Keruwetan dalam Masalah Hari Kiamat dalam Islam

March 23, 2017 by Mustafa Akyol

Mustafa Akyol || 23 March 2017

1.Para1Muka hadapan akan isu yang paling mutakhir dari Dabiq, majalah licik yang ISIS edarkan atas talian, menunjukkan imej seorang pejuang jihadi dengan bendera hitam yang terkenal kumpulan itu di belakangnya. Beliau tampil di atas atap sebuah gereja, sedang menjatuhkan sebuah salib. Di bawahnya, kepala berita tercatat, “Patahkan Salib.”

Ia mungkin kelihatan pada awalnya bahawa ISIS baru meraikan kempennya yang kejam untuk memberantas kaum Kristian dari Iraq dan Syria. Tetapi “patahkan salib” bukan frasa yang serampangan. Ia merujuk kepada ramalan yang disangka akan direalisasikan pada akhir zaman sebelum kiamat.

Ramalan ini datang daripada hadith, atau pernyataan, yang dinisbahkan kepada Nabi Muhammad, literatur yang dianggap kurang definitif daripada al-Qurán, tetapi masih berpengaruh dalam membentuk doktrin Islam. Menurut beberapa hadith, kiamat akan muncul secara bertahap. Pertamanya, dunia akan dipenuhi dengan kezaliman, dan umat Islam akan diperas. Kemudian dua orang penyelamat akan bangkit: “yang ditunggu” atau al-Mahdi, khalifah yang ditunjuki Ilahi yang akan menyatukan dan memberdayakan umat Islam, diikuti oleh Nabi yang terdahulu yang akan kembali ke bumi untuk membantu al-Mahdi dan menewaskan kejahatan. Akan tetapi Nabi ini bukanlah Nabi Muhammad, yang seseorang mungkin harapkan, tetapi Nabi Isa, yang disanjung di dalam al-Qurán sebagai al-Masih dan “Kalam Allah”

2.Para4.RightRamai orang Kristian juga menantikan Kemuculan Kedua Isa, jadi hal ini mungkin terdengar kepada mereka sebagai khabar gembira. Akan tetapi literatur Islam tampaknya mengusulkan bahawa Nabi Isa akan kembali untuk menghapuskan agama Kristian dan mengesahkan kebenaran Islam. Hadith yang sering dipetik, yang disinggung oleh kepala berita majalah Dabiq, mengatakan, “Putera Maryam hampir akan turun di tengahmu sebagai pemerintah yang adil; dia akan mematahkan salib dan membunuh babi.” Tafsiran yang lazim daripada ramalan ini adalah ketika Nabi Isa kembali, dia akan mengakhiri penyembahan padanya yang dilambangkan oleh salib, dan menegakkan semula undang-undang pemakanan yang orang Kristian abaikan tetapi umat Yahudi dan Islam masih patuhi.

Tidak semua golongan Muslimin percaya akan ramalan kiamat tersebut, yang kebanyakannya tidak wujud dalam al-Qurán. Kebanyakan yang percaya padanya juga tidak menaruh perasaan simpati pada ISIS yang ganas lagi kejam. Menurut pungutan suara umum oleh Pusat Kajian Pew pada 2012, separuh daripada umat Islam atau lebih dalam sembilan negara majoriti-Muslim percaya bahawa kedatangan al-Mahdi adalah “hampir,” dan dapat berlaku dalam kehidupan mereka. ISIS hanya pergi lebih jauh dengan mendakwa bahawa ia akan jadikan ramalan itu agar menjadi kenyataan.

Malah selain daripada keganasan jihadis, wacana kiamat dalam Islam sering membawa konsekuen yang negatif. Apabila sejarah mutakhir dan peristiwa semasa dilihat sebagai penjelasan terbaik hasil daripada nubuwwah, maka ia menjadi semakin sukar untuk dianalisa. Maka ambil, sebagai contoh, kebingungan utama dunia Islam sejak dua abad yang lampau: Mengapa kita begitu terkebelakang dan jauh ketinggalan berbanding dengan Barat? Naratif kiamat, yang dibangkitkan semula semenjak 1980-an oleh pengarang Islam yang popular seperti Said Ayyub dari Mesir dan ramai daripada para pengikutnya, menyatakan bahawa hal ini berlaku kerana kekuatan “Dajjal” – versi Islam daripada Anti-Kristus.

3.Para7Jika Dajjal harus dipersalahkan kerana situasi suram dunia Islam, maka hanya penyelamat yang ditunjuki ilahi yang dapat mencari jalan keluar. Kepercayaan ini menghalang daripada mengejar penyelesaian yang sebenar antara dunia Islam dan Barat: sains, pertumbuhan ekonomi dan demokrasi liberal.

Umat Islam – dan kemungkinan penganut wacana kiamat yang lain juga – harus melihat bahawa keasyikan dengan ramalan mungkin mengorbankan mereka bukan hanya rasionaliti semata, tetapi juga nilai yang fundamental daripada agama mereka sendiri iaitu kezuhudan. Kerana untuk menekankan bahawa kita berada di akhir zaman bermaksud bahawa kita sebenarnya agak istimewa. Kita bukan cuma satu daripada generasi yang tak terkira yang Tuhan telah ciptakan. Akan tetapi kita adalah sekelumit manusia yang terpilih, yang berada di puncak sejarah. Sesungguhnya bukanlah ketakwaan yang mendasari keyakinan ini; tetapi ia adalah kesombongan.

4.Para9.RightUmat Islam juga harus menimbangkan bahawa ramalan tentang akhir zaman mungkin lebih baik dibaca secara metaforika. Hal ini dapat membantu kita membuka fikiran kita, ketimbang daripada membungkamnya. Ulama Islam abad ke-19, Imam Muhammad Abduh, sebagai contoh, berhujah bahawa Kemunculan Kedua Nabi Isa adalah metafora bagi pembaharuan dalam Islam. Sebagaimana kaum konservatif Yahudi pada masa Isa, Abduh mengamati, golongan konservatif Islam hari ini juga terlalu tegar dengan faham literalis undang-undang, tetapi tidak mengindahkan semangat dan tujuan moralnya. Abduh berhujah bahawa umat Islam membutuhkan “pembaharuan berorientasikan-al-Masih” yang menfokuskan kepada “rahmat, kasih sayang dan kedamaian”. Visinya difokuskan bukan kepada “patahnya salib,” tetapi kepada pembaikan bulan sabit.

Umat Islam dapat memahami Kemunculan Kedua Isa dalam cara yang mengerikan daripada ISIS atau cara yang mengilhamkan daripada Abduh.Demikian itu adalah lantaran teks agama di hidupkan di tangan manusia. Dan adalah amat berbeza apabila tujuan mereka yang beriman itu berasa dirinyalah yang paling benar lalu mempertajam mata pedangnya terhadap yang lain, ataupun mereka dengan tawaduk cuba untuk mendidik dan mencerahkan diri mereka sendiri.

________________________

AkyolMustafa Akyol, penulis opini, dan pengarang buku Islam Without Extremes: A Muslim Case for Liberty - Islam Tanpa Keekstreman: Berhujah Untuk Kebebasan - dan yang paling terbaru “The Islamic Jesus: How the King of the Jews Became a Prophet of the Muslims.” (Isa yang Islam: Bagaimana Raja Yahudi Menjadi Nabi Bagi Umat Islam).

NabilEsei ini diterjemahkan oleh Dr Ahmad Nabil Amir, Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front.

Pautan daripada artikel asal: https://www.nytimes.com/2016/10/04/opinion/the-problem-with-the-islamic-apocalypse.html?




View original article at: https://irfront.net/post/articles/keruwetan-dalam-masalah-hari-kiamat-dalam-islam/