WEBINAR: Pembelajaran Dalam Talian Era COVID-19: Isu dan Cabaran ke Arah Kesetaraan dalam Pendidikan
January 4, 2021

Tarikh: Sabtu, 30 Januari 2021

Waktu: 11AM MYT | 7PM PST (29 Januari 2021)

Panelis:

1.Dr.  M. Bakri Musa, Pakar Bedah di St. Louise Regional Hospital, California & Penulis buku “Liberating The Malay Mind”

2.Dato’ Dr. Madeline Berma, Felo, Akademi Sains Malaysia & Pesuruhjaya bagi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

 

Anjuran: Islamic Renaissance Front

 

Daftar di: https://www.eventbrite.com/e/webinar-pembelajaran-dalam-talian-era-covid-19-isu-dan-cabaran-tickets-135253870969

 

Pautan Zoom akan dihantar pada hari Jumaat 29 Januari 2021 pada mereka yang mendaftar.

Anda dijemput untuk menghantar sebarang soalan terlebih dahulu kepada pembicara di [email protected]

 

Isu pendidikan merupakan isu yang sangat penting bukan sekadar kepada masyarakat, malahan ia menjadi suatu isu di peringkat global. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menggaskan projek Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Growth, SDG), di mana isu inklusiviti pendidikan telah menjadi Matlamat ke-4 dalam projek SDG tersebut. Matlamat ke-4 SDG menekankan tentang kualiti pendidikan yang inklusif dan saksama serta mempromosi peluang pendidikan sepanjang hayat dalam memberi tumpuan kepada pembasmian diskriminasi gender dan memastikan akses pendidikan yang setara kepada semua orang, termasuklah golongan kurang upaya.

Dalam hal ini, suatu perkara yang perlu diperhatikan adalah cabaran COVID-19 ini telah mewujudkan suatu inisiatif baharu dalam dunia pendidikan, di mana konsep pembelajaran dalam talian yang sebelum ini agak terbatas penggunaannya telah diperluaskan jaringannya kepada semua peringkat pendidikan, iaitu daripada peringkat sekolah rendah, menengah, sehinggalah kepada pendidikan tinggi. Ketika banyak institusi pendidikan terpaksa ditutup dan semua pelajar perlu banyak menghabiskan masa berada di rumah, maka sistem pengajaran dan pembelajaran diteruskan dengan penerapan sistem pembelajaran dalam talian bagi memastikan agar akses pendidikan dapat diteruskan walau apa jua keadaan sekalipun.

Namun begitu, dalam keadaan kecanggihan teknologi yang menjadikan pendidikan itu dapat diakses dan diikuti di semua tempat, persoalan yang harus difikirkan ialah tentang keterbatasan bagi orang-orang miskin dan masyarakat pedalaman yang memiliki halangan dari sudut kewangan mahupun akses talian internet untuk menggunakan teknologi canggih bagi urusan pembelajaran dalam talian tersebut. Orang-orang miskin kurang berkemampuan untuk membeli teknologi seperti telefon bimbit dan melanggan internet, manakala masyarakat pedalaman ditambah lagi dengan masalah tidak mempunyai akses internet yang mencukupi bagi mengikuti aktiviti pembelajaran dalam talian tersebut. Keterbatasan tersebut menjadi suatu cabaran bagi semua pihak dalam memikirkan langkah penyelesaian yang berkesan untuk dilaksanakan bagi memastikan agar semua pihak daripada semua peringkat masyarakat dapat menikmati hak untuk mendapat akses pendidikan yang baik dan sama dengan semua orang. Memetik kata-kata John F. Kennedy, “Not everyone has equal abilities, but everyone should have equal opportunity for education“.

Maka, dalam webinar ini, perbincangan akan menekankan tentang keberkesanan pembelajaran dalam talian, khususnya pada era COVID-19 ini. Selain daripada persoalan cabaran dan penyelesaian berkaitan isu ini, isu terpenting yang akan dibincangkan ialah tentang bagaimana dalam memastikan aspek pembelajaran dalam talian ini adalah bersifat inklusif dan dapat diakses oleh semua para pelajar, termasuklah daripada golongan yang miskin dan mereka yang tinggal di pedalaman. Perbincangan ini akan memberi impak dalam menaik taraf tahap literasi pendidikan di Malaysia ini, terutamanya memanfaatkan kaedah pembelajaran dalam talian demi perolehan ilmu yang setara kepada semua lapisan masyarakat.

 

Profil Pembicara:

Dr. M. Bakri Musa merupakan seorang pakar bedah di St. Louse Regional Hospital, California. Beliau banyak menulis mengenai isu-isu semasa di Malaysia, di mana tulisan-tulisannya disiarkan di Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, Singapore’s Straits Times, The New Straits Times, dan The Sun Daily. Beliau juga merupakan kolumnis di MalaysiaKini bagi kolum Seeing It My Way. Dr. Bakri telah menulis beberapa buah buku, iaitu The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia (1999), Malaysia in the Era of Globalization (2002), An Education System Worthy of Malaysia (2003), “Seeing Malaysia My Way (2003),  and With Love, From Malaysia (2004), Moving Malaysia Forward (2008) serta beberapa buah buku lagi yang lain termasuklah bukunya yang terkenal, iaitu Liberating The Malay Mind (2013) dan buku terbarunya, The Plundering Of Malaysia: Najib Razak And The 1MDB Debacle (2020).

Dato’ Dr. Madeline Berma merupakan seorang Felo di Akademi Sains Malaysia. Dalam masa yang sama, beliau juga merupakan Pesuruhjaya bagi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1982; dan menamatkan Sarjana Sastera di University of Wisconsin, Amerika Syarikat pada tahun 1986. Selepas itu, beliau menerima PhD di University of Dull, England pada tahun 1997. Dr. Madeline mendapat penghargaan tinggi kerana pengalaman akademiknya selama 35 tahun, di mana beliau memegang pelbagai jawatan selama bertahun-tahun di bawah UKM. Pada masa ini, selain sebagai Pesuruhjaya di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, beliau juga merupakan perunding di bawah NuMind Plus Training and Consultancy. Pengkhususan penerbitan dan penyelidikannya yang lalu adalah dalam bidang ekonomi pembangunan, yang meliputi bidang kemiskinan, ketidaksamaan, pembangunan desa, pembangunan wanita dan masyarakat terpinggir. Beliau dianugerahkan tiga pengiktirafan khas, iaitu Pingat Ahli Bintang Kenyalang (ABK), anugerah khas Wanita dalam Pendidikan Sarawak, dan Tokoh Wanita Sempena Hari Pekerja (CUEPACS).

 

Program:

11.00-11.10AM : Pengenalan oleh moderator, Shamshir Alam, Pengarah, Islamic Renaissance Front

11.10 – 11.45AM : Perbentangan oleh Dr. M. Bakri Musa, Pakar Bedah di St. Louise Regional Hospital, California & penulis buku “Liberating The Malay Mind”

11.45-12.15PM : Perbentangan oleh Dato’Dr. Madeline Berma, Felo, Akademi Sains Malaysia & Pesuruhjaya bagi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

12.15-12.50PM : Perbincangan & Soal Jawab

12.50-1.00PM   : Kesimpulan daripada Moderator

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022