Fatalisme Tragis Islam

October 13, 2015 by Mustafa Akyol

Diterjemahkan oleh Imran Rasid

Awal September lalu, pada hari Jumaat yang suci buat umat Islam, telah berlaku satu kemalangan yang mengerikan di Mekah berhampiran dengan tanah suci Islam- Kaabah. Sebuah kren besar telah terjatuh ke atas ruang masjid yang mengelilingi makam berbentuk kiub, mengakibatkan 118 ahli jemaah telah terkorban manakala 400 yang lain cedera. Tragedi ini adalah tragedi kejatuhan kren yang paling buruk sepanjang sejarah dunia moden maka hal ini menggesa agar satu penyiasatan yang menyeluruh dibuat .

1.Para2LowerRightNamun, dalam sebuah negara yang mengangkat tinggi nilai agama, juruteknnik-juruteknik yang bertanggungjawab mengawal operasi kren tersebut, iaitu Saudi Binladen Group, mendapat pelepasan yang begitu mudah. Salah seorang daripada mereka berkata kepada media dan hanya beralasan: “ Apa yang telah terjadi adalah di luar bidang kekuasaan manusia. Ini adalah kekuasaan Tuhan.”

Namun pihak berkuasa Saudi tidak menerima alasan seperti ini dan hal ini harus dipuji. Raja Salman bin AbduAziz Al Saud dengan segera menggantung lesen syarikat tersebut dari bekerja, serta mengarahkan dilakukan penyiasatan, dan menawarkan pampasan buat keluarga mangsa yang terlibat. Siasatan yang dijalankan akhirnya membuat konklusi bahawa syarikat tersebut bertanggungjawab atas kemalangan yang berlaku kerana mereka tidak “mematuhi peraturan keselamatan” serta melanggari arahan operasi yang dikeluarkan oleh pihak pembina.

Penyiasatan yang teliti ini adalah satu langkah yang progresif, namun kita perlu juga bertanya mengapa juruteknik yang terlibat dalam kemalangan ini secara terbuka berhujah untuk melepaskan diri daripada beban tanggungjawab atas kejadian tersebut, dan mungkin juga diikuti dalam fikiran mereka, bahawa beban tanggungjawab ini sewajarnya jatuh pada “takdir”.

Demikian Ini bukan kali pertama alasan metafizik seperti ini digunakan dalam keadaan seperti ini. Kemalangan yang lebih buruk pernah berlaku berdekatan Kaabah sebelum ini, semasa musim haji yang begitu sesak, dan akhirnya kesalahan dipertanggungjawabkan kepada kehendak Tuhan semata-mata. Pada tahun 1990, seramai 1426 jemaah telah terkorban akibat dipijak sehingga tidak boleh bernafas. Namun begitu, sultan pada masa itu, Fahd bin Abdulaziz Al Saud, kemudian berhujah: “Ini adalah kehendak Tuhan, yang melangkaui segala-galanya.” “Ini juga adalah ketetapan takdir” beliau menambah.

Malah ini bukan hanya masalah di Saudi saja; sebaliknya ia adalah masalah yang dikongsi umat Islam sedunia. Fatalisme acap kali dijadikan alasan bagi setiap kecuaian dan kesilapan yang dilakukan manusia. Di Turki juga, iaitu sebuah negara yang lebih moden dan sekular berbanding Saudi Arabia, alasan “takdir” sering kali digunakan oleh pebagai pegawai kerajaan, termasuklah Presiden Recep Tayyip Erdogan, yang memetik alasan ini sebagi penjelasan akan kemalangan yang besar berlaku di landasan keretapi, di lombong arang batu dan di tapak pembinaan.

2.Para7LowerRightMalangnya penyiasatan yang lebih teliti telah menunjukkan hampir setiap kes yang berlaku adalah disebabkan etika keselamatan kerja yang buruk di Turki serta kelesuan pihak kerajaan untuk membaik pulih perkara ini. Hanya pada bulan Februari 2015, selepas beratus-ratus kemalangan yang mengorbankan lebih dari 13,000 pekerja sejak 12 tahun yang lalu, barulah Turki mengambil bahagian dalam konvensyen Persatuan Buruh Antarabangsa yang memerlukan mereka mematuhi etika keselamatan kerja yang telah dirangka lebih dua dekad yang lalu dan sudahpun diterima pakai oleh banyak negara-negara lain.

Pastinya kemalangan sememangnya berlaku di mana-mana sahaja. Namun di dalam dunia Muslim, fatalisme sering digunakan sebagai alasan bagi menyembunyikan kelemahan kecuaian keselamatan dan ketamakan majikan-majikan yang enggan membayar bagi memastikan langkah-langkah keselamatan dipatuhil. Oleh sebab itulah ulama besar Turki, Mehmet Gormez, seorang ahli teologi yang terpelajar, merasakan perlu untuk mngingatkan rakyat Turki bahawa “membuat alasan yang menggunakan ‘kuasa Tuhan’ bagi menggantikan rasa bersalah dan tanggungjawab manusia adalah satu kesalahan” , dan hal ini beliau sebut setelah berlakunya kebakaran lombong Dickensian yang telah membunuh 301 pekerja pada tahun 2014.

“Peraturan alam adalah peraturan Tuhan. Tuhan memberikan kita keupayaan untuk memahami peraturan-peraturan ini dan menyuruh kita supaya bertindak sewajarnya”, seru Mehmet Gomez. “Apa yang sewajarnya untuk kehendak Tuhan memerlukan kita mengambil tindakan pencegahan daripada berlakunya punca fizikal akan bencana kemusnahan”.

Kenyatan yang penting seperti ini tidak lain tidak bukan berakar daripada mazhab pemikiran Islam terdahulu, seperti mazhab Maturidi dan Muktazilah, yang percaya bahawa manusia mempunyai kapasiti untuk bebas berkehendak dan mampu menjadi “pelaku yang bertanggungjawab ke atas perbuatan mereka sendiri”. Mereka juga percaya bahawa manusia mempunyai kapasiti berfikir untuk mengintrepetasi teks yang sedia ada dan menggapai kebenaran moral.

Tetapi mazhab pemikiran rasionalis ini juga mempunyai saingan yang kuat, terutama daripada mazhab Ash’aari dan Mazhab Hambali yang lebih ketat, yang juga mejadi pegangan kelompok Salafi hari ini. Kelompok dogmatik ini menolak kebebasan berkehendak (free will) manusia dan menekankan ketetapan takdir Tuhan, serta mengetepikan fungsi akal manusia. Mereka juga menolak kewujudan ketetapan undang-undang alam, dengan menghujahkan bahawa logik sebab-akibat seperti ini adalah bercanggah dengan kekuasaan Tuhan.

3.Para12Pada hari ini kebanyakan umat Islam tidak lagi mengetahui akan perbahasan-perbahasan lama seperti ini, namun mereka hidup dalam ranah-ranah budaya yang kebanyakannya didefinisikan oleh kelompok dogmatik, disebabkan mereka ini mempunyai kelebihan dalam peperangan ide pada zaman awal Islam. Dalam ranah-ranah budaya ini ide kebebasan berkehendak (free will) akhirnya digantikan oleh ide fatalisme, serta sains dan akal juga diketepikan, dan falsafah juga mula dibenci.

Lantaran daripada itu, “Kehendak Tuhan” mula menjadi alasan bagi menutupi sikap kemalasan intelektual, kegagalan merancang dan sikap tidak bertangungjawab. Orang Islam yang berada di tampuk kuasa akan sering merujuk pada “takdir” sebagai justifikasi akan kegagalan mereka sendiri, namun tidak pernah malu mengambil kredit buat diri sendiri bila mereka memperoleh kejayaan.

Kemalangan dahsyat yang berlaku di Mekah dan tempat-tempat lain harus dijadikan isyarat buat orang Islam agar segera bertindak membersihkan masyarakat daripada pemikiran yang bermasalah ini dan mula membangunkan semula semangat intelektual yang sangat diperlukan hari ini. Menghabiskan duit minyak dengan mengimport teknologi barat bukanlah solusinya. Apa yang lebih penting ialah untuk memperoleh skil untuk memanfaatkan teknologi tersebut sebaiknya, dengan mengambil kira aspek-aspek penting dalam keselamatan - dan mungkin suatu hari nanti kita sendiri akan membina teknologi-teknologi yang sedemikian.

4.Para15LowerRightIronisnya suatu ketika dahulu umat islam adalah dalam kalangan pencipta teknologi yang terbaik di dunia, dengan kehadiran tokoh-tokoh matematik sepeti Al Khwarizmi (di mana daripada nama beliau terbit istilah Algorithm), tabib terkenal seperti Ibn Sina (bapa perubatan moden), atau tokoh filasuf seperti Ibn Rushd (tokoh yang bertanggungjawab memperkenalkan Aristotle dan teologi rasional pada Eropah). Berbangga dengan kejayaan mereka adalah satu permulaan yang baik.

Namun persoalan yang sebenar adalah mengapa ide-ide para pemikir ini yang telah memberi impak pada budaya Barat lebih daripada pemikiran Islam itu sendiri? Dan mengapakah mereka ini dipinggirkan dan dituduh sebagai bida’ah oleh masyarakat di tempat lahir mereka sendiri? Mungkin yang dikatakan “bida’ah” itu sendiri yang diperlukan oleh masyarakat kini agar dapat mengecapi pemikiran yang lebih terbuka.


 

Imran RasidImran Rasid adalah graduan Politics, Philosophy and Economy daripada University of Manchester dan Felo di Islamic Renaissance Front. Pautan asal boleh didapati di:

http://www.nytimes.com/2015/09/24/opinion/islams-tragic-fatalism.html?smid=tw-share&_r=0




View original article at: https://irfront.net/post/articles/fatalisme-tragis-islam/