Konsep Jihad dalam aL-Qur’an menurut Tafsiran Klasik dan Moden – Bahagian II

October 2, 2020

Oleh: Asma Afsaruddin
Terjemahan: Ahmad Muziru Idham Adnan

 

(Artikel asal diterbitkan dalam salah satu bab dalam buku The Oxford Handbook of Qur’anic Studies, suntingan Muhammad Abdel Haleem dan Mustafa Shah)

 

Surah at-Taubah: Ayat 5 dan Surah at-Taubah: Ayat 29

Bagi menyokong pendirian bahawa al-Qur’an memerintahkan peperangan berterusan terhadap golongan bukan Islam atas sebab mereka adalah bukan Islam, maka dua ayat khusus tersebut sering dipetik dalam bacaan-bacaan sekunder mengenai jihad: Ayat pertama ialah ayat 5 surah at-Taubah yang difahami sebagai perintah memerangi semua golongan bukan Islam yang bukan dari tradisi agama Nabi Ibrahim sehinggalah mereka mengubah pegangan mereka; dan ayat kedua daripada ayat 29 surah at-Taubah yang difahami sebagai keperluan untuk berperang melawan Ahli Kitab yang enggan menyerah diri kepada peraturan Islam, yang ditandai oleh bayaran jizyah mereka, ataupun memeluk Islam[1]. Ayat-ayat ini juga adakala disampaikan dalam bacaan ilmiah moden[2] dan tulisan-tulisan militan moden[3] sebagai membatalkan sebilangan ayat yang bersifat perdamaian dalam al-Qur’an. Para sarjana moden lain telah berhujah bahawa, pembacaan ayat-ayat sebegini yang dibaca secara terpisah daripada ayat-ayat lain yang lebih banyak menerangkan tentang garis panduan pertempuran bersenjata yang sah menyebabkan lebih banyak berlakunya penyelewengan dan pemutarbelitan terhadap tujuan utama qitāl (peperangan) dalam al-Qur’an[4].

Sebuah tinjauan terhadap kerja-kerja tafsir utama terhadap ayat-ayat ini mendedahkan hakikat sebuah sudut pandang yang luas terhadap makna ayat-ayat ini pada zaman tradisional, seperti yang berikut.

Surah at-Taubah, ayat 5 berkata, “Apabila bulan-bulan suci itu telah berlalu, maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu di mana-mana saja kamu temui mereka. Tangkaplah mereka dan kepunglah mereka serta awasilah mereka ditempat pengintaian. Tetapi sekiranya mereka bertaubat dan mendirikan solat dan membayar zakat, maka biarlah mereka bergerak dengan cara mereka, kerana Tuhan itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Kebanyakan tafsir tradisional, khususnya pada zaman sebelum zaman Mamluk, membataskan penerapan ayat tersebut kepada golongan musyrikin Arab (mushrikūn) pada kurun pertama/ketujuh dengan mereka yang tidak ada perjanjian (‘ahd) dan mereka yang boleh diperangi di mana-mana saja mereka ditemui dan pada bila-bila masa kecuali pada tiga bulan suci, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharam, di mana peperangan secara tradisinya adalah diharamkan pada zaman sebelum kedatangan Islam. Seperti al-Tabarī, al-Zamakhsharī, dan al-Wāhidī, adalah penting bahawa tafsiran-tafsiran sebelum Mamluk cenderung untuk tidak memberi banyak perhatian terhadap ayat ini; mereka juga tidak berpendapat bahawa ayat 5 surah at-Taubah tersebut telah memansuhkan ayat-ayat lain dalam al-Qur’an yang menasihati hubungan baik dengan orang-orang yang bersifat aman, tanpa mengira pegangan agama mereka.

Al-Tabarī secara khusus menyatakan bahawa, adalah tidak benar untuk mengandaikan yang ayat tersebut memerintahkan untuk membunuh golongan musyrikin pada setiap keadaan; beliau merujuk kepada ayat 4 surah Muhammad yang mana pada konteks ini, ayat tersebut dengan jelas membenarkan agar para tahanan perang ditebus atau dibebaskan tanpa bertangguh lagi[5]. Dalam ulasan ringkasnya, al-Zamakhsharī menyebutkan bahawa golongan musyrikin yang dimaksudkan dalam ayat ini sebagai “mereka yang mengkhianati kamu dan bangkit menentang kamu” yang mungkin akan dibunuh di tempat-tempat yang suci dan tidak suci serta ditawan, dan dibataskan dalam pergerakan-pergerakan mereka[6]. Seperti ulama-ulama sebelumnya, al-Zamaksharī tidak menganggap bahawa ayat ini sebagai ayat yang menaskhkan. Perlu diberi perhatian di sini bahawa gambaran al-Zamaksharī mengenai golongan musyrikin yang harus diperangi secara khususnya adalah orang-orang yang melanggar perjanjian mereka dan memaparkan permusuhan yang nyata terhadap golongan Muslimin, dan bukannya golongan musyrik sebagai sebuah kelompok yang umum.

Mengenai kedudukan dan fungsi ayat 5 surah at-Taubah ini, al-Qurtubī pada kurun ketujuh/ketiga belas – seperti al-Tabarī dan al-Zamakshari sebelumnya – tidak menganggap ayat tersebut telah dimansuhkan (mansukh) atau memansuhkan (nasikh)[7]. Namun begitu, al-Qurtubī meluangkan lebih banyak masa untuk menjelaskan ayat ini berbanding kebanyakan ulama-ulama terdahulu daripadanya, yang menunjukkan bahawa keperluan untuk menjustikasi aktiviti ketenteraan yang berdasarkan kepada kesaksian kitab suci adalah lebih mendesak pada zamannya kerana golongan Muslimin di al-Andalus berhadapan dengan pergerakan tentera-tentera Kristian daripada utara. Perkara ini juga adalah sangat penting bahawa tidak ada mana-mana tafsiran dalam tinjauan ini yang secara khusus menyebut ayat ini sebagai āyat al-sayf (ayat pedang) sehinggalah ia ditafsirkan oleh al-Qurtubī.

Afsaruddin menyatakan bahawa, meskipun Muqātil ibn Sulaimān telah menggunakan istilah āyat al-sayf  dalam tafsirnya[8],  namun tidak ada mana-mana pentafsir terkemudian yang dia selidiki menggunakan tafsiran sebegini khususnya terhadap ayat 5 surah at-Taubah sehinggalah Ibn Kathīr (meninggal dunia pada 774/1373)[9]. Ulasan Ibn Kathīr terhadap ayat ini dan nama langsungnya sebagai ‘ayat pedang’ menunjukkan kepada kita bahawa sebuah pandangan berat sebelah telah berkembang pada kurun kelapan/keempat belas ketika zaman Mamluk. Pandangan berat sebelah tersebut berkembang demi memperoleh sebuah perintah umum yang meluas daripada ayat-ayat al-Qur’an yang sebaliknya dibatasi secara bersejarah – seperti ayat 5 surah at-Taubah – untuk memerangi atau menghukum kesemua mereka yang dianggap sebagai musuh-musuh Islam pada zaman terkemudian. Pada zaman Ibn Kathīr, musuh-musuh yang dimaksudkan ini ialah Tentera-tentera Salib dan Mongol.

Ayat yang disebut sebagai jizyah (surah at-Taubah, ayat 29) juga difahami oleh sebilangan pentafsir berpengaruh sebagai memberi kebenaran secara umum kepada golongan Muslimin untuk memerangi suatu kelompok bukan Islam yang lain – iaitu Ahli Kitab – yang menolak untuk menerima Islam atau menyerah diri kepada peraturan politik Islam. Ayat tersebut menyatakan bahawa: “Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Tuhan ataupun Hari Akhirat serta tidak mengharamkan apa yang Tuhan dan Rasul-Nya telah haramkan dan tidak mengikuti agama yang benar dalam kalangan mereka yang diberikan Kitab sehinggalah mereka membayar jizyah dengan tangan-tangan [mereka] secara patuh.” Jizyah merujuk kepada sejenis pungutan cukai yang dikenakan terhadap lelaki yang berpegang kepada Al-Kitab dan memiliki lebihan kewangan (terutamanya Yahudi dan Kristian, tetapi juga diperluas dalam amalan terhadap Majusi dan yang lain-lain), kebiasaanya sebagai pertukaran untuk pengecualian daripada khidmat ketenteraan[10]. Ulasan ringkas Mujāhid terhadap ayat ini hanyalah sekadar menggambarkan peristiwa wahyu sebagai Peperangan Tabūk  pada kurun 8/630[11]. Para pentafsir selepasnya mengenal pasti rujukan-rujukan terhadap ayat ini sebagai orang-orang Yahudi dan Kristian secara umumnya bagi yang membayar jizyah secara sukarela dan patuh sebagai balasan terhadap perlindungan yang diberikan terhadap mereka oleh para pemerintah Muslim[12].

Al-Tabarī menyatakan bahawa, konteks sejarah bagi pewahyuan terhadap ayat ini ialah peperangan dengan Byzantium, dan tidak lama kemudian Nabi Muhammad menjalankan kempen Tabūk, yang dirujuk oleh Mujāhid secara ringkas. Tetapi, berbeza daripada Mujāhid yang menunjukkan para pejuang Byzantine-Kristian sebagai rujukan yang khusus terhadap ayat ini, al-Tabarī pula menanggapi orang-orang Yahudi dan Kristian sebagai kelompok kolektif yang tidak dapat dibezakan, dan tidak menjadikan antara puak yang bermusuhan dengan puak yang aman damai daripada kalangan mereka. Tambahan pula, penundukkan perundangan mereka dan doktrin rasa rendah diri mereka secara umum terhadap golongan Muslimin adalah ditekankan[13], di mana pandangan-pandangan sebegini ditiru secara konsisten oleh para pentafsir mutakhir, dengan pengecualian terhadap al-Qurtubī yang bersungguh-sungguh menyokong layanan baik terhadap Ahlul Kitab di bawah perlindungan golongan Muslimin[14].

Berdasarkan konteks sejarah yang ditawarkan dalam sebilangan sumber terhadap ayat 29 surah at-Taubah, sarjana moden seperti Muhammad Ta’at al-Ghunaimī telah menyimpulkan bahawa ayat tersebut mengandungi sebuah rujukan khusus terhadap Kristian Byzantine yang pada masa itu memusuhi golongan Muslimin dan bukannya terhadap Ahlul Kitab secara umum[15]. Muhammad Abdel Haleem telah menyatakan bahawa, harf jar min dalam bahasa Arab pada ayat ini memberi petunjuk yang merujuk kepada kelompok khusus dalam kalangan para penzalim daripada Ahli Kitab, dan bukannya terhadap orang-orang Yahudi dan Kristian secara keseluruhan[16].

 

Pemberhentian Peperangan dan Pembentukan Perdamaian

Sesetengah sarjana tradisional dengan moden (yang dibincangkan di bawah) selanjutnya menghujahkan bahawa perintah-perintah yang kelihatan kejam dalam ayat 5 dan ayat 9 surah at-Taubah tersebut boleh dianggap sebagai  telah “diperbaiki” dan perlaksanaannya terbatas kepada keadaan-keadaan tertentu dengan membaca al-Qur’an secara menyeluruh dan tanpa menggunakan doktrin pemansuhan (naskh). Walau bagaimanapun, selain menyatakan tentang siapa yang boleh diperangi dan atas alasan apa untuk mereka diperangi, namun al-Qur’an juga secara jelas merujuk kepada orang-orang yang tidak boleh diperangi. Oleh sebab itu, dalam beberapa buah ayat, al-Qur’an menyatakan bahawa golongan Muslim tidak boleh memerangi golongan bukan-Muslim yang sejahtera dan tidak menunjukkan sikap permusuhan terhadap mereka. Ayat 4 surah an-Nisa’ menyatakan bahawa: “Sekiranya mereka menahan diri diri mereka daripadamu dan tidak melancarkan perang terhadapmu dan menawarkan kedamaian, maka Tuhan tidak membenarkan kamu untuk memerangi mereka”.

Dua ayat penting, iaitu ayat 8-9 surah al-Mumtahanah memberikan perintah yang baik dan hanya berinteraksi dengan mereka yang damai, tanpa mengira kepercayaan agama mereka, bertentangan daripada mereka yang dengan sengaja melakukan pencerobohan:

Tuhan tidak melarang kamu untuk berlaku baik dan adil terhadap mereka yang tidak memerangimu disebabkan agamamu dan tidak pula mengusir kamu daripada rumah kamu; sesungguhnya Tuhan menyukai orang-orang yang berlaku adil. Tetapi Tuhan melarang kamu daripada daripada bekerjasama dengan oragn-orang yang memerangimu disebabkan agamamu dan mengusirmu dari rumah-rumahmu dan menyokong [orang lain] untuk mengusirmu.

Al-Tabarī dalam tafsirnya menolak cadangan para pentafsir lain bahawa ayat 8-9 surah al-Mumtahanah itu telah dimansuhkan; bahkan, beliau bertegas bahawa ayat-ayat tersebut secara jelas membenarkan golongan Muslimin untuk berlaku baik terhadap semua orang yang tidak mempunyai niat buruk terhadap mereka, tanpa mengira agama dan kepercayaan mereka. Katanya, Tuhan itu mencintai orang-orang yang saksama, yang memberikan hak mereka kepada orang lain, yang berlaku adil kepada mereka secara peribadi, dan yang melakukan kebaikan kepada orang-orang yang melakukan kebaikan terhadap mereka[17]. Pandangan ini diulang-ulang oleh hampir semua pentafsir yang datang selepasnya; dalam kalangan para pentafsir terkemudian, al-Qurtubī merupakan orang yang paling tegas dalam berpendirian bahawa teguran dalam ayat 8 surah al-Mumtahanah untuk berlaku baik terhadap mereka yang tidak mendatangkan bahaya terhadap golongan Muslimin itu adalah terpakai terhadap semua orang yang tergolong dalam kategori tersebut, tanpa mengira kepercayaan agama mereka, dan perintah tersebut secara jelasnya adalah sah (muhkamat) pada setiap waktu[18].

Ayat lain yang turut penting ialah ayat 61 surah al-Anfal, di mana ayat tersebut menghendaki golongan Muslimin untuk berhenti berperang selagi mana pihak lawan tidak mahu berperang dan menyarankan keamanan. Ayat tersebut menyatakan bahawa, “Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah [kamu] kepadanya dan bertawakkallah kepada Tuhan; kerana Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui”. Perkara ini ditekankan oleh al-Tabarī yang mengulas bahawa, apabila seseorang itu memeluk Islam, atau membayar jizyah, atau mengadakan hubungan baik dengan golongan Muslimin, maka golongan Muslimin juga perlu melakukan perkara yang sama “demi keamanan dan kedamaian”[19]. Al-Tabarī menyatakan bahawa, seorang Tabi’in, Qatādah ibn Di’āmah (meninggal dunia pada 118/736) telah berpendirian bahawa ayat ini telah dimansuhkan oleh ayat 5 dan 36 surah at-Taubah, tetapi beliau sendiri menolak tafsiran ini sebagai sesuatu yang tidak dapat disokong berdasarkan al-Qur’an, Sunnah, atau akal[20]. Kedudukan ayat yang tidak dibatalkan itu juga ditegaskan oleh majoriti para pentafsir selepasnya[21]. Para sarjana moden secara khusus menekankan tentang penerapan berterusan bagi ayat-ayat pendamai ini dan mengkritik prinsip pemansuhan (an-nasikh wal-mansukh) yang diguna pakai terhadap ayat-ayat tersebut oleh sebilangan pentafsir tradisional[22].

 

Kesimpulan

Walaupun terdapat banyak istilah jihad dalam al-Qur’an (dan istilah-istilah lain dari akarnya), perbincangan akademik (dan popular) terhadap istilah ini sangat menekankan tentang dimensi ketenteraannya, yang kemudiannya diterapkan terhadap teks al-Qur’an itu sendiri. Sebuah tinjauan terperinci terhadap ayat-ayat al-Qur’an yang relevan membuktikan bahawa terdapat pelbagai ragam bentuk jihad. Dimensi jihad yang tidak melibatkan pertempuran diungkapkan oleh istilah sabr (kesabaran yang tinggi) terutamanya pada zaman Mekah untuk menunjukkan usaha dalaman dan peribadi bagi memenuhi perintah-perintah Tuhan, seperti ibadah; istilah ini juga digunakan pada zaman Madinah, yang adakala bersamaan dengan peperangan.

Maka, sabr boleh dianggap sebagai ciri tetap bagi jihad yang difahami sebagai usaha manusia secara umum, manakala qitāl (perang) pula merupakan ciri bersyarat yang dibataskan terhadap keadaan tertentu berdasarkan garis panduan al-Qur’an. Jihad merupakan istilah utama yang merangkumi ragam-ragam berlainan bagi usaha manusia di muka bumi. Kajian terperinci mengenai istilah-istilah Qur’ani dan kepelbagaian konteks penggunaannya membolehkan kami untuk mengenal pasti sebuah lanskap semantik yang luas bagi jihad dan untuk menyemak serta membetulkan kekacauan tertentu daripada istilah ini yang selalu lebih menekankan tentang komponen ketenteraannya.

Dua ayat khusus, iaitu ayat 5 dan 9 dari surah at-Taubah telah menerima perhatian yang tidak seimbang dalam lingkaran akademik dan bukan akademik sebagai menyokong pandangan bahawa al-Qur’an itu sendiri memerlukan lelaki Muslim dewasa untuk berperang melawan golongan bukan-Muslim hanya disebabkan mereka itu adalah golongan bukan-Muslim sehinggalah mereka menukar kepercayaan mereka pada Islam atau menyerah diri kepada peraturan Muslim. Seperti yang diperjelaskan di atas, suatu sudut pandang tafsiran yang lebih luas dan diperbahaskan mengenai maksud ayat-ayat ini dan status pemansuhannya wujud pada zaman tradisional.

Perkara ini telah menyebabkan sebahagian besar sarjana moden, kebanyakannya Muslim, yang menekankan bahawa al-Qur’an perlu dibaca secara menyeluruh – tanpa mempertimbangkan mana-mana ayat-ayatnya sebagai ayat-ayat yang dimansuhkan – untuk difahami supaya secara jelasnya dapat mendokong hubungan yang sejahtera dalam kalangan manusia tanpa mengira apa jua kepercayaan agamanya sekalipun. Peperangan yang dilakukan demi alasan-alasan berprinsip – terutamanya sebagai tindak balas terhadap pencerobohan yang dilakukan oleh musuh terlebih dahulu; perlanggaran perjanjian mereka; dan penganiayaan terhadap orang-orang yang tidak berdaya – merupakan perlakuan yang bersifat pertahanan diri dan terbatas.

Jihad menurut al-Qur’an justeru secara kategorinya bukanlah ‘perang suci’, sebaliknya ialah sebuah istilah luas yang merujuk kepada pengerahan usaha manusia di muka bumi dengan segala kepelbagaian dimensinya.

 

NOTA HUJUNG:

[1] Firestone 1999: 88–90; Cook 2005: 10; Landau-Tasseron 2003: 3:39–40; Rubin 1984: 17ff.

[2] Peters 1996: 2–3; Rubin 1984: 18–20.

[3] Contohnya Faraj 1986: 195-7.

[4] al-Ghu­ naimī 1968: 165–71; Abdel Haleem 2008: 307–40; Esposito 2002: 64–8; Afsaruddin 2013b: 65–94.

[5] al-Ṭabarī, al-Jāmiʿ, 6:320.

[6] al-Zamakhsharī, al-Kashshāf, 3:13–14.

[7] al-Qurṭubī, al-Jāmiʿ, 8:70.

[8] (Muqātil, Tafsīr, 4:301–2; walaupun tidak berada pada bahagian di mana beliau bincangkan ayat 5 surah at-Taubah).

[9] Ibn Kathīr, Tafsīr, 2:322; silang rujuk Afsaruddin 2013b: 7.

[10] Silang rujuk Cengiz Kallek, ‘Jizya’.

[11] Mujāhid, Tafsīr, 99.

[12] al-Ṭabarī, al-Jāmiʿ, 6:349–50.

[13] al-Ṭabarī, al-Jāmiʿ, 6:349.

[14] al- Qurṭubī, al-Jāmiʿ 8:106; silang rujuk Afsaruddin 2013b: 75–9 bagi sebuah pandangan-pandangan tafsir yang pelbagai.

[15] al-Ghunaimī 1968: 170-1.

[16] Abdel Halem 2012: 75.

[17] al-Ṭabarī, al-Jāmiʿ, 12:62–3.

[18] al-Qurṭubī, al-Jāmiʿ, 18:54–5; silang rujuk Afsaruddin 2013b: 82– 7.

[19] al- Ṭabarī, al-Jāmiʿ, 6:278.

[20] al-Ṭabarī, al-Jāmiʿ, 6:278–9.

[21] Lihat perbincangan ini dalam Afsaruddin 2013b: 90-3.

[22] Jamāl al-Banna 1984: 54–7; Jumʿa 2005: 22–4; Zuḥaylī 1981: 106–20; al-Dawoody 2011: 63–9.

 


BIBLIOGRAFI

Abdel Haleem, M. A. S. ‘The Sword Verse Myth [El mito del “versiculo de la espada”]’. In: Salvador Peña Marín and Miguel Hernando de Larramendi (eds.). El Coran ayer y hoy [The Quran Yesterday and Today], pp. 307–40. Cordoba: Berenice, 2008.

Abdel Haleem, M. A. S. ‘Qur’anic “jihād”: A Linguistic and Contextual Analysis’, Journal of Qur’anic Studies 12 (2010), 147–66.

Abdel Haleem, M. A. S. ‘The jizya Verse (Q. 9:29): Tax Enforcement on Non-Muslims in the

First Muslim State’, Journal of Qur’anic Studies 14/2 (2012), 72–89.

Abū Zahra. al-ʿAlāqāt al-dawliyya fī’l-islām. Cairo: Al-Dār al-Qawmiyya li-’l-Ṭibāʿa wa’l-Nashr, 1964.

Afsaruddin, Asma. ‘The Siyar Laws of Aggression: Juridical Re-Interpretations of Qur’anic Jihād and their Contemporary Implications for International Law’. In: Marie-Louisa Frick and Andreas Th. Müller (eds.). Islam and International Law: Engaging Self-Centrism from a Plurality of Perspectives, pp. 45–63. Leiden: Martinus Nijhoff, 2013a.

Afsaruddin, Asma. Striving in the Path of God: Jihād and Martyrdom in Islamic Thought. Oxford: Oxford University Press, 2013b.

al-Banna, Jamal. al-Farīḍa al-ghaʾiba: jihād al-sayf am jihād al-ʿaql? Cairo: Dār Thābit,1984.

Bonner, Michael. Jihād in Islamic History. Princeton: Princeton University Press, 2006.

Bravmann, M. M. The Spiritual Background of Early Islam: Studies on Ancient Arab Concepts. Leiden: E. J. Brill, 2009.

Cook, David. Understanding Jihād. Berkeley: University of California Press, 2005.

Crone, Patricia. ‘War’. In: Jane Dammen McAuliffe (ed.). Encyclopaedia of the Qurʾān. Lei­den: E. J. Brill, 2006.

Al-Dawoody, Ahmed. The Islamic Law of War: Justifications and Regulations. New York: Palgrave Macmillan, 2011.

Esposito, John. Unholy War: Terror in the Name of Islam. Oxford: Oxford University Press, 2002.

Faraj, Muhammad ʿAbd al-Salam. al-Farīḍa al-ghāʾiba. Trans. Johannes J. G. Jansen in his The Neglected Duty: The Creed of Sadat’s Assassins and Islamic Resurgence in the Middle East. London: Macmillan, 1986.

Firestone, Reuven. Jihād: The Origin of Holy War in Islam. Oxford: Oxford University Press, 1999.

al-Ghazālī, Abu Ḥāmid. Iḥyā ‘ulūm al-dīn. Ed. ʿAbd Allāh al-Khālidī. Beirut: Dār al-Arqam,n.d.

al-Ghunaimi, Mohammad Ṭalaat. The Muslim Conception of International Law and Western Approach. The Hague: Martinus Nijhoff, 1968.

Hamidullah, Muhammad. Muslim Conduct of State. Lahore: Sheikh Muhammad Ashraf, 1977.

Ibn Kathīr, Ismāʿīl ibn ʿUmar. Tafsīr al-Qurʾān al-ʿaẓīm. Beirut: Dār al-Jīl, 1990.

Ibn Qayyim al-Jawziyya. ʿUddat al-ṣabirīn wa-dhakhīrat al-shakirīn. Ed. Muḥammad ʿAlī Quṭb. Beirut: Sharikat Dār al-Arqam Ibn Abī al-Arqam, n.d.

Ibn Qudāma. Kitāb al-Mughnī. Ed. ʿAbd Allāh ibn ʿAbd al-Muḥsin al-Turkī and ʿAbd al-Fat­ tāḥ Muḥammad al-Ḥilw. Cairo: Hajar, 1990.

Jumʿa, ʿAlī. al-Jihād fī’l-islām. Cairo: Nahḍat Miṣr li’l-Ṭibāʿa wa’l-Nashr wa’l-Tawzīʿ, 2005.

Kallek, Cengiz. ‘Jizya’, Oxford Islamic Studies Online, available at <http:// www.oxfordislamicstudies.com/article/opr/t343/ e0147&p=emailAsiI5AjhyEVc2&d=/opr/t343/e0147>; (diakses pada 18 April 2019).

Khadduri, Majid. War and Peace in the Law of Islam. Baltimore: Johns Hopkins University Press, 1955.

Landau-Tasseron, Ella. ‘Jihād’. In: Jane Dammen McAuliffe (ed.). Encyclopaedia of the Qurʾān. Leiden: E. J. Brill, 2003.

Lewis, Bernard. The Political Language of Islam. Chicago: University of Chicago Press, 1988.

Lewis, Bernard. The Middle East: A Brief History of the Last 2,000 Years. New York: Scribner, 1995.

Mahmassani, Sobhi. ‘The Principles of International Law in the Light of Islamic Doctrine’, Recueil des cours 117 (1966), 201–328.

al-Māwardī, al-Ḥāwī al-kabīr fi fiqh madhhab al-imām al-Ṣhāfiʿī raḍī Allāhu ʿanhu wa-huwa Sharḥ mukhtaṣar al-Muzanī. Ed. ʿAli Muḥammad Muʿawwad and ʿĀdil Aḥmad ʿAbd al- Mawjūd. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿArabiyya, 1994.

Morabia, Alfred, Le Ğihȃd dans l’Islam medieval: le combat sacré des origines au XIIeme siècle. Paris: Albin Michel, 1993.

Mottahedeh, Roy and Ridwan al-Sayyid. ‘The Idea of the Jihād in Islam before the Cru­ sades’. In: Angeliki E. Laiou and Roy Parviz Mottahedeh (eds.). The Crusades from the Perspective of Byzantium and the Muslim World, pp. 23–9. Washington, DC: Dumbarton Oaks, 2001.

Mujāhid ibn Jabr. Tafsīr Mujāhid. Ed. Abū Muḥammad al-Asyūṭī. Beirut: Dār al-Kutub al- ʿIlmiyya, 2005.

Muqātil ibn Sulaymān. Tafsīr Muqātil ibn Sulaymān. Ed. ʿAbd Allāh Maḥmūd Shiḥāta. Beirut: Muʾassasat al-Taʾrīkh al- ʿArabī, 2002.

Peters, Rudolph. Islam and Colonialism: The Doctrine of Jihād in Modern History. The Hague: Mouton, 1979.

Peters, Rudolph. Jihād in Classical and Modern Islam: A Reader. Princeton: Markus Wein­er, 1996.

Picken, Gavin. ‘The “Greater” Jihād in Classical Islam’. In: Elisabeth Kendall and Ewan Stein (eds.). Twenty-First Century Jihād: Law, Society, and Military Action, pp. 126–38. London: I. B. Tauris, 2015.

al-Qaraḍāwī, Yūsuf. Fiqh al-jihād: dirāsa muqāranah li-aḥkāmihi wa-falsafatihi fī ḍawʾ al- Qurʾān wa’l-Sunna. Cairo: Maktabat Wahba, 2009.

al-Qurṭubī, Muḥammad ibn Aḥmad. al-Jāmīʿ li-aḥkām al-Qurʾān. Ed. ʿAbd al-Razzāq al- Mahdī. Beirut: Dār al-Kitāb al-ʿArabī, 2001.

al-Rāzī, Fakhr al-Dīn. al-Tafsīr al-kabīr. Beirut: Dār Iḥyāʾ al-Turāth al-ʿArabī, 1999.

Riḍā, Rashīd. Tafsīr al-Manār. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyya, 1999.

Rubin, Uri. ‘Barāʾa: A Study of Some Quranic Passages’, Jerusalem Studies in Arabic and Islam 5 (1984), 13–32.

Sachedina, Abdulaziz A. ‘The Development of Jihād in Islamic Revelation and History’. In: James Turner Johnson and John Kelsay (eds.). Cross, Crescent, and Sword: The Justification and Limitation of War in Western and Islamic Tradition, pp. 35–50. New York: Green­ wood, 1990.

Sahnūn. Al-Mudawwana al-Kubrā. Ed. Ḥamdī al-Damardash Muḥammad. Beirut: al-Mak­ taba al-ʿAṣriyya, 1999.

al-Sarakhsī. Kitāb al-Mabsūṭ. Ed. Muḥammad Ḥasan Muḥammad Ḥasan Ismāʿīlī al-Shāfiʿī. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyya, n.d.

Shaltūt, Maḥmūd. Al-Islām wa’l-ʿalaqāt al-dawliyya: fi’l-silm wa’l-ḥarb. Cairo: Maktab

Shaykh al-Jāmiʿ al-Azhar li’l-Shuʾūn al-ʿĀmma, n.d.

al-Sulamī, ʿIzz al-Dīn. Aḥkām al-jihād wa-faḍāʾilihi. Ed. ʿIyāḍ Khālid al-Tabbāʿ. Beirut: Dār al-Fikr al-Muʿāṣir, 1996.

al-Ṭabarī, Muḥammad ibn Jarīr. Jāmiʿ al-bayān ʿan taʾwīl ayy al-Qurʾān. Beirut: Dār al-Ku­ tub al-ʿIlmiyya, 1997.

Tyan, Emile. ‘Djihād’. In: B. Lewis et al. (eds.). The Encyclopaedia of Islam. Second edition, 2:538–40. Leiden: E. J. Brill, 1998.

al-Wāḥidī, ʿAlī ibn Aḥmad. al-Wasīṭ fī tafsīr al-Qurʾān. Ed. ʿĀdil Aḥmad ʿAbd al-Mawjūd. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyya, 1994.

Watt, W. Montgomery. ‘Islamic Conceptions of the Holy War’. In: Thomas P. Murphy (ed.). Holy War. Columbus: Ohio State University Press, 1976.

al-Zamakhsharī, Maḥmūd ibn ʿUmar. al-Kashshāf ʿan ḥaqāʾiq ghawāmiḍ al-tanzīl wa-ʿuyūn al-aqāwīl fī wujūh al-taʾwīl. Ed. ʿĀdil Aḥmad ʿAbd al-Mawjūd and ʿAlī Muḥammad Muʿawwad. Riyadh: Maktabat al-ʿUbaykan, 1998.

al-Zuḥaylī, Wahba. Athar al-ḥarb fi’l-fiqh al-Islamī: dirāsa muqārana. Beirut: Dār al-Fikr, 1981.

 


Biodata Pengarang:

Asma Afsaruddin merupakan Profesor di Near Eastern Languages and Cultures di Hamilton Lugar School of Global and International Studies, Indiana University, Bloomington, USA. Antara tulisannya yang telah diterbitkan termasuklah Jihad: What Everyone Needs to Know (bakal terbit di Oxford University Press), Contemporary Issues in Islam (Edinburgh Univer­ sity Press, 2015), Striving in the Path of God: Jihad and Martyrdom in Islamic Thought (Oxford University Press, 2013), dan The First Muslims: History and Memory (Oneworld




View original article at: https://irfront.net/post/articles/konsep-jihad-dalam-al-quran-menurut-tafsiran-klasik-dan-moden-bahagian-ii/