Seminar Pemikiran Reformis – Siri IV: Muhammad Asad & Peluncuran buku: Islam Di Persimpangan Jalan (Islam At The Crossroads)
August 24, 2016

Date: Sabtu, 24 September 2016
Time: 10AM – 2PM
Venue: Concorde V, Concorde Hotel, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

Registrationhttps://www.eventbrite.com/e/seminar-pemikiran-reformis-siri-iv-muhammad-asad-tickets-27051468671

Ucaptama: YB Saari Sungib

Panelis:
Dr Azhar Ibrahim,
National University of Singapore

Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa
Islamic Renaissance Front

Moderator: Ustaz Dr Rozaimi Ramle

Anjuran: Islamic Renaissance Front

 

Muhammad Asad, atau nama asalnya Leopold Weiss, salah seorang pemikir Islam teragung yang pernah hidup, akan tetapi hampir tidak di kenali di Barat dan suatu misteri bagi kebanyakan orang Islam sendiri.

Tetapi, kepada mereka yang mengikuti kehidupannya melalui buku-buku dan penulisannya, pasti mengetahui bahawa tidak ada seorangpun yang lebih banyak memberi sumbangan di dalam zaman ini terhadap kefahaman Islam dan kebangkitan umat Islam, atau berkerja lebih keras untuk membina jambatan diantara Timur dan Barat, melebihi daripada Muhammad Asad.

Dalam pengkajian beliau mengenai al-Qur’ān, Muhammad Asad mendapati bahawa kejatuhan umat Islam bukanlah disebabkan oleh kekurangan yang ada dalam sistem Islam tetapi kegagalan umat Islam itu sendiri untuk menghidupkannya. Bukan umat Islam yang yang menjadikan Islam itu hebat, tetapi Islam itu sendirilah yang membuatkan umat Islam itu hebat. Namun apabila kepercayaan dan aqidah mereka menjadi adat kebiasaan dan berhenti daripada menjadi program dalam kehidupan, yang sepatutnya senantiasa dikejar sebagai matlamat, dorongan kreativiti yang menjadi asas ketamadunan menjadi lesu dan beransur-ansur hilang kemudiannya bertukar kepada kemalasan, kemandulan dan kemerosotan kebudayaan.

Muhammad Asad yakin bahawa lapisan asing yang telah menyelubungi Islam perlu dibersihkan sebelum ummah boleh bangun dan tersedar daripada pembacaan dan pengulangan yang berterusan, taqlid yang tidak berkesudahan, dan sebelum dunia Islam boleh bangun daripada kepasifan. Daripada detik itulah, kebangkitan umat Islam menjadi matlamat Muhammad Asad dalam kehidupan. Beliau mengembara jauh dalam ertikata pengembaraan yang sebenarnya, berbincang dengan raja-raja, pemimpin-pemimpin dan orang kebanyakan “diantara padang pasir Libya dan pergunungan Pamir, diantara selat Bosporus hingga ke lautan Hindi,” dan mula menulis segala idea-ideanya ke atas lembaran kertas.

Bukunya “Islam at the Crossroads”, yang diterbitkan pada tahun 1934, masih menakjubkan pembaca kontemporari dengan analisisnya tentang kejatuhan umat Islam dan preskrikpsi beraninya untuk menanam keyakinan jatidiri kepada dunia Islam yang menderita akibat daripada serangan teknologi Barat.

Lantaran itu, seminar ini bertujuan untuk meninjau semula pemikiran dan perjuangan yang digagaskan oleh pentafsir al-Qur’an dan pemikir reformis ini, Muhammad Asad secara khusus dan agenda kaum reformis secara umumnya.

Program:

0930-1000: Pendaftaran dan minum pagi
1000-1005: Ucapan oleh Pengerusi majlis, Shuhaib Ar Rumy Ismail
1005-1020: Ucapan perasmian oleh Dr Fadlullah Wilmot, Pengarah, Islamic Relief Australia
1020-1035: Ucaptama dan peluncuran buku “Islam Di Persimpangan Jalan” oleh YB Saari Sungib
1035-1045: Ucapan pengenalan oleh moderator, Ustaz Dr Rozaimi Ramle
1045-1145: Pembentang I: Dr Azhar Ibrahim
“Membaca Cendikia Muslim: Suatu Penilaian Kritis”
1145-1245: Pembentang II: Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa
“Metodologi Hermeneutika Tafsir Muhammad Asad”
1245-1400: Perbincangan dan soal jawab
1400: Makan tengahari dan solat

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022