerja oleh Dr Chandra Muzaffar, International
Movement for A Just World (JUST)
1115-1200: Pembentangan Kertas Kerja oleh Prof Azyumardi Azra, Faculty Adab
dan Kemanusiaan, Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah (UIN),
Jakarta
1200-1300: Diskusi
1300-1430: Makan Tengah Hari dan Solat
1430-1515: Pembentangan Kertas Kerja oleh Dr Karim Douglas Krow, Council for
Research in Values and Philosopy (RVP)
 1515-1600: Pembentangan Kertas Kerja oleh by Dr Syed Farid Alatas, National
University of Singapore
1600-1700: Diskusi
1700: Tamat

 

 

Biografi Rinci Para Pembicara yang Diundang

Al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin adalah ulama yang terkenal lagi disegani. Beliau adalah anggota Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) yang aktif dan dipilih sebagai Presidennya dari tahun 1999 hingga 2003. Beliau juga memimpin gerakan Islam yang lain yakni Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA). Kini beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara [PAN], parti politik baru yang memperjuangkan politik Islam. Beliau juga adalah anggota Majlis Islam yang berprestij dan termasyhur, Al-Ittihaad al-‘Aalami li’ Ulama’i al-Muslimin – Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, yang diasaskan pada 2004 dan diketuai oleh Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawy.
Dr Chandra Muzaffar seorang aktivis sosial merangkap ahli akademik. Beliau adalah Presiden International Movement for A Just World (JUST), badan swadaya antarabangsa yang berpusat di Malaysia, yang berusaha mengkritik ketidakadilan global dan untuk membangunkan visi alternatif terhadap peradaban yang adil dan penyayang yang dipandu oleh nilai-nilai moral dan spiritual yang universal. Beliau telah menghasilkan penerbitan yang ekstensif tentang dialog peradaban, politik antarabangsa, agama, hak asasi dan masyarakat Malaysia.

Prof Azyumardi Azra adalah Profesor Senior dalam Sejarah dan Kebudayaan di Fakulti Adab dan Kemanusiaan, Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta. Beliau merupakan seorang sejarawan yang cemerlang, seorang pendidik yang progresif dan seorang intelektual Islam yang menerima penghargaan tinggi sebagai seorang modernis bagi sokongannya terhadap kefahaman Islam moderat. Pada tahun 2010,, beliau telah dianugerahkan sebagai Commander of the Most Excellent Order of the British Empire (CBE), sebuah darjah kemuliaan daripada Kerajaan British. Dengan hal yang demikian, beliau menjadi orang bukan bangsa Inggeris pertama yang menggunakan pangkat ‘Sir’ pada pangkal namanya. Beliau juga merupakan penulis bagi sebuah buku penting yang bertajuk The Origins of Islamic Reformism in Southeast Asia (2004).

Dr Karim Douglas Crow kini adalah kini Penyelaras Penyelidikan bagi Council for Research in Values and Philosophy (RVP), sebagai autoriti bagi rasionaliti Islam dan perpecahan Syiah-Sunni. Beliau adalah Felo Utama di International Institute of Advanced Islamic Studies Malaysia, di Kuala Lumpur selama enam tahun; sebelumnya, beliau mengajar di ISTAC. Penyelidikan Crow memberi tumpuan kepada isu-isu hubungan etika Muslim dengan kemodenan Euro-Amerika. Beliau adalah seorang ahli gabungan senior bagi Nonviolence International (berpangkalan di WDC), di mana beliau mengembara di seluruh Asia demi menganjurkan seminar-seminar kajian keamanan Islam dengan para ulama, pegawai-pegawai dan aktivis-aktivis. Beliau turut aktif dalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang menjalinkan keamanan antarabangsa dan serantau dari Palestin ke Indonesia dan Jepun.

Dr Syed Farid Alatas adalah Profesor Madya dalam Sosiologi di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Beliau juga mengetuai Jabatan Pengajian Melayu di NUS dari 2007 ke 2013. Beliau mengajar di Universiti Malaya di Jabatan Pengajian Asia Tenggara sebelum menyertai NUS. Bidang kepakarannya adalah sosiologi sejarah, sosiologi sains sosial, sosiologi agama dan dialog antara-peradaban. Di antara bukunya yang terkini adalah Alternative Discourse in Asian Sosial Science: Responses to Eurocentrism (Sage, 2006), Ibn Khaldun dan beberapa yang lain.

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022