Kata Pengantar Rekonstruksi Pemikiran Keagamaan Dalam Islam

October 23, 2017 by Saari Sungib

Tidak dapat dinafikan bahawa buku Rekonstruksi Pemikiran Keagamaan dalam Islam adalah magnum opus atau karya teragung Muhammad Iqbal. Buku ini merupakan himpunan nota dan teks ceramahnya yang menyelusuri persoalan falsafah memperihalkan isu-isu berkaitan ilmu pengetahuan, pengalaman keagamaan, kerohanian, konsepsi ketuhanan, keimanan, roh dan semangat.

Berbekalkan pendidikan yang mendalam tentang sejarah, sastera, manusia dan kerohanian serta prinsip ilmu Barat yang ditempatkan dalam bingkai sekularisme kontekstual dengan moderniti Barat pada masa yang sama kemantapan fahaman dan keyakinan terhadap Al-Qur’an serta tradisi dan naratif Islam terhadap politik dan tamadun menjadikan Iqbal seorang ahli falsafah yang begitu action oriented.

Dengan itu Iqbal ingin mengemukakan bahawa perubahan, kebebasan dan keabadian asas-asas pegangan hidup adalah amat besar ertinya bagi karamah al-insan atau human dignity seseorang.

Iqbal berpegang bahawa Al-Qur’an merupakan panduan yang lebih mengutamakan gerakerja, bukan semata-mata idea yang kaku dan beku. Dengan itu penzahiran gerakerja dan kerjagerak inilah yang menjadikan Iqbal menggabungkan falsafah dan sastera yang berunsur syair sebagai manhaj utama dalam dia mengkonsepsi dan mengkomunikasikan keyakinannya.

Sesuatu perubahan itu sebenarnya adalah hasil daripada proses re-thinking dan perekonstruksian di atas garis panduan iman, kebenaran dan keagamaan. Itulah sebabnya seruan beliau kepada umat Islam agar jangan bersifat pasif tetapi sebaliknya hendaklah sentiasa aktif dan terus beraksi demi membuat perubahan positif kepada kehidupan di dunia ini.

Berbekalkan pendidikan yang mendalam tentang sejarah, sastera, manusia dan kerohanian serta prinsip ilmu Barat yang ditempatkan dalam bingkai sekularisme kontekstual dengan moderniti Barat pada masa yang sama kemantapan fahaman dan

keyakinan terhadap Al-Qur’an serta tradisi dan naratif Islam terhadap politik dan tamadun menjadikan Iqbal seorang ahli falsafah yang begitu action oriented.

Iqbal percaya, seseorang yang ingin membawa perubahan perlu kepada re-thinking dan perekonstruksian di atas garis iman, kebenaran dan keagamaan. Itulah sebabnya seruan beliau kepada umat Islam jangan bersifat pasif tetapi hendaklah sentiasa aktif dan terus beraksi demi membuat perubahan positif kepada kehidupan di dunia ini.

Keyakinan Iqbal tentang sumber asas bagi serangka segenap gerakerja umat Islam adalah Al-Qur’an. Maka dengan itu dalam prakata buku agungnya ini, dengan ungkapannya sendiri beliau  telah menegaskan seperti berikut: “Al-Qur’an adalah kitab panduan yang amat mengutamakan gerakerja dan bukannya perihal idea semata-mata”.

Iqbal memang tepat dan benar. Tepat kerana ia bertunjangkan hidayah. Benar kerana sesungguhnya Al-Qur’an sarat dengan maklumat, kisah, mithalan, metafora, persoalan, jawapan, perbandingan, fakta, angka dan idea. Walau demikian apa yang menjadi teras perintah Allah kepada manusia, adalah seperti apa yang terkandung dalam Al-Qur’an, Surah At-Taubah ayat 105 adalah agar umat Islam mengambil yang terbaik agar manusia yang dirahmati Allah hari ini di bumi juga mereka yang akan dianugerahkan oleh Allah dan hari esok di syurga yang kekal abadi.

Berpandukan prinsip yang benar serta adil dalam ilmu falsafah, seluruh metodologinya akan menggerakkan minda, akal, keinginan dan seluruh tujuan dan matlamatnya untuk menyediakan qalbu dan roh manusia untuk menghadapi suatu kehidupan di alam yang abadi. Ini bermakna Allah menjadikan anggota tubuh dan segala indera manusia sebagai alat bagi mencerap nur, firasat, rukyah dan kasyaf bagi mengumpulkan dan secara berterusan menyalurkannya ke dalam qalbu dan membersihkan roh manusia. Apabila qalbu memiliki cukup kemurniannya maka ia akan mencerahkan iman. Insan yang memiliki qalbu yang bersih akan mampu mewujudkan pencerahan, sama ada di dunia sini mahupun dunia di sana.

Kita sedia maklum bahawa bunyi dihasilkan oleh getaran. Getaran adalah sejenis gerakan. Demikian juga cahaya adakalanya gelombang dan ada kalanya zarah atau atom. Atom pula ada getarannya tersendiri sama ada sebagai gelombang ataupun jisim dan jirim kecilnya yang tersendiri. Maka sunnah Allah adalah setiap yang hidup itu bergerak. Bergerak pula perlu kepada satu wadah. Bergerak itu menghasilkan pencerahan. Di mana dengan itu pengumpulan pencerahan dimantapkan dalam diri insan.

Pencerahan adalah getaran yang dihasilkan dengan wujudnya bunyi dan cahaya. Setiap getaran ada gerakan dan ada bunyi. Bunyikah yang menghasilkan getaran atau kesan gerakan itu yang menghasil bunyi? Apa sekalipun tahap tinggi rendah bunyi dan intensiti cahaya, demi sesungguhnya Allah telah memperakui bahawa Allah adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat. Allah mendengar tanpa perlukan bunyi dan Allah melihat tanpa perlukan cahaya.

Untuk maju dan berjaya manusia hendaklah sentiasa menguruskan perubahan dan manusia hendaklah bergerak dengan mencipta wadah gerakan yang tercanggih.


YB Saari Sungib adalah ADUN Hulu Kelang dan Mantan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM)

 




View original article at: https://irfront.net/post/articles/articles-malay/kata-pengantar-rekonstruksi-pemikiran-keagamaan-dalam-islam/