Seminar PemikiranReformis – Siri III – Syed Shaykh al-Hady
April 3, 2016

poster_r3_v1

Tarikh: Sabtu, 23 April 2016
Masa: 10AM – 1PM
Tempat: Concorde Hotel, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

Pendaftaranhttps://www.eventbrite.com/e/seminar-pemikiran-reformis-siri-iii-syed-shaykh-al-hady-tickets-21696687376

 

“Lantaran itulah Kaum Muda beranggapan bahawa bukan semua pekataan yang diucapkan oleh ulama itu benar dan wajib diterima sepertimana kita menerima apa yang tertulis di dalam al-Qur’an.”
” [Syed Shaykh al-Hady dalam Perchayakan Ulama: Pertelingkahan di-antara Kaum Tua dengan Kaum Muda]

Sayid Jamal al-Din al-Afghani, Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Redha merupakan tokoh mujaddid yang besar dan tiga kekuatan yang ideal yang telah menggerakkan perubahan yang signifikan di dunia Islam pada abad ke 19-20 Masihi. Dan perjuangan islah itu dilanjutkan di Malaya oleh seorang ulama daripada kalangan elit Hadhrami, Syed Shaykh al-Hady (1867-1934), yang telah mencetuskan pemikiran baru dengan mengapungkan faham pembaharuan dan reformasi Islam yang telah dicanangkan oleh Abduh di Mesir.

Al-Hady menggagaskan perubahan yang substantif dengan menterjemahkan Tafsir al-Manar yang ditulis oleh Rashid Redha daripada pengajaran Muhammad Abduh dan mengembangkan pemikiran dan karyanya seperti dalam buku Ugama Islam dan Akal. Beliau turut menyebarkan faham pembaharuan ini lewat majalah al-Imam, al-Ikhwan dan Saudara yang meniupkan semangat perubahan dan kebangkitan dan mencetuskan gagasan pembaharuan dan penentangan terhadap penjajah yang menjadi pemangkin kepada perjuangan menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu, pada awal tahun 1920-30an.

Falsafah pemikirannya dipengaruhi secara langsung daripada pengaruh al-Manar dan gagasan Pan Islamisme yang dicetuskan oleh al-Afghani dan Abduh di Mesir. Ia memperjuangkan aspirasi pembaharuan yang diilhamkan oleh Ibn Taimiyah dan muridnya Ibn Qayyim al-Jawziyah pada kurun ke 7H.

Beliau mempertahankan mazhab salafiyah yang diperjuangkan oleh Abduh dan melanjutkan usahanya dalam mencanangkan fikrah pembaharuan dan tajdid, mendobrak benteng taqlid, merangkul tradisi moden dan meraikan ijtihad. Lantaran demi menegakkan perjuangan inilah beliau telah dilabel sebagai Muktazilah dan kaum al-Manar.

Lantaran itu, seminar ini bertujuan untuk meninjau semula pemikiran dan perjuangan yang digagaskan oleh pemikir reformis ini, Syed Shaykh al-Hady secara khusus dan agenda reformis sekelian Kaum Muda secara umumnya.

Program:

0930-1000: Pendaftaran dan minum pagi
1000-1005: Ucapan oleh Pengerusi majlis, Muhammad Syamil Dzulfida
1005-1020: Ucapan perasmian oleh Dato’ Mohammed Ab. Halim Ab. Rahman, Chairman, Malaysian Sociology Research Institute (MSRI)
1020-1100: Ucaptama dan peluncuran buku “The Real Cry of Syed Shaykh al-Hady” oleh Sahibus Samahah Dato’Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin
1100-1110: Ucapan pengenalan oleh moderator, Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa
1110-1200: Pembentang I: Dr Azhar Ibrahim – “Berakal dan bermaruah: Gagasan reformisme Syed Shaykh al-Hady”
1200-100: Perbincangan dan soal jawab
100: Makan tengahari dan bersurai

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022