Ali Shariati: Beberapa Tanggapan Tentang Agama dan Tradisi

March 30, 2017 by Ahmad Nabil Amir

 

It is not enough to say we must return to Islam. We must specify which Islam: that of Abu Dzarr or that of Marwan the Ruler. Both are called Islamic, but there is a huge difference between them. One is the Islam of the caliphate, of the palace and of the rulers. The other is the Islam of the people, of the exploited and of the poor.”
[Ali Shariati, Islamology]

1.Para2Ali Shariati Mazinani (1933-1977), wira utama daripada revolusi Islam Iran, arkitek dan penggerak penting perjuangan kaum proletariat dan intelektual yang telah memberikan pengaruh yang signifikan dan revolusioner dalam ideologi dan sejarah pemikiran moden. Pemikir dan idealog yang telah melakar pengaruh dan dampak yang luas dalam perjuangan politik, agama, sosial, dan ekonomi di Iran dan mewarnai arus pemikiran dan kesedaran inteleknya. 

Diransang dari keadaan politik yang menekan dan represif, keberantakan sosial dan penindasan rakyat bawahan yang ditekan oleh aparat pemerintah yang zalim dan otokratik, Shariati telah melakar sejarah penting dalam revolusi politik yang dicetuskannya.

Kekerasan politik yang dinyalakan telah meledakkan gelombang kebangkitan dan protes massa yang masif yang mencetuskan revolusi Iran pada tahun 1979. Dengan perjuangan dan penentangan revolusioner yang digerakkannya beliau dianggap sebagai arkitek revolusi Islam Iran dan ideolog dan peletak dasar intelektual yang ideal.

Kehebatannya ini seperti dirumuskan oleh Hamid Algar dalam kata pengantarnya kepada karya Shariati yang diterjemahkannya On the Sociology of Islam:

Awareness, sensitivity, boldness of thought, loftiness of spirit and fortitude of heart-these were the great human attributes that he found he had in common with ‘Ayn al-Quzat

Tulisan ini menyorot dampak daripada falsafah dan ideologi pemikiran yang dicetuskannya yang telah mengilhamkan pembaharuan dan revolusi politik. Ia turut menyorot pemikirannya tentang dialektika agama dan prinsip perjuangan dan aspirasi politiknya yang dinamik dan menggugat yang telah mencetuskan gelombang kebangkitan dan kesedaran popular yang masif, dan gagasannya tentang organic intellectuals atau raushanfikr yang telah mengilhamkan revolusi pemikiran dan intelek yang agresif dan meluas.

Dialektika Agama

“If religion does not work before death, it certainly will not work after it”
[Ali Shariati]

2.Para9.RightDalam perbincangannya yang substantif tentang teologi pembebasan dan agama, Shariati telah memberikan pencerahan yang bermakna tentang fikrah religus yang mendasar. Faham ini dilontarkan dalam bukunya Religion Vs Religion yang memuatkan dua syarahan yang disampaikan Shariati di Husayniyah Center di Tehran pada 12 dan 13 Ogos, 1970.

Di dalamnya beliau mengemukakan tesis yang paling luar biasa, bahawa sepanjang sejarah, agama telah berperang terhadap agama dan bukan terhadap bukan-agama seperti yang kita percayai. Yakni, monoteisme, agama tentang kepercayaan bahawa Tuhan adalah Esa, agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim yang dipanggil din al-hanif, ‘agama yang lurus’ itu, telah secara berterusan, sepanjang sejarah, harus berjuang melawan agama yang menafikan terdapat Satu Tuhan atau percaya bahawa tiada Tuhan (kufr, kafir, mulhid) atau terhadap agama yang mempercayai bahawa terdapat banyak tuhan (shirk, politeisme, multiteisme), yang terakhir disebut telah bercabang ke dalam keberhalaan.

Religion Vs Religion yang diterjemahkan daripada syarahan Shariati buat pertama kalinya dalam bahasa Inggeris oleh Laleh Bakhtiar, membangkitkan kesedaran agama dan seperti-kenabian, membawa ribuan pemuda kembali kepada agama dan keimanan pada Tuhan. Shariati, dalam caranya yang tiada tara, jelas menggariskan dan menunjukkan tanda yang membezakan agama yang diikuti dari-Ilahi yang dimanifestasikan sepanjang sejarah dalam ‘fungsi-kependetaan’ dari, hak dan batil, dan agama yang berasal dari-Ilahi dan “fungsi-kenabiannya’ dalam membezakan antara hak dan batil dan kemudian menyeru umat kepada tindakan.
3.Para12Ia merumuskan agama yang mengilhamkan tindak sosial yang berkesan, yang universal dan humanis, seperti yang dirumuskan oleh Jean Paul Satre, filasuf dan pengembang teoris eksistensial Barat:

 

I have no religion, but if I were to choose one, it would be that of Shariati’s

Dalam tamsilannya tentag pergelutan antara haq dan batil, Shariati melukiskannya secara simbolik daripada ritual lontaran tiga  jamrah - yang mengungkapkan upacara simbolik dalam penentangan dan penolakan terhadap tiga jenis berhala dunia iaitu Fir’aun yang melambangkan kezaliman dan penindasan, Bal’am yang menjadi lambang hipokrasi dan Qarun yang melambangkan kapitalisme – yakni penentangan terhadap “triniti sosial”, daripada penindasan Fir’aun (kuasa), Bal’am (agama), dan Qarun (harta) yang disebut dalam al-Qur’ān dan kebobrokan Qabil.

Visi sosial dan teologi pembebasan (liberation theology) yang dilontarkan Shariati banyak diangkat daripada ide dan pemikiran pemikir-pemikir Barat. Pandangan-pandangan ini disodorkan dalam magnum opus-nya Man and Islam (kompilasi 7 siri syarahan Syariati), Fatima is Fatima (kompilasi syarahan Syariati tentang peranan dan tanggungjawab wanita Islam menurut kehidupan Fatimah al-Zahrah), School of Thought and Action, Hajj Reflections on its Rituals, Marxism and Other Western Fallacies: An Islamic Critique (yang mengkritik mazhab dan faham Marxisme dan perbandingannya dengan ideologi Islam sebagai falsafah pembebasan manusia), dan Sociology of Islam yang mempunyai bantalan sosialnya hari ini, dan dalam sejarah kemanusiaan.

Tulisannya mempunyai kesan dan pengaruhnya dalam perkembangan idea dan pemikiran falsafah keagamaan dalam sejarah moden dan telah mencetuskan revolusi politik.

Ia mempertahankan kebebasan manusia dan kemuliaan insan (karamah insan) yang mengatasi malaikat dan menekankan keunggulan sifat dua-dimensinya (two-dimensional) pada sisi duniawi dan ukhrawi yang mengilhamkan tindak sosial yang seimbang, seperti dikupas dalam bukunya Man and Islam:

the fruits of the prophet’s training are Ali, Abu Dzarr and Salman. These are among the very few two-dimensional human beings of the world. These were men of politics and war, who struggled for a better existence. They spent a lifetime in the battlefields, military training, scientific enquiry and discussion. They were also virtuous on par with the monks and theosophists of the East. Today, with the information available on his meditation on God, Abu Dzarr is the best guide to knowing the Qur’an. A look at the prophet’s companions indicates that all were just, sensitive warriors, and constructive individuals who were concerned with building a better society and establishing justice.”

 Dan hujah ini diperkukuhnya lagi dengan lebih panjang dalam On the Sociology of Islam:

He is a man whom philosophical thought does not make inattentive to the fate of mankind, and whose involvement in politics does not lead to demagoguery and fame-seeking. Science has not deprived him of the taste of faith, and faith has not paralyzed his power of thought and logical deduction”.

Tauhid

Tawhid as a world view . . . means regarding the whole universe as a unity, instead of dividing it into this world and the here-after . . . spirit and body.”
—Ali Shariati

4.Para20Dalam penulisannya tentang falsafah dan teologi ketuhanan, Shariati telah menjabarkan prinsip asas tentang tauhid yang dituangkan dalam karyanya The Hajj. Menurutnya, kesedaran tauhid yang sebenar membawa implikasi dan pengaruh yang jelas dalam membentuk pandangan hidup yang seimbang yang menghubungkan duniawi dan ukhrawi, roh dan jasad dalam kesatuan yang utuh. Prinsip tauhid juga menggarap makna kesatuan yang mendasar dan sebagai prinsip penyatun semangat persaudaraan Islam yang melahirkan rasa tanggungjawab sosial yang mendalam, dan kesedaran yang autentik terhadap kebenaran tertinggi:

Dan sejauh yang aku tahu, dari sisi pandangan yang praktikal dan konseptual, rukun yang paling penting daripada doktrin Islam yang telah membangkitkan kesedaran umat dan membuatkan penganutnya merasa sedar, merdeka, terhormat dan dapat memikul tanggungjawab sosial adalah: tauhid, jihad, dan haji.” [The Hajj – Ali Shariati]

Rausyanfikr (Organic Intellectuals)

Kepentingan intelek, menjadi tema yang signifikan yang diperjuangkan Shariati, yang mengungkapkan konsep intelektual organik (rausyanfikr) yang mengetengahkan kaum intelektual yang tercerah sebagai agen pelopor dalam harakat kesedaran dan kepimpinan politik.

Gagasan ini merujuk kepada kelompok intelektual dan terpelajar dalam berbagai bidang keilmuan (mutafannin) yang mengerahkan daya akliah dan ilmu mereka untuk memikirkan masalah masyarakat dan mencadangkan penyelesaian dan sanggup terjun ke tengah gelanggang bagi mendalami dan menyelesaikan permasalahan umum.

Menurutnya, kesedaran revolusioner ini tidak mungkin digerakkan dari massa kerana orang ramai hanya terperangkap dengan rutin harian. Justeru harus ada intelektual organik yang dapat menggembling kekuatan bagi mencapai perubahan dan aspirasi sosial.

Ia memperjuangkan idealisme dan suara-suara bawahan yang ditekan dengan tindak represif, melawan tirani dan ketidakadilan, dan membawa perubahan yang signifikan dan revolusioner. Perjuangannya mengangkat golongan intelek sebagai pelopor kekuasaan, dan berusaha membawa kesedaran dan kebangkitan akliah, yang mendasari perjuangan intelektualnya, kerana “dalam zaman kejahilan, kesedaran itu sendiri adalah jenayah.” - For in an age of ignorance, awareness is itself a crime.

Falsafah ini tidak ketinggalan dikupas oleh Malik Bennabi yang menyebutkan dalam bukunya The Question of Culture :

The organization of society, its life and movement, indeed, its deterioration and stagnation, all have a functional relation with the system of ideas found in that society. If that system were to change in one way or another, all other social characteristics would follow suit and adapt in the same direction”.

5.Para27Kegawatan idea, yang dilontarkan dengan mendalam oleh Malik Bennabi, menjadi tema dan persoalan asas yang penting yang dirumuskan dalam penulisannya, dalam usahanya untuk memangkin kesedaran dan menggerakkan harakat intelek (rausyanfikr), dan nahdah budaya:

Ideas, as a whole, form an important part of the means of development in a given society. The various stages of development in such a society are indeed different forms of its intellectual developments. If one of those stages corresponds to what is called “Renaissance”, it will mean that society at that stage is enjoying a wonderful system of ideas; a system that can provide a suitable solution to each of the vital problems in that particular society”.

Aspirasi kebangkitan dan idealisme pembaharuan yang dicetuskannya memberi dampak yang mengilhamkan kepada perjuangan yang lebih getir yang dilalui Syariati yang bertarung dengan tirani dan kejahilan, kerana menurutnya: “Kemiskinan bukanlah hari tanpa makanan, tetapi hari tanpa pemikiran”.

Dan dalam mempelopori visi Islam yang revolusioner dan radikal ini, Shariati turut menggarap dan memanifestasikannya daripada perjuangan sosok modernis dan pujangga Islam, tidak lain daripada Allamah Sir Muhammad Iqbal, bapa spiritual dan pendiri negara moden Islam Pakistan, yang mengilhamkan perjuangan menentang penjajahan dan penindasan kolonial dan tirani, dan memimpin harakat pembebasan dan pencerahan di dunia Islam:

If one were to reconstruct the form of Islam which has been made to degenerate in the course of history, re-assemble it in such a way that the spirit could return to a total body, transform the present dazed elements into that spirit as if the trumpet of Israfīl were to blow in the 20th century over a dead society and awaken its movement, power, spirit and meaning, it is, then that exemplary Muslim personalities will be reconstructed and reborn like Muhammad Iqbal” —[Ali Shariati, Iqbal, Manifestation of the Islamic Spirit]

Jiwa pembaharuan dan kesedaran tauhid dan semangat Islam yang sebenar yang cuba dihidupkan Iqbal yang telah mengilhamkan dan mencetuskan inspirasi kepada perjuangan Shariati.

6.Para34.RDalam bukunya, “Iqbal: Manifestation of the Islamic Spirit”, Shariati merumuskan buah fikiran dan karya Muhammad Iqbal; tentang rekonstruksi-diri, pandangannya tentang dunia Timur dan Barat, ideologi dan pandangan-sarwa Iqbal. Ia mengupas dengan mendalam ide-ide dan tema-tema besar pemikirannya tentang kehidupan dunia ini, takdir, kemanusiaan, dan Tuhan. Buku ini pada asasnya melakarkan perspektif yang berbeza tentang Muhammad Iqbal yang ditulis oleh Sayyid Ali Khamenei (Iqbal: Penyair-Filasuf Kebangkitan Islam) dan Ali Shariati (Iqbal: Manifestasi dari Semangat Islam) dan pengaruh daripada kehidupan dan karya-karyanya kepada dunia Islam abad ke 20. Dalam penelitiannya Shariati menzahirkan bagaimana Iqbal, melalui idea-idea falsafahnya, puisi-puisi mistiknya, dan aktivisme politiknya telah membawa rekonstruksi pemikiran bagi kebangkitan dan pembaharuan Islam, dan memberikan kefahaman tentang bagaimana memenuhi kehidupan agama kita dalam konteks moden.

Dan dalam upaya perubahan ini Shariati konsisten menekankan keampuhan tenaga pemuda sebagai elemen masyarakat yang penting, sebagai penggerak zaman yang dapat menyalakan semangat revolusi dan menjelmakan kesedaran.

7.Para40Kerana dalam perjalanan sejarah, usaha perubahan tercetus daripada perjuangan para pemuda, yang mempunyai keyakinan dan daya tahan, dan kecekalan dalam mempertahankan idealisme, seperti disebutkan dalam surah al-Kahfi tentang perjuangan para pemuda mempertahankan prinsip dan idealisme tauhid yang tercerna daripada kesedaran dan keyakinan dhamir:

Mereka adalah para pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami gandakan kepada mereka petunjuk.”  [Surah al-Kahfi, 18:13]

Dan tentangan yang paling keras terhadap dakwah Islam pada zaman jahiliyah dan permulaan Islam adalah daripada kelompok-kelompok tua yang telah sebati dengan tradisi nenek moyang yang dipertahankan mati-matian.

Kesimpulan 

“Extraordinary people survive under the most terrible circumstances and they become more extraordinary because of it” [Robertson Davies]

Cita ideal Shariati menawarkan alternatif yang tercerah daripada falsafah dan pandangan dunianya yang menakjubkan. Ia membawa idealisme budaya, masyarakat, moral, sosiologi agama, sejarah dan etika yang lebih “menjernihkan liku-liku perkembangan falsafah Barat”, namun dengan bagasi sejarahnya yang bersentuhan dengan praktis sosio-budaya dan ideologi Timur. Persoalan intelektual dan pemikiran ditangani dengan mempan dengan mengetengahkan idealisme pembaharuan dan paradigma sosial yang ideal dalam falsafah pemikiran yang telah “melahirkan era baru dalam pemikiran Islam” dan menyongsong sejarahnya yang moden.

 


Dr Ahmad Nabil Amir adalah Ketua Umum, Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front dan seorang Sarjana Kedoktoran dalam bidang Usuluddin daripada Universiti Malaya.


 

 

Bibliografi

Abdollah Vakily. “Ali Shariati and the Mystical Tradition of Islam”. M.A. Thesis, Institute of Islamic Studies, McGill University, Montreal, 1991.

Akhmad Azmir Zahara. “Manusia dalam Pemikiran Ali Shariati”. Disertasi Sarjana, Fakultas Ushuluddin, Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogyakarta, 2011.

Ahmad Nabil Amir, Ali Shariati dan Idealisme Perjuangannya (April 8, 2012). Diakses dari situs: http://irfront.net/post/articles/articles-malay/ali-shariati-dan-idealisme-perjuangannya

Ali Rahnema, An Islamic Utopian A Political Biography of Ali Shari‘ati. London New York: I.B. Tauris Publishers, 2000.

Ali Shariati, On the Sociology of Islam. Diterjemahkan oleh Hamid Algar. Berkeley: Mizan Press, 1979.

Ali Syariati, Religion vs Religion. USA, Chicago: Kazi Publication, 1993.

Ali Shariati, Ali Khamene’i. Iqbal, Manifestation of the Islamic Spirit: Two Contemporary Muslim Views, diterjemahkan dari Parsi oleh Mahliqa Qara’i dan Laleh Bakhtiar. Canada: Open Press, 1991.

Amien Rais. Tugas Cendekiawan Muslim, terjemahan dari Man and Islam oleh Ali Shariati. Mashhad: University of Mashhad Press, 1982.

Endut, Ramze. 2011. "Ali Shariati and Morteza Mutahhari’s Ideological Influences on Intellectual Discourse and Activism in Indonesia". 9th Regional Workshop of the API Fellowships. Japan: The Nippon Foundation Fellowships

Kingshuk Chatterjee, ‘Ali Shari’ati and the Shaping of Political Islam in Iran. New York: Palgrave Macmillan, 2011.

Malik Mohammad Tariq. “Ali Shariati’s View of Islamic Modernity.” The Dialogue, vol. VIII, Number 3, 335-345.

Mohd Shaiful Ramze Endut @ Aqil Fitri. Dialektika Agama Ali Shariati (Ali Shariati's Dialectics of Religion). University of Malaya: World Congress for Islamic History and Civilization 2011.

Muhammad Amin, Neelam Bano. “Implications of Ali Sharīatī’s Political Thought for Iranian Revolution.” Journal of Islamic Thought and Civilization, vol. 5, Issue II, Fall 2015, 56-67.

Syed Hussein Alatas, Cita Sempurna Warisan Sejarah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2001.




View original article at: https://irfront.net/post/articles/articles-malay/ali-shariati-beberapa-tanggapan-tentang-agama-dan-tradisi/