FORUM: “Refomisme Kaum Muda di Nusantara: Apakah Ia Projek yang Gagal?”

December 31, 2018

Tarikh: Wednesday, 6thFebruary 2019
Waktu: 930AM – 12PM
Tempat: Patio 2 Level 2,Concorde Hotel, Kuala Lumpur

 

Panelis:

Dr Sohirin Solihin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Dr Muhammad Syahrial, IAIN Lhoksuemawe, Aceh, Indonesia
Dr Azhar Ibrahim, National University of Singapore


Moderator
:

Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa, Islamic Renaissance Front


Daftar: https://www.eventbrite.com/e/forum-refomisme-kaum-muda-di-nusantara-apakah-ia-projek-yang-gagal-tickets-54229625269

Secara umumnya, Kaum Muda ialah gelaran yang diberikan oleh ulama-ulama tradisional atau Kaum Tua terhadap beberapa ulama di pantai barat Tanah Melayu, Pulau Sumatra dan Mesir. Gelaran ini diberikan oleh kerana ulama-ulama ini dikatakan cuba membawa sesuatu ciri yang baru di dalam ajaran agamas. Dalam perjuangan mereka, Kaum Muda ini menyeru masyarakat supaya kembali kepada ajaran asli Islam iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah serta mengamalkan Ijtihad.

Ulama-ulama Kaum Muda sangat kuat menentang amalan-amalan yang disifatkan sebagai bid’ah atau khuafat atau dalam erti kata lain amalan-amalan yang diadakan oleh orang-orang terkemudian yang tidakpun diamalkan oleh Rasulullah. Pemikiran Kaum Muda ini juga dikenali sebagai pemikiran islah atau reformis. Mereka sangat menekankan kepada semangat Islam yang tulen. Bertolak dari semangat inilah, aliran Kaum Muda ini sangat-sangat menekankan kepada usaha-usaha islahatau tajdid. Islah di sini bermakna memperbaiki atau membersihkan Islam daripada pemalsuan dan penyelewengan. Sedangkan tajdid pula bermakna memperbaharui dan menyegarkan semula kefahaman dan komitmen terhadap ajaran-ajaran agama sesuai dengan tuntutan zaman.

Usaha tajdid berkait rapat dengan kegiatan ijtihad, malah tidak dapat memisahkan diri daripada ijtihad, sehingga dikatakan bahawa tajdid dan ijtihad ialah dua unsur yang saling lengkap melengkapi. Dan ciri bagi gerakan tajdid ini ialah mendokong konsep rasionalisme, Dari sudut sejarah pula, pertumbuhan aliran kaum Muda ini dikatakan bermula pada abad ke-18 dan 19M iaitu merujuk kepada peranan Jamaluddin al-Afghani (1838-1897), Sheikh Muhammad Abduh (1849-1905) dan Rasyid Redha (1865-1935). Tetapi sebenarnya aliran reformasi ini sudahpun bermula jauh sebelum itu iaitu ketika kemunculan Ibnu Taimiyyah (1263-1328) yang disifatkan oleh Profesor Ismail al-Faruqi sebagai ‘the first and greatest Muslim reformer’.

Pemikiran tokoh-tokoh ini akhirnya mempengaruhi beberapa orang ulama Melayu yang menuntut di Tumur Tengah pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20. Dalam konteks Tanah Melayu, gerakan Kaum Muda ini bermula dari Selatan iaitu Singapura seterusnya merebak ke Pantai Barat dan Kelantan merupakan antara lokasi terakhir yang berjaya diserapi oleh idea-idea Kaum Muda. Di antara tokoh-tokoh yang boleh disifatkan sebagai Kaum Muda ialah Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin (1869-1956), Syeikh Muhammad Salim al-Kalali, Syed Syeikh al-Hadi (1867-1934), Syed Muhammad Aqil dan Haji Abbas Mohd Taha. Mereka ini bergabung untuk menerbitkan majalah al-Imam(1906-1908) iaitu mirip majalah al-Manardari sudut semangat dan prinsipnya. Selain daripada mereka, Dr. Burhanuddin al-Hilmi, Haji Abbas Taha dan Za’ba sendiri merupakan tokoh-tokoh pemikir yang mempunyai serapan pemikiran Kaum Muda ini. Demikian juga di Indonesia, terserlah ketokohan dan ketangkasan Kiyai Ahmad Dahlan (1868-1923), Hasbi as-Shiddiqy (1904-1975), A. Hassan Bandung (1887-1958), Abdul Malik Karim Amrullah atau Hamka (1908-1981) dan ramai lagi.

Namun kita lihat apa yang diperjuangkan oleh para tokoh reformis itu walaupun telah membawa banyak perubahan pada masyarakat, umpamanya dalam mengangkat kedudukan kaum wanita yang telah mampu bersaing di abad ini, namu banyak perkara bid’ah yang ditentang mereka itu masih berleluasa hingga hari ini. Maka persoalannya, adakah reformisme Kaum Muda itu merupakan satu projek yang gagal di Nusantara ini?


Program:

AM

0930 – 0945:   Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi, Afiqah Zulkifli
0945 – 1000:   Ucapan Moderator, Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa
1000 – 1020:   Pembentangan Dr Sohirin Solihin
1020 – 1040:   Pembentangan Dr Muhammad Syahrial
1040 – 1100:   Pembentangan Dr Azhar Ibrahim
1100 – 1200:   Diskusi
1200:               Tamat


Anjuran
:

Islamic Renaissance Front




View original article at: https://irfront.net/post/others/forum-refomisme-kaum-muda-di-nusantara-apakah-ia-projek-yang-gagal/