WEBINAR: Memperingati Bapak Bangsa, Buya Syafii Maarif (Mei 31, 1935 – May 27, 2022) bersama Dr Azhar Ibrahim & Dr. Piet Hizbullah Khaidir
July 14, 2022

Tarikh: Sabtu, 30 Julai 2022
Waktu: 2PM MYT || 1PM WIB

 

Panelis:

Dr. Azhar Ibrahim, National University of Singapore (NUS)
Dr. Piet Hizbullah Khaidir,  Sekolah Tinggi Ilmu al-Qur’an& Sains Al-Ishlah (ISTIQSI)

Moderator:

Ahmad Muziru Idham Adnan, Program Manager, Islamic Renaissance Front (IRF)

 

Anjuran: Islamic Renaissance Front

 

Daftar di: : https://www.eventbrite.com/e/webinar-memperingati-bapak-bangsa-buya-syafii-maarif-tickets-384539948337

*The Zoom link for the Webinar will be sent to your email on Friday, 30th July.

Walaupun media di negara ini sunyi sepi daripada mewar-warkan pemergian seorang tokoh ulama’ Nasantara, namun beliau tidak akan hilang dimamah sejarah. Hari Jumaat, tanggal 27 Mei yang baru lalu, seorang putra terbaik yang mendapat jolokan Bapak Bangsa ini telah pulang ke rahmattullah pada usia 87 tahun. Beliau juga adalam mantan Ketua Umum Pimpinan Muhammadiyah Pusat dari tahun 1998 hingga 2005.

Buya Syafii Maarif lahir di Nagari Calau, Sumpur Kudus, Kabupaten Sijunjung, Sumatera Barat pada 31hb Mei 1935. Beliau mula bersentuhan dengan Muhammadiyah semejak kecil dan pernah menuntut ilmu di Madrasah Muallimin Muhammadiyah Lintau, Sumatera Barat. Semasa beliau ke Yogyakarta, yang kemudiannya menjadi tempat tinggal sehingga ke akhir hayatnya, keterlibatannya dalam Muhammadiyah semakin aktif. Beliau meneruskan pengajiannya di Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan Yogyakarta yang kini dikenali sebagai Universitas Negeri Yogyakarta dan tamat pada tahun 1968. Semasa masih menjadi pelajar, beliau aktif di Lembaga majalah pelajar Muallimin sehingga kemudian menjadi jurnalis dan editor di Suara Muhammadiyah selain aktif dalam Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) pada masa itu.

Beliau kemudiannya ke Ohio State University untuk mendapat gelar Sarjana dan ke University of Chicago untuk PhD-nya dibawah bimbingan Fazlur Rahman dengan tesis berjudul “A study of the Islamic Political Ideas as reflected in the Constituent Assembly Debates in Indonesia”. Lantaran kerana itulah maka beliau dikatakan sebagai salah seorang dari Tiga Pendekar dari Chicago yang merupakan anak murid didikan Fazlur Rahman. Pendekar lainnya adalah Nurcholis Madjid atau lebih dikenali sebagai Cak Nur, serta Amein Rais. Namun segi pemikirannya lebih rapat kepada Cak Nur daripada Amein Rais. Selain menjabat sebagai Ketua Umum Muhammadiyah, beliau juga Presiden bagi World Conference on Religion for Peace, dan pendiri Maarif Institute. Beliau juga menulis kata alu-aluan dalam Risalah al-Qur’an, terjemahan daripada The Message of the Qur’an oleh Muhammad Asad terbitan bersama Islamic Renaissance Front dan Maarif Institute.

Buya Syafii wafat kerana serangan sakit jantung di Rumah Sakit PKU Muhammadiyah, Gampang, Yogyakarta dan dikebumikan di Permakaman Muhammadiyah di Dusun Donomulyo, Kecamatan Nanggulan, Kabupaten Kulonprogo. Walaupun beliau behak untuk dimakamkan di Taman Makam Pahlwan, Kalibata, kerana pernah menerima penghargaan Bintang Mahaputera daripada Presiden Jokowi, namun Permakaman Muhammadiyah lah menjadi tempat persemadiannya yang abadi. Maka webinar ini akan membincangkan tentang tokoh ulama’ Nusantara yang begitu banyak jasanya untuk dihuraikan dalam masa yang teramat singkat ini.

Pembicara

Dr. Azhar Ibrahim adalah Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Beliau telah menerima PhD, MA, daripada Jabatan yang sama pada tahun 2002 dan 2008. Disertasi beliau bertumpu pada hal humanisme dan intelektualisme dalam kesusasteraan ilmuwan Melayu manakala tesis MA beliau adalah berkenaan kajian orientasi keagamaan seperti yang tercermin dalam masyarakat feudal Melayu dan penerusannya hingga ke hari ini. Beliau mengambil jurusan Pengajian Melayu dan Pengajian Asia Tenggara pada peringkat ijazah. Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah selama hampir sedekad di Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE), Universiti Teknologi Nanyang, mengajar persuratan Melayu klasik dan moden, sosiologi Bangsa Melayu, dan juga tradisi intelektual dan peradaban Islam. Beliau juga telah berjaya menyiapkan pengkajian di peringkat pasca kedoktoran di Faculty of Theology, University of Copenhagen, Denmark (2009/2010), dan kemudian di Temple University, USA (2010/2011). Kajian beliau berfokus pada Teologi Sosial dalam Muslim Asia Tenggara: Trend dan Cabaran, dan Teologi Dialog dalam. Masyarakat Melayu-Indonesia: Prospek dan Halangan. Beliau telah menulis banyak makalah dan buku-buku dalam bahasa Inggeris dan Melayu dan sangat aktif memberikan syarahan di Malaysia dan juga antarabangsa.

Dr. Piet Hizbullah Khaidir baru sahaja menyelesaikan studi Doktoralnya dalam bidang Ilmu Al-Qur’an dan Tafsir dari Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Ampel Surabaya. Meraih Master of Arts (MA)dalam bidang Religion and Politics (Religious Studies and Development Studies) di School of Theology and Philosophy, Faculty of Arts, the University of Leeds. Beliau adalah Mantan Ketua Umum Dewan Pimpinan Pusat Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah (2001 – 2003), Ketua Pimpinan Pusat Pemuda Muhammadiyah (2006 – 2010), Wakil Ketua Lembaga Penelitian dan Pengembangan Pimpinan Pusat Muhammadiyah (2010 – 2015), dan kini berkhidmat sebagai Ketua Bidang Dakwah Pimpinan Ranting Muhammadiyah Sendangagung Paciran Lamongan Jawa Timur (2016-2021). Sejak tahun 2015, Piet dilantik sebagai Wakil Pengasuh Pondok Pesantren (Ponpes) Al-Ishlah Sendangagung Paciran Lamongan, merangkap sebagai Sekretaris Dewan Pengurus Ponpes Al-Ishlah dan Ketua Sekolah Tinggi Ilmu Al-Qur’an dan Sains Al-Ishlah (STIQSI) Lamongan. Sebelumnya, pada 2011 -2014, sebagai Pensyarah Pengantar Filsafat Barat dan Filsafat Ilmu di Universitas Muhammadiyah Jakarta (UMJ), dan pada tahun 2013-2015 bersama temannya dari Mesir menangani Easy Arabic, sebuah lembaga yang konsen pada pengembangan bahasa Arab dan Al-Qur’an. Pada tahun 2007 – 2010, beliau bekerja sebagai Direktur Program di Centre for Dialogue and Co-operation Amongst Civilisations (CDCC), sebuah lembaga yang didirikan oleh Prof. Dr. M. Din Syamsuddin. Pada tahun 2005 – 2008, beliau bekerja sebagai staf ahli Fraksi Partai Amanat Nasional (F-PAN) DPR-RI. Terakhir, pada 2003-2005 bekerja sebagai Direktur Program Diskusi Publik Maarif Institute.

Program

200-210PM:    Pengenalan oleh Moderator, Ahmad Muziru Idham Adnan
210-240PM:    Pembentangan oleh Dr. Azhar Ibrahim, National University of Singapore (NUS)
240-310PM:    Pembentangan oleh Dr. Piet Hizbullah Khaidir, Sekolah Tinggi Ilmu al-Qur’an & Sains Al-Ishlah (STIQSI) Lamongan
310-355PM:    Perbincangan
355-400PM:    Penutup oleh Moderator, Ahmad Muziru Idham Adnan

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022