USRAH: THE MESSAGE OF THE QUR’AN - Surah Al-Insyiqāq

March 17, 2023

Tarikh: Ahad, 2 April 2023

Waktu: 530PM-930PM

Tempat: Baitul Azīzah, Presint 18, Putrajaya Bandar Filsafat

 

PENDAFTARAN: https://www.eventbrite.com/e/usrah-the-message-of-the-quran-surah-al-insyiqaq-tickets-592160346537

 

Surah al-Insyiqāq  adalah surat ke-84 dalam al-Qurān. Ia terdiri daripada 25 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyah. Al-Insyiqāq ertinya terpisah iaitu yang diambil daripada perkataan yang terdapat pada permulaan surah ini. Pokok isi daripada surah ini menerangkan peristiwa-peristiwa pada permulaan terjadinya hari kiamat. Surah al-Insyiqāq menjadi peringatan bagi manusia yakni setiap manusia berusaha dalam kesusahan untuk menemui Tuhannya. Kelak ada yang mendapat kebahagiaan dan ada pula yang mendapat kesengsaraan. Selain itu, surah al-Insyiqāq juga berisi tingkatan kejadian dan kehidupan manusia di dunia dan di akhirat.

Nada pernyataan surah ini tenang, tetapi mempunyai saranan yang amat besar. Gaya pengucapan dalam surah ini ialah gaya pengucapan yang memberi kesedaran yang lemah-lembut, selangkah demi selangkah, dengan cara yang tenang tenteram. Kata-kata “Yā-ayyuhal Insān..” – Wahai manusia, mengandungi peringatan dan peransang kepada hati nurani manusia. Bahagian-bahagian surah ini yang disusun sedemikian rupa membawa hati manusia menjelajah berbagai-bagai bidang kejadian alam dan persoalan yang silih berganti. Ia dimulai dengan pemandangan penyerahan diri alam buana, kemudian ia menyentuh hati manusia, kemudian pemandangan hisab dan balasan, pemandangan alam, dan fenomena-fenomena yang menarik yang terbentang dihadapan mata, yang menyentuh hati manusia, yang kemudiannya melahirkan kehairanan dan ketakjuban terhadap perilaku orang-orang yang masih tidak mahu beriman setelah diberikan semua penjelasan ini.

Seluruh pengembaraan, pemandangan, saranan, dan sentuhan itu dimuatkan di dalam satu surah yang pendek yang tidak lebih daripada beberapa baris sahaja. Hal ini tidak mungkin ditemui melainkan hanya di dalam kitab suci al-Qur’ān yang aneh sebegini. Kerana tujuan-tujuan ini tidak mungkin dijelaskan dalam ruang yang besar sekuat daya dan keberkesanan penjelasan al-Qur’ān. Memang al-Qur’ān itu mudah untuk menyampaikan peringatan. Ia berbicara secara lansung dengan hati manusia melalui jalan yang dekat. Itulah sifat firman Allāh yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

 

Program 

530-540PM: Pembukaan oleh Ahmad Muziru Idham, Felo Penyelidik, IRF

540-600PM: Bacaan Surah al-Al-Insyiqāq oleh Abdul Rahman Sayuti, Felo Penyelidik, Abduh Study Group, IRF

600-645PM: Tafsiran Surah al-Al-Insyiqāq oleh Ustaz Ali Muda, Pengarah Eksekutif, IRF

645-715PM: Diskusi

715-800PM: Iftar dan Solat

800-845PM: Diskusi

845-930PM: Solat dan Tarawih

930PM:         Moreh

 

Anjuran: Islamic Renaissance Front




View original article at: https://irfront.net/post/events/usrah-the-message-of-the-quran-surah-al-insyiqaq/