WEBINAR: Pandemik COVID-19: Membela golongan yang hilang peluang pendidikan (learning loss) akibat wabak pandemik
February 12, 2021

Tarikh: Sabtu, 20 Februari 2021

Waktu: 3 PM MYT

 

Panelis:

1. Profesor Emeritus Jomo Kwame Sundaram, Penasihat Kanan, Khazanah Research Institute; Felo, Akademi Sains Malaysia.

2.Dato’ Dr. Madeline Berma, Felo, Akademi Sains Malaysia; Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

 

Anjuran: Islamic Renaissance Front

 

Daftar di:https://www.eventbrite.com/e/webinar-pandemik-covid-19-membela-golongan-yang-hilang-peluang-pendidikan-tickets-141423849541

 

Pautan Zoom akan dihantar pada hari Jumaat 19 Februari 2021 pada mereka yang mendaftar.

 Anda dijemput untuk menghantar sebarang soalan terlebih dahulu kepada pembicara di [email protected]

 

Nampaknya situasi sekarang ini semakin bertambah tenat yang seakan tiada berkesudahan.. Dengan meningkatnya kadar jangkitan baru, kemungkin besar kesemua sekolah akan terus ditutup sehingga tahun 2021. Kita juga sangat sedar bahawa bebanan berat yang perlu ditanggung untuk pengajian jarak jauh bagi tempoh yang berpanjangan ini, selain daripada peningkatan kadar kemurungan (depression) dan keresahan (anxiety); iaitulah apa yang dikenali sebagai kehilangan peluang pendidikan (learning loss). Pakar-pakar telah menjangkakan tentang berlakunya kehilangan peluang pendidikan ini apabila keadaan semasa telah menunjukkan indikator yang jelas bahawa situasi ini tidak akan berakhir dalam tempoh yang singkat dan pandemik ini akan menyebabkan sekolah-sekolah ditutup dalam suatu tempoh yang lama. Dengan tahun persekolahan yang berterusan seperti ini, maka makin banyak hilangnya peluang pendidikan. Sedihnya, kelompok pelajar yang paling teruk terkesan daripada situasi ini ialah kelompok pelajar miskin dan terpinggir, khususnya masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak. Walaupun kita mengaku bahawa semua pelajar menderita daripada situasi yang tidak terjangka ini, namun mereka yang menelusuri era pandemik ini dengan peluang akademik yang paling sedikit, merupakan mereka yang mengalami kehilangan peluang pendidikan yang paling besar dan berada pada garis yang mengeluarkan mereka daripada sistem pendidikan ini.

Tetapi ia tidak seharusnya menjadi sebegini. Walaupun kita tidak mampu untuk mengawal virus tersebut tanpa sebuah vaksin yang berkesan – meskipun vaksin-vaksin tersebut dalam proses pembikinan – tetapi kita lebih bersedia untuk berhadapan dengan kesan-kesannya. Keutamaan utama kita adalah untuk mencegah daripada berlakunya lebih banyak lagi para pelajar yang kehilangan peluang pendidikan dengan membawa pulang pelajar-pelajar ini ke sekolah apanila dianggap selamat. Lebih penting lagi, kita perlu menambahbaik akses pembelajaran jarak jauh secara menyeluruh dengan mempertingkatkan infrastruktur yang diperlukan bagi pengajian dalam talian. Malangnya, perkara sedemikian ini tidak mencukupi. Banyak kerusakan yang telah berlaku, dan ramai pelajar telah ditinggalkan terkebelakang dalam pembelajaran mereka. Bagi mengejar semula pengajian mereka yang telah tertinggal, mereka perlu mempertingkatkan peluang untuk mempercepatkan langkah pembelajaran mereka. Dalam masa yang sama, sistem persekolahan juga perlu bersedia dengan strategi-strategi pasca-pandemik bagi membantu para pelajar ini untuk mencapai potensi diri mereka sepenuhnya.

Sama ada kita suka ataupun tidak, pandemik COVID-19 telah mempamerkan dan memperbesarkan jurang perbezaan di antara kelompok sosio-ekonomi yang berbeza di negara ini, iaitu di antara jurang orang kaya dengan orang miskin di bandar-bandar; di antara penduduk bandar dan luar bandar; dan di antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur. Kita telah lihat bahawa dalam hal pendidikan ini, banyak perhatian tertumpu kepada kesenjangan pencapaian (achievement gap), yang sudah tentu semakin melebar disebabkan oleh pandemik ini. Tetapi, bagi mengajukan perihal kesenjangan pencapaian ini dengan lebih tepat, kita juga mesti menganalisis tentang kesenjangan peluang (opportunity gap) yang mendasarinya. Pandemik ini telah memaksa para pelajar yang paling rentan – terutamanya dalam kalangan masyarakat pribumi – ke dalam persekitaran pembelajaran yang paling rumit dengan alat-alat dan sistem sokongan yang tidak mencukupi untuk membantu mereka. Sesungguhmya, dengan pengetahuan dan sistem terkini yang ada di negara kita sekarang ini, adalah sesuatu yang tidak dapat diterima untuk membenarkan perkara sebegini daripada terus-menerus berlaku. Ketika pandemik ini telah menjadi sebuah peristiwa yang mengubah kehidupan dan memaksa generasi pelajar ini untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mencorakkan kehidupan mereka di masa yang akan datang, namun ia juga turut dapat mengilhamkan sebuah generasi baharu yang tidak sekadar berusaha demi kecemerlangan akademik, tetapi dalam masa sama, turut memperjuangkan kesetaraan dalam sistem akademik yang seakan-akan tidak wujud sama sekali pada masa ini.

 

About the Speaker:

 

Dr Jomo Kwame Sundaram merupakan Penasihat Kanan di Khazanah Research Institute, Felo di Akademi Sains, Malaysia, Profesor Emeritus di Universiti Malaya, dan Felo Pelawat di Initiative for Policy Dialogue, Columbia University. Beliau ialah Ketua Pengasas bagi International Development Economics Associates (IDEAs) dan pernah berkhidmat sebagai UN Assistant Secretary General bagi Pembangunan Ekonomi di UN Department of Economic and Social Affairs(DESA) (2005-2012), dan Penolong Ketua Pengarah, Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO) (2012-2015). Pada tahun 2007, beliau telah menerima penganugerahan Wassily Leontief for Advancing the Frontiers of Economic Thought.

Dato’ Dr. Madeline Berma adalah Felo, Akademi Sains Malaysia dan Pesuruhjaya bagi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada lotahun 1982; dan menamatkan Sarjana Sastera di University of Wisconsin, Amerika Syarikat pada tahun 1986. Selepas itu, beliau menerima PhD di University of Hull, England pada tahun 1997. Dr. Madeline mendapat penghargaan tinggi kerana pengalaman akademiknya selama 35 tahun, di mana beliau memegang pelbagai jawatan selama bertahun-tahun di bawah UKM. Pada masa ini, selain sebagai Pesuruhjaya di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, beliau juga merupakan perunding di bawah NuMind Plus Training and Consultancy. Pengkhususan penerbitan dan penyelidikannya yang lalu adalah dalam bidang ekonomi pembangunan, yang meliputi bidang kemiskinan, ketidaksamaan, pembangunan desa, pembangunan wanita dan masyarakat terpinggir. Beliau dianugerahkan tiga pengiktirafan khas, iaitu Pingat Ahli Bintang Kenyalang (ABK), anugerah khas Wanita dalam Pendidikan Sarawak, dan Tokoh Wanita Sempena Hari Pekerja (CUEPACS).

 

Program:

3.00-3.10PM: Pengenalan oleh moderator, Shamshir Alam, Pengarah, Islamic Renaissance Front

3.10-3.45PM: Perbentangan oleh Prof Jomo Kwame Sundaram, Khazanah Research Institute

3.45-4.10PM: Perbentangan oleh Dato’ Dr Madeline Berma, Felo, Akademi Sains Malaysia

4.10-4.50PM: Perbincangan & Soal Jawab

4.50-5.00PM: Kesimpulan daripada Moderator

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022